Tuesday, 25 March 2008

DERIH TERUS BERLAKON, PERMAINKAN SULTAN DAN RAKYAT TERENGGANU


Bekas menteri besar Terengganu itu sekali lagi memohon keampunan daripada Sultan Terengganu di atas segala kesilapan yang telah menimbul kemurkaan baginda.

Beliau bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.Pada masa yang sama, beliau juga mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said, dengan sokongan istana, sebagai menteri besar yang baru.

Sekali pohon ampun sekali pertikai keputusan Sultan, mana satu yang betul?

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, memulakan tugasnya sebagai menteri besar mulai hari ini.Idris yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata, sebelum ini, beliau juga telah mengadap sultan, yang juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada 23 Februari lalu dan telah memohon keampunan baginda.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Subang petang ini, Idris berkata, beliau sepatutnya menghadap baginda sekali lagi pada 9 Mac lalu, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Tanggal itu sehari selepas berlangsungnya pilihanraya umum yang menyaksikan BN kembali mempertahankan Terengganu dengan memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

INILAH KAKI PUTAR ALAM, KALAU DENGAN SULTAN PUN DIA HENDAK TIPU DAN PERMAINKAN APATAH LAGI DENGAN RAKYAT JELATA.

ITU SEBABNYA HABIS PROJEK DI TERENGGANU DIBOLOT OLEH PATRICK BADAWI DAN JE (JUSOH ENTERPRISE).

RAKYAT TERENGGANU MESTI MENGAMBIL IKTIBAR DARI ISU INI. JANGAN LAGI MENGUNDI BN PADA LAIN KALI.

BIAR BERAPA RATUS RIBU PENGUNDI LUAR DIPUNGGAH KE TERENGGANU, KALAU RAKYAT 80 % MENOLAK BN SUDAH TENTU BN AKAN TERSUNGKUR.


Ikuti live ceramah MB Kelantan, MB Kedah di Putik malam ini


Satu ceramah Perdana pasca pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada jam 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik).

Ia membariskan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut. Bagi yang tidak dapat menghadirinya, bolehlah mengikutinya secara langsung yang akan disiarkan menerusi laman web kelantan.tv dan webtv pas.


PAK LAH KECUT PERUT, HASUT MT TANGGUHKAN PEMILIHAN UMNO


Akibat takut kepada bayang-bayang sendiri, Presiden Umno yang paling lemah dan longlai, Pak Lah Badawi dipercayai cuba menghasut Umno negeri-negeri dan Majlis Tertinggi supaya mencadangkan agar pemilihan parti itu pertengahan tahun ini ditangguhkan.

Pak Lah sebenarnya berada dalam keadaan bagaikan cacing kepanasan akibat tekanan dari akar umbi agar beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana beliau jelas menjadi penyebab kepada kekalahan besar Umno dan BN pada PRU 12 baru-baru ini.

Desakan demi desakan bermula dengan surat terbuka dari Mukhriz, selepas itu Ku Li dan kini beberapa bahagian Umno juga mendesak perkara sama iaitu Bahagian Gua Musang dan Muar.

Media melaporkan bahawa Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat Khamis ini untuk memutuskan gesaan kesemua perwakilan badan perhubungan Umno negeri yang mahukan pemilihan parti itu yang dijadualkan pertengahan tahun ini, ditangguhkan.

Menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, mereka membuat gesaan tersebut ketika menemui Presiden parti itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini."Cadangan ini bagi mengelakkan 'mala petaka' kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita di kementeriannya hari ini.

Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu apabila gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
BN memperolehi 140 kerusi manakala barisan pembangkang pula mendapat 82 kerusi parlimen.
Umno sendiri tewas kira-kira 30 kerusi parlimen dan hanya mampu memenangi 78 kerusi sahaja.

Di samping itu, barisan pembangkang juga berjaya merampas empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.
Ekoran prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum lalu, Abdullah telah memanggil badan-badan perhubungan Umno secara berperingkat mengikut wilayah masing-masing, untuk mengadakan perbincangan di Putrajaya.

Selain membincangkan mengenai strategi untuk memulihkan semula Umno, soal pemilihan parti itu - yang ditangguhkan selama 18 bulan sebelum pilihanraya umum lalu - turut dibincangkan.
Ia ekoran kenyataan terbuka ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno yang dijadualkan Ogos ini.

Tengku Razaleigh juga menghantar surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara menggesa mereka membuat usul meminta diadakan perhimpunan agung tergempar bagi membincangkan prestasi parti dalam pilihanraya umum lalu.


Ahmad: Saya tak perlu angkat sumpah


Datuk Ahmad Said berkata beliau tidak perlu menjalani upacara angkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu yang baru kerana beliau telah menerima watikah pelantikan jawatan tersebut daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

Bagaimanapun, senarai ahli exco yang bakal dilantiknya selepas ini perlu mengangkat sumpah, katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas memulakan tugasnya sebagai menteri besar hari ini.

Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi tadi. Beliau kemudiannya terus ke tingkat 18 di mana satu majlis sembahyang hajat diadakan, yang dihadiri kira-kira 41 orang, termasuk kakitangan kerajaan.

Sembahyang hajat diadakan jam 8.14 pagi dan berakhir kira-kira lima minit kemudiannya.
Selepas itu, Ahmad mengadakan sidang akhbar. Menurutnya beliau akan ke Putrajaya hari ini tetapi enggan mengulas lanjutnya mengenainya.

Ditanya sama ada beliau akan mengekalkan barisan exco lama, Ahmad berkata, ia akan merupakan campuran muka lama dan muka baru.

Malaysiakini


MAT SAID MASUK PEJABAT PAGI INI


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, akan memulakan khidmatnya pagi ini sebagai menteri besar baru Terengganu, katanya dalam ucapan di kediamannya di Telok Kalong, Kemaman semalam.

Beliau sebelum itu menerima sambutan meriah lebih 2,000 penyokongnya yang berkenderaan sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari sempadan Kuantan-Kemaman sehingga ke rumahnya lebih kurang 5.30 petang semalam.

Dalam ucapan kira-kira 20 minit, Ahmad mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya. "Tidak ada orang yang boleh mempertikaikan saya sebagai menteri besar.

"Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya.

"Saya akan bekerja (sebagai menteri besar) sebaik mungkin."Menurut sumber-sumber yang hadir di majlis itu, Ahmad juga berkata beliau akan ke pejabat menteri besar hari ini di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad diiringi oleh kawalan ketat polis, termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara, sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini.Bercakap kepada media, beliau berkata tidak berniat menderhaka kepada Umno dan meminta pucuk pimpinan parti itu supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.
"Pelantikan menteri besar bukan atas kehendak saya," katanya.Sebelum ini Umno memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahmad dan beliau harus "menanggung akibat" jika menerima pelantikan jawatan tersebut.Selain bacaan doa selamat, para penyokong Ahmad juga berselawat.
Beberapa ratus penyokong masih lagi berada di luar kediaman Ahmad, kata sumber.

Tengah hari semalam, Ahmad menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan, yang juga Sultan Terengganu, di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Difahamkan, Tuanku Mizan memberikan sokongan kepada pelantikan Ahmad - yang telah menerima watikah pelantikan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja pagi Ahad lalu.

Malaysiakini juga difahamkan, lebih 10 Adun BN yang awalnya menyokong Idris kini mengalihkan sokongan kepada Ahmad.

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan rasmi tentang perkara itu.

Sementara itu, ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata pelantikan Ahmad oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu adalah sah dan Adun itu sekarang seorang menteri besar.

"Sultan telah bertindak dalam bidang kuasa baginda untuk melantik seseorang yang dipercayai mempunyai dukungan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Tengku Razaleigh, mengulas kenyataan Perdana Menteri Ahad lalu bahawa pelantikan tersebut "tidak mengikut Perlembagaan."

Beliau, bekas menteri kewangan, menyifatkan keadaan tegang dan tidak menentu di negeri itu sebagai "krisis kerajaan, dan bukannya krisis Perlembagaan."

"Terserahlah kepada persidangan DUN nanti untuk memberikan usul percaya kepadanya (Ahmad)," tambahnya.

Tengku Razaleigh menyifatkan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu sebagai "salah".

Selain krisis di Terengganu, kata Tengku Razaleigh lagi, cara Abdullah menangani krisis di Perlis baru-baru ini menunjukkan "kelemahan beliau yang terlalu menonjol" dalam mengurus hubungan asas dan fungsi muda kerajaan.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu berlarutan sejak majlis angkat sumpah Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Nama Ahmad bersama dua lagi bekas exco negeri disebut-sebut sebagai pengganti Idris.

Bagaimanapun desas-desus itu tergantung 14 hari sehingga pejabat Sultan Terengganu mengumumkan nama Ahmad pada petang Sabtu lalu - seterusnya mengundang pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu, seperti juga pandangan Abdullah sebagai pengerusi BN, menegaskan Idris sebagai pengerusi BN negeri dan juga ketua badan perhubungan Umno negeri satu-satunya calon yang layak untuk jawatan tersebut.


BN TERUS BERCAKARAN, RETAK MENANTI BELAH


Selepas kekalahan teruk pada PRU 12 baru-baru ini parti komponen BN (Barisan Najis) terus bercakaran menyalahkan antara satu sama lain. Tidak cukup bercakaran dalam sesama parti kini parti-parti tersebut menyalahkan parti-parti komponen lain yang menyebabkan BN tewas teruk.

Kalau sebelum ini Ku Li dan Mukhriz secara terbuka menggesa Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri dan ianya terus merebak sehingga Umno Bahagian Muar pula berani tampil melakukan perkara yang sama. Selain itu krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu pula tidak tahu kesudahannya. Ianya menjadi semakin kusut.

Kini Pemangku Presiden Gerakan pula menyalahkan Umno yang katanya menyebabkan BN kecundang. Selepas Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy menyifatkan Umno sebagai punca kaum India terpinggir di negara ini, Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyalahkan "keangkuhan kuasa" beberapa pemimpin Umno sebagai punca kekalahan partinya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Tindakan, kata-kata dan perbuatan beberapa pemimpin Umno sejak dua tahun lalu mengakibatkan rasa marah (rakyat)," kata Dr Koh selepas mempengerusikan taklimat parti itu semalam.

Bagaimanapun, beliau mengakui pihaknya mungkin tidak melakukan yang secukupnya.
"Mungkin kuasa telah naik ke kepala setelah memimpin Pulau Pinang selama 39 tahun," katanya.

Mengenai saranan-saranan dalam taklimat itu, Koh berkata, kepimpinan tertinggi parti itu dituntut supaya lebih lantang bersuara untuk rakyat.

"Kami mengakui bahawa kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja di dalam kerajaan dan mungkin kami telah terpisah dari rakyat," katanya.

Perkembangan seterusnya akan memperlihatkan adakah Dr Koh akan menerima nasib yang sama seperti Paranjothy.

Berikutan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menuntut pucuk pimpinan Gerakan mengambil tindakan tegas ke atas Paranjothy.

Kalau ia melibatkan parti atau Pemuda saya, sudah lama saya pecat (orang itu). Tetapi ini bukan ahli Pemuda saya, parti saya, maka saya serahkan kepada Gerakan untuk menentukan,� katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan kenyataan Paranjothy itu telah melanggar disiplin Barisan Nasional (BN).

KINI BN RETAK MENANTI BELAH.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59