Saturday, 22 March 2008

Ahmad Said Samseng jadi MB: 23 wakil BN boikot?


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, dilantik menteri besar baru Terengganu bagi menggantikan pengerusi BN Datuk Seri Idris Jusoh - mengesahkan spekulasi awal bahawa pengerusi BN itu tidak diperkenan pihak Istana.Majlis angkat sumpah Ahmad dijadual diadakan petang esok - dan kemungkinan menghadapi risiko diboikot.

Semua 23 Adun BN, termasuk Idris, dilaporkan berhasrat memulaukan majlis angkat sumpah itu kerana bantahan tidak melantik semula Idris. Pengesahan Ahmad ini menamatkan suasana bingung dan tidak pasti akibat krisis pelantikan ketua kerajaan di negeri itu sejak dua minggu lalu selepas berakhir pilihanraya umum 8 Mac.

Pemulauan majlis itu, jika menjadi kenyataan, akan menimbulkan krisis dalaman yang parah dalam Umno dan pentadbiran negeri.Nama ketua bahagian Umno Kemaman itu, yang juga exco paling berpengalaman, muncul selepas khabar bertiup kencang Idris mungkin ditamatkan perkhidmatannya akibat tidak mendapat perkenan pihak istana.

Desas-desus tentang Idris, yang memegang jawatan itu pada 2004 susulan kejayaan BN merampas Terengganu daripada PAS, akan digantikan mulai berkembang selepas istiadat melafaz surat pengisytiharan pelantikannya di Istana Maziah pada 10 Mac ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Ketika ditemui wartawan sehari selepas itu, Idris jelas berasa tidak senang untuk mengulas isu pelantikan semulanya sebagai Menteri Besar. Idris, yang kelihatan terganggu apabila terus ditanya persoalan tersebut, terus menjawab "(awak) faham ke tak? Saya kata (pelantikan MB) itu atas istana (tentukan). Saya tidak perlu jawab soalan tersebut."Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih itu juga dilaporkan "kelihatan sugul" dan enggan mengulas lanjut.

Pada penggal lalu, Ahmad memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan.


PEMIMPIN UMNO MEMANG KEPALA BATU TIDAK MAHU BERUBAH


Nasib baiklah semua pemimpin Umno bermula dari Pak Lah sehinggalah Ketua Cawangan Umno kampung semuanya kepala batu tidak mahu berubah walaupun kalah teruk baru-baru ini.

Amalan 'Yes man', patuh kepada pemimpin membuta tuli masih berakar umbi di lubuk hati mereka. Jika tidak sudah tentu Barisan Rakyat menghadapi tugas sukar untuk mengekalkan kemenangan PRU 12 ini.

Walaupun ada pemimpin Umno yang mempunyai niat untuk memperbetulkan Umno dan membuat anjakan paradigma seperti Ku Li dan lain-lain tetapi Ku Li di kecam dan dikritik dengan hebat


KU LI SEKALI LAGI DI ASAK OLEH PENGAMPU-PENGAMPU PAK LAH


Hampir semua pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri ataupun pusat mengecam atau memberikan komen negatif terhadap Ku Li yang berhasrat untuk menentang Pak Lah pada pemilihan Umno tahun depan.

Semuanya adalah disebabkan budaya Umno yang mentarbiah ahli-ahlinya menjadi 'yes man' walaupun pemimpin melakukan kesalahan.

Sebab itulah bila Pak Lah gagal mengekalkan kemenangan Umno/BN beliau masih dipertahankan oleh kuncu-kuncunya kerana takut kehilangan jawatan atau dicap sebagai anti Pak Lah.

Begitu juga bila Pak Lah melantik menteri-menteri yang kontroversi, pemimpin-pemimpin Umno langsung tidak bersuara.

Tidak ada seorang pun yang memberikan komen yang positif apatah untuk menyokong Ku Li. Tidak hairanlah nanti jika MT Umno sekali lagi menyelamatkan Pak Lah dengan membuat ketetapan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh dipertandingkan.

Maka kempunanlah lagi Ku Li untuk memperbetulkan Umno yang kian hari kian reput dek penangan Pak Lah dan kuncu-kuncunya yang merasakan Umno adalah hak milik datuk nenek mereka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59