Thursday, 20 March 2008

PAK LAH TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI


Presiden Umno yang tinggal nyawa-nyawa ikan sekarang semakin gerun dan takut sekarang kerana Anwar mendakwa ramai di kalangan wakil rakyat BN yang berminat untuk menyertai Barisan Rakyat.

Semakin hari Pak Lah semakin celaru dan sekarang ini beliau kelihatan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Pak Lah sendiri mengaku bahawa memang ada wakil rakyat yang berbuat demikian. Malah Setiausaha Agong Umno yang baru Adnan Mansor berkata pihaknya akan menghantar ejen risikan untuk memastikan dakwaan bahawa kini wujud percubaan memujuk ahli-ahli parlimen meninggalkan BN.

"Wakil-wakil rakyat kita sedar bahawa BN dan Umno satu-satunya gabungan dan parti untuk mereka," katanya hari ini. Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada parti pembangkang agar "jangan jadi bodoh" untuk menghasut wakil-wakil BN melompat parti, lapor laman web Star Online.

Adnan mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihaknya menyambut baik wakil-wakil rakyat BN yang ingin berpindah parti.

Imam Hadhari Wal Badawi hari ini dilaporkan menyedari usaha memujuk wakil-wakil BN lompat parti dan yakin tiada sebab kerajaan pimpinannya tumbang kerana ia kuat dan mendapat sokongan rakyat.Sementara agensi berita Bernama melaporkan BN akan mengirim pasukan risikannya ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi untuk .

Memetik kenyataan Adnan, laporan itu menyebut BN memerlukan maklumat sahih untuk menilai perkembangan mutakhir.

"Maklumat yang diterima setakat ini ada yang sahih dan tidak sahih. Ada kata gini, ada kata gitu," beliau dipetik sebagai berkata.Usaha menarik wakil BN kepada pembangkang muncul selepas parti itu gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sementara parti-parti pembangkang pula hanya memerlukan 30 kerusi di Dewan Rakyat untuk memerintah dengan majoriti mudah.BN mendapat 140 kerusi dan pembangkang 82 kerusi parlimen.

Mengulas isu yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini meminta Perdana Menteri membuat laporan polis jika ada bukti parti pembangkang "membeli" wakil-wakil BN.

Lim berkata, ia harus dilaporkan kepada polis kerana "membeli" wakil rakyat satu kesalahan di sisi undang-undang dan dianggap rasuah."Kalau ada bukti, saya harap beliau boleh tunjukkan supaya tindakan boleh diambil," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri itu.

Lim menafikan DAP terlibat dalam kegiatan seumpama itu.Beberapa hari lalu, Anwar menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah wakil BN yang berhasrat berpindah parti.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran.

"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.


EXCO SELANGOR DAN PERAK ANGKAT SUMPAH SEHARI DUA INI


Barisan exco kerajaan negeri Selangor akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang Isnin depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.Menurutnya, beliau akan mengumum nama-nama barisan exco berkenaan selepas majlis angkat sumpah tersebut.Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Shah Alam hari ini.

Menurut Bernama, majlis sambutan tersebut dihadiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Khalid enggan mengulas lanjut mengenai komposisi barisan exco negeri, tetapi berkata: "Kami (PKR, DAP and PAS) telah dapat menyelesaikannya."

Mengenai jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan perkara itu selepas majlis angkat sumpah ahli exco Isnin depan.

Para penyokong 12 badan bukan kerajaan telah mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Shah Alam semalam untuk mendesak Khalid supaya tidak melantik timbalan menteri besar.

Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus, meminta Khalid supaya jangan melantik bukan Melayu ke jawatan tersebut serta mengekalkan kuota ahli exco Melayu seperti dalam kerajaan negeri sebelum ini.
Exco Perak

Manakala barisan exco Perak pula dijangka diumumkan esok dengan majlis angkat sumpah jawatan mungkin diadakan Isnin ini.Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata dua timbalan menteri Besar Perak yang akan dipilih dari kalangan 10 barisan Exco yang bakal dilantik, juga akan diumumkan pada hari yang sama.

"Pakatan DAP, PKR dan PAS hampir memuktamadkan senarai berkenaan. Kita hanya perlu memperkemaskan beberapa portfolio lagi yang kita jangka akan selesai pada satu mesyuarat yang akan diadakan lewat hari ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, kepada pemberita.

Katanya satu mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan sebelum ini telah memutuskan PKR diberikan tiga jawatan Exco dan DAP enam dan PAS satu selain jawatan menteri besar yang telah diisi oleh Muhammad Nizar Jamaluddin.


KECELARUAN PEMIKIRAN PAK LAH,LANTIK KU NAN JADI SETIAUSAHA AGONG UMNO


Fikiran Pak Lah semakin bercelaru apabila melantik Adnan Mansor (Nama sebenar ketika dilahirkan) menjadi Setiausaha Agong Umno. Apakah tidak ada orang lain yang lebih layak untuk menggantikan Radzi Sheikh Ahmad menjawat jawatan itu.

Bukankah semua orang tahu bahawa Adnan Mansor adalah seorang ahli perniagaan yang terlibat dengan perniagaan judi. Malah nama Adnan juga 'berkumandang' di dalam video klip VK Lingam.

Apakah Pak Lah sudah bercelaru pemikirannya sehingga melantik 'towkey' judi ini menjadi Setiausaha Agong sebuah 'Parti Islam' (Islam Hadhari) terbesar di Malaysia.?

Apakah Pak Lah sudah tidak nampak calon-calon lain yang lebih bersih, berintegriti dan berkarisma dari Ku Nan (nama cembongan mesra Adnan Mansor).?

Apakah Pak Lah masih mahu memperbodohkan ahli Umno dan rakyat Malaysia.?

RAKYAT MESTI MEMBUKA MATA DAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENYEDARKAN SEMUA RAKYAT BAHAWA PERDANA MENTERI KITA ADALAH SEORANG YANG CELARU PEMIKIRANNYA.

KITA MESTI MENGGANTIKAN BELIAU DENGAN PERDANA MENTERI YANG WARAS, CERDIK DAN TIDAK TIDUR


CERAMAH MAULIDUR RASUL DI KEDAH SECARA LIVE


SIARAN LANGSUNG BOLEH DIIKUTI DI http://webtv.pas.org.my/ ATAU DI LAMAN http://greenboc.blogspot.com/

PENCERAMAH PRESIDEN PAS, MB KELANTAN DAN MB KEDAH


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59