Wednesday, 19 March 2008

UMNO SEMAKIN KALUT, KHIR TOYO PULA LETAK JAWATAN


Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno dan BN negeri - peletakan jawatan pemimpin kanan kedua dalam sehari selepas Datuk Seri Radzi melepaskan setiausaha agung Umno dan BN pagi tadi.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Mohd Khir berkata beliau mengambil keputusan itu sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran calon Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

"Jika keputusan (letak jawatan) ini lambat dibuat, pelbagai masalah akan berlaku, termasuk parti kita akan berpecah," katanya. "Saya lihat sekarang telah ada sikap saling salah-menyalah antara satu (pemimpin) sama lain.

Saya melepaskan jawatan ini kerana rasa perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti." Jawatannya itu akan diambil alih oleh ketua penerangan Umno, dan juga bekas menteri besar, senator Muhammad Muhd Taib.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat kira-kira 9 malam ini sebelum kedua-duanya menyertai mesyuara badan perhubungan Umno negeri di Shah Alam.Ura-ura peletakan jawatan Mohd Khir bermula lewat petang tadi.

BN gagal mempertahankan Selangor apabila mendapat 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Negeri itu kini ditadbir pakatan tiga parti pembangkang yang diketuai menteri besar Tan Sri Khalid Ahmad.


UMNO KETEPIKAN WANITA JADI MENTERI PAS LANTIK MUSLIMAT JADI EXCO


Siapa yang ketepikan wanita PAS atau Umno? PAS sebelum ini sering dituduh mendiskriminasikan wanita.

Kini terbukti bahawa Umnolah yang mengenepikan wanita apabila tiada seorang pun menteri yang dilantik oleh Pak Lah dari kalangan pemimpin Wanita Umno. Sebaliknya Kerajaan PAS Kelantan dan Kedah telah melantik pemimpin Muslimat negeri masing-masing menjadi Exco.

YB Hajah Wan Ubaidah Omar dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan manakala Ustazah Aisyah Ghazali dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Kepada rakyat Malaysia yang berjantina wanita bukalah mata, sekarang terbukti Umno meminggirkan wanita dan tidak memperakui peranan wanita Umno dalam kabinet kerajaan Malaysia.


TERENGGANU MASIH TERUS TIADA MB, KELANTAN DAH LANTIK EXCO


Ketika kerajaan BN Terengganu dikial-kial untuk melantik MB, Kelantan terus 'meluru' ke hadapan melengkapkan Exco Negerinya tanpa sebarang masalah walaupun ada desas-desus yang dihamburkan oleh media bahawa berlakunya perebutan dalam portfolio-portfolio tertentu.

Hakikatnya berita itu adalah mainan dan fitnah media untuk memporak perandakan kerajaan negeri Kelantan yang mendapat mandat besar dari rakyat Kelantan.

Kerajaan BN Terengganulah yang sebenarnya sedang berhadapan dengan seribu satu masalah untuk membentuk kerajaan negeri walaupun mendapat kemenangan besar (dipertikaikan oleh rakyat). Mungkin ini balasan Allah S.W.T terhadap BN kerana ramai mendakwa kemenangan BN di Terengganu adalah dengan penipuan yang dirancang oleh BN dengan bantuan 'parti-parti' komponen BN lain iaitu SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Polis.

Senarai penuh Exco Kelantan.

Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Pengerusi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Dato' Ahmad Yaacob

Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Pengerusi: Dato' Husam Musa

Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat
Pengerusi: Dato' Annuar Tan

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Pengerusi: Dato' Takiyuddin Hassan

Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Pengerusi: Nik Mohd Amar Nik Abdullah

Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar
Pengerusi: Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman

Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Pengerusi: Abdul Fattah Mahmood

Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolgi
Pengerusi: Che Abdullah Mat Nawi

Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Pengerusi: Wan Ubaidah Omar

Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Pengerusi: Dr Mohd Fadhli Dato' Hassan


TUN MAHATHIR-KULI-RAFIDAH-MUKHRIZ-RADZI BERSATU TENTANG PAK LAH?


Mungkin Umno akan terus bergolak selepas ini. Hari ini Ku Li secara terbuka melancar 'perang' untuk mencabar Pak Lah bagi jawatan Presiden Umno.

Rafidah pula berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun beliau kecewa dan kesal digugurkan dari jawatannya.

Radzi Sheikh Ahmad juga kecewa tidak dilantik menjadi menteri lantas meletakkan semua jawatannya dalam Umno.

Semua perkembangan amat menarik untuk diikuti dan dianalisa.

Mungkinkah akan berlaku perang besar dalam pemilihan Umno tahun depan berikutan kegagalan Pak Lah mengekalkan kemenangan Umno pada PRU 12 8 Mac lalu.

Kini Pak Lah kebingungan untuk berhadapan dengan serangan dari luar yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim bersama PAS dan DAP malah serangan dari Umno sendiri mula menggila apabila semakin ramai pemimpin dan ahli Umno berani mengkritik Pak Lah secara terbuka.

Mungkin Umno hilang kuasa akibat penghijrahan ahli parlimen BN beramai-ramai menyertai Barisan Rakyat dan tidak sempat untuk melangsungkan persidangan tahunannya tahun depan sebagai kerajaan.

Matilah kau Pak Lah, nak tidur lagi ke?


PAK LAH TERUS DIASAK


Setelah diasak oleh Mukhriz dan Dr Mahathir minggu lalu, kini Pak Lah yang terus mengelamun diasak pula oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli parlimen Gua Musang itu, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.

Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno.Tengku Razaleigh gagal mencabar Abdullah bagi jawatan presiden pada 2004 setelah tidak berjaya mencapai 30 peratus pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan beliau mencabar jawatan tersebut.

Selain jawatan presiden, Umno juga menetapkan 20 peratus pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus) dan majlis tertinggi (5 peratus).Bercakap di sidang media di Kota Bharu petang tadi, Tengku Razaleigh berkata ketewasan besar-besaran Umno dan BN tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Siapa yang bertanggungjawab tidak boleh terus tidur," katanya.Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan, juga menggesa kepemimpinan negara mengambil berat kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah yang akan membawa kesan kepada Malaysia.

Katanya, apabila kadar jenayah di negara ini makin meningkat, itu menandakan ekonomi sedang lemah. Beliau, yang juga bekas naib presiden Umno, turut menyatakan sokongan kepada exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menyuarakan desakannya agar Abdullah meletakkan jawatan.

"Mukhriz berhak menyuarakan pendapat, Umno bukan parti satu orang. Setiap ahli Umno berhak bersuara," katanya, yang juga mesra dipanggil Ku Li. Esok, tambahnya, bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat bagi mencadangkan Umno memanggil mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan isu kekalahan teruk Umno.

Mengulas tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), Ku Li berkata sebahagian kritikan pemimpin pembangkang tentang dasar itu ada kebenarannya. DEB, tambahnya, telah lari daripada semangat asal sewaktu ia digubal pada 1970, selepas tragedi rusuhan 13 Mei, bagi membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Seperti dakwaan pembangkang, beliau bersetuju bahawa wujud amalan kronisme dalam pelaksanaan DEB apabila sesetengah pemimpin atau individu yang rapat dengan mereka menunjukkan kekayaan berlebihan.Sebagai seorang yang terlibat di peringkat awal merumuskan dasar itu, kata Ku Li lagi, beliau menyokong dasar itu diteruskan.

Beliau juga bersetuju dengan gesaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Umno dibersihkan selepas parti itu tewas pada pilihanraya umum 8 Mac.Sebelum itu, bekas pengasas Parti Melayu Semangat 46 itu disambut meriah oleh kira-kira 100 penyokong di lapangan terbang Pengkalan Chepa, kira-kira setengah jam dari kediamannya di Palm Manor.


UMNO MAKIN PARAH, BARISAN RAKYAT MAKIN PADU


Azizah dilantik Ketua Pembangkang

Di saat parti-parti komponen BN semakin goyah dan di landa krisis terutama Umno dan MIC, ketiga-tiga komponen parti dalam Barisan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP sepakat melantik wakil Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai ketua pembangkang baru di Dewan Rakyat bagi penggal ini susulan kejayaan PKR mendapat jumlah kerusi paling banyak.

PKR menguasai 31 kerusi parlimen, DAP dan PAS masing memperoleh 28 dan 23 kerusi.

Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR, disokong oleh tokoh utama DAP Lim Kit Siang, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan ringkas, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini berkata Dr Wan Azizah kekal dengan jawatan itu sehingga Anwar mengambil alihnya selepas layak bertanding dan menang.

Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan oleh PKR tengah hari ini.Semalam Lim, ketua pembangkang pada sesi lalu, menyatakan sokongannya pada pelantikan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang.

Sejak 1969, Lim mengepalai parti pembangkang sehingga tewas pada 1999. Beliau berkhidmat selama 34 tahun.Presiden PAS waktu itu Datuk Fadzil Noor menggantikannya susulan kemenangan besar partinya ekoran kes pemecatan Anwar.

Tugas itu kemudian dipikul oleh Abdul Hadi sehingga 2004.


Kenyataan bersama Ketiga-tiga pemimpin Barisan Rakyat

Dalam satu keputusan bersejarah malam tadi, para pemimpin KeADILan, PAS dan DAP bersetuju untuk membentuk satu barisan yang lebih padu bagi memenuhi tuntutan sebuah 'kerajaan menunggu' di peringkat Pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu, parti-parti terbabit juga sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehinggalah Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.

Berikut disiarkan kenyataan penuh tiga perenggan pemimpin-pemimpin parti terbabit:
Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.

Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.

Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.

Ybgh Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


UMNO MAKIN PARAH, RADZI LETAK JAWATAN SU AGONG, RAFIDAH MENYUSUL


Kekalahan Umno menyebabkan Pak Lah menjadi tidak keruan. Kekalutan dalam Umno semakin membarah hari ini apabila Setiausaha Agongnya Radzi Sheikh Ahmad mengumumkan perletakan jawatannya di dalam Umno dan BN.

Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dilantik semula ke kabinet mungkin berasa dirinya diketepikan oleh Pak Lah sehingga membuat keputusan mengejutkan ini.
Beliau memberi alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan.Perdana Menteri, yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menerima peletakan jawatan Radzi.

Pemerhati politik berpendapat keputusan Radzi untuk melepaskan jawatan itu serta-merta ada kaitan keputusan Perdana Menteri tidak melantiknya semula menganggotai kabinet.Ianya juga dipercayai ada kaitan dengan kekalutan politik Umno Perlis, khususnya berhubung dengan isu pelantikan menteri besarnya.
Sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, beliau memegang jawatan menteri hal ehwal dalam negeri.Sebelum pilihanraya umum lalu, Radzi secara terbuka mengecam menteri besar Perlis ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menurutnya harus diganti.

Selain Radzi, ahli parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet yang diumumkan perdana menteri samalam.

Radzi dilahirkan pada 24 Februari 1942 di Jalan Pegawai, Kangar, Perlis. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar sebelum meneruskan pendidikan di Maktab Tentera Diraja. Pada 1961 beliau mengambil Barrister-at-Law, Inns of Court di Middle Temple, London.
Beliau pernah berkhidmat dengan perkhidmatan kehakiman sebagai timbalan pendakwa di Selangor dan kemudian Presiden Mahkamah Sesyen di Klang. Kemudian beliau meninggalkan perkhidmatan kehakiman dan membuka firma guammnya sendiri.
Kerjaya beliau dalam politik bermula apabila bertanding dalam pilihanraya umum 1982 bagi Parlimen Kangar dan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian. Pada tahun 1989, beliau menyertai parti Semangat 46 selepas Umno diharamkan dan beliau dipecat dari Umno.Beliau kemudiannya menyertai semula Umno pada tahun 1990 selepas keluar dari parti Semangat 46 dan dipilih bertanding semula di Parlimen Kangar pada tahun 2004.

Selepas itu, Radzi dilantik menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya Menteri Dalam Negeri pada 2006. Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Umno pada 1 Jun 2004 menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.


Rafidah juga mungkin letak jawatan

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz akan mengadakan sidang akhbar khas di tengah-tengah spekulasi beliau akan melepaskan jawatan ketua Wanita Umno.

Rafidah yang memenangi kerusi parlimen Kuala Kangar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, tidak dilantik semula menganggotai barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi semalam.

Rafidah, 65, menganggotai kabinet sejak tahun 1986. Abdullah melantik naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui kementerian berkenaan.

Beliau dijangka mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Wanita Umno dalam sidang akhbar yang akan diadakan di pejabatnya pada jam 2.30 petang nanti.Selaku ketua Wanita Umno, Rafidah juga merupakan ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Pagi ini, Datuk Radzi Sheikh Ahmad - yang juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet - telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha agung Umno dan BN berkuatkuasa serta-merta.

Abdullah telah menerima peletakan jawatan Radzi.

Naib ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang gagal mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai, telah dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Abdullah dalam hal ehwal wanita.

Para penyokong Rafidah berkumpul ke kediaman perdana menteri di Putrajaya malam tadi kerana membantah pengguguran Rafidah daripada kabinet, walaupun beliau merupakan ketua Wanita Umno.

Rafidah memegang jawatan tersebut pada 1984 - kecuali satu penggal dari 1996 hingga 1999 - apabile beliau ditewaskan oleh Datuk Siti Zaharah Sulaiman. Ini adalah kali pertama Wanita Umno tidak mempunyai wakilnya dalam kabinet.


Shahrizat lwn Azalina?
Perkembangan terbaru itu terus mencetus spekulasi mengenai pengganti Rafidah untuk menerajui pergerakan Wanita Umno.
Jika sah berlaku kekosongan jawatan tersebut, para pemerhati politik menjangka menyaksikan pertembungan antara Shahrizat dengan bekas ketua Puteri Umno, Datuk Azalina Othman Said yang kini menjadi menteri pelancongan.
KITA TUNGGULAH SAAT KEHANCURAN UMNO SELEPAS INI


KABINET CACA MARBA


(Sila klik atas gambar untuk imej lebih besar)r)
Inilah barisan kabinet caca marba Pak Lah yang memuatkan beberapa orang yang dipertikaikan integriti dan latarbelakang masing-masing antaranya :-

1) Bekas 'penculik' Puteri Sultan Selangor dan pembawa wang 'cash' yang banyak di tangkap di Australia - Mike Tyson.

2) Pendokong kuat IFC yang ditentang oleh sebahagian besar Umat Islam Malaysia juga menganut Islam Liberal, pernah menyaman kerajaan Kelantan atas isu Hudud dan juga didapati bersalah kerana politik wang sehingga digantung jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Baharu - Zaid Ibrahim.

3) Kementeriannya terlibat dengan penyelewengan pembelian alatan IKBN - Azalina Othman Said - (Wakil Pemuda Umno????)

4) Gagal menjalankan peranan sebagai Menteri yang menjaga harga barang - Shafei Afdal

5) Pernah mengharuskan perbuatan zina HARUS hukumnya oleh sebab kesempitan hidup - Ustazah Mashitah Ibrahim kaki pembodek

6) Menandatangani memo menyokong penubuhan IFC, maki hamun dalam parlimen - Nazri Aziz Samseng

7) Dikatakan ada skandal - Ismail Sabri Yaakub

8) Kaki lompat parti - Ahmad Shabery Chik

9) Kaki lompat parti - Rais Yatim

10) Dituduh makan rasuah - Johari Baharom


APAKAH PAK LAH TIDAK BOLEH BERFIKIR SECARA WARAS SEHINGGA MELANTIK INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERMASALAH INI.

BUKANKAH ADA 78 AHLI PARLIMEN UMNO YANG MENANG PADA PRU 12 YANG LALU, MENGAPA MP-MP YANG TIADA KONTROVERSI TIDAK DILANTIK.?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59