Monday, 17 March 2008

WAKIL RAKYAT BN CADANG LOMPAT PARTI - ANWAR


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar, dengan menambah beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan dibayar."Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Malaysiakini

SIAPAKAH YANG HENDAK LOMPAT PARTI TERSEBUT? TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA SELEPAS INI


ISU MB PERLIS MAKIN KALUT: ADA CALON KETIGA PULAK DAH!!!!!!!!!!


Krisis mencari calon menteri besar Perlis nampaknya masih jauh daripada penyelesaian apabila nama ketiga disebut-sebut sebagai langkah "jalan tengah" meredakan ketegangan antara dua pihak.

Kumpulan majoriti wakil rakyat mendukung Datuk Dr Md Isa Sabu (Bintong) dengan sokongan istana, sementara satu lagi kumpulan cuba mengekalkan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan mengambil sokongan Perdana Menteri, dan juga pengerusi BN.Dr Md Isa dilaporkan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat, paling awal 5.30 petang ini.

Namun ini, muncul pula nama ketiga Khairi Hassan (Mata Ayer) - difahamkan nama ini dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengadakan rundingan dengan pihak-pihak terbabit semalam.

Malaysiakini difahamkan nama Khairi telah dimaklumkan sendiri oleh Abdullah kepada Raja Perlis.

Jadi majlis angkat sumpah petang ini belum tentu berlangsung mungkin ditangguhkan.

Umno ini kalah pun kalut menang lagi KALUT. Kalau dah berebut sama sendiri bubar sahaja DUN Perlis adakah Pilihanraya Negeri sekali. Kita lawan Gang Shahidan, Gang PAS-BA dan Gang Radzi barulah anak jantan namanya.


GAMBAR-GAMBAR YANG SANGAT RELEVAN SEKARANG






GEMPAR ; SEMUA DOKUMEN DALAM BILIK MENTERI BESAR DAN EXCO KEDAH HILANG


Terbukti bahawa Bekas MB dan Exco-exco Kerajaan Negeri Kedah penggal lalu amat takut dan gusar dengan tindakan yang mungkin diambil ke atas mereka.

Kegusaran ini terbukti apabila semua dokumen di dalam bilik MB dan Exco-Exco Kedah hilang semasa MB dan Exco-Exco baru memasuki pejabatnya semalam.

Diberitakan tidak ada sehelai kertas pun yang tinggal di dalam bilik mereka. Apa sebabnya semua dokumen ini hilang. Jawapannya sudah tentu dapat difikirkan oleh Tuan-tuan dan puan-puan.

Laman web Kelantankini yang dipetik dari Web Tranungkite melaporkan berita di bawah :

MENGEJUTKAN! Itulah yang berlaku kepada pejabat Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah apabila semua dokumen rasmi didapati hilang ketika mereka memasuki pejabat masing-masing, hari ini.

Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak yang enggan membuat sebarang tuduhan berkata, insiden berkenaan akan disiasat dan satu laporan polis akan dibuat, demikian menurut laporan The Star Online hari ini.

Ustaz Azizan mengarahkan anggota Exco kerajaan negeri, Phahrolrazi Zawawi untuk menyiasat kes kehilangan dokumen tersebut.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa tanpa sebarang bukti." kata Ustaz Azizan.
Phahrolrazi pula berkata "Tidak ada sehelai kertas pun di dalam kesemua pejabat. Ini satu perkara yang serius kerana semua dokumen-dokumen tersebut adalah hakmilik Ahli majlis mesyuarat dan bukan milik peribadi".


Beliau menambah: "Kami sedang menyoal siasat pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas. Tiada siapa yang berhak untuk meindahkan sebarang dokumen kerajaan tanpa kebenaran".
Katanya insiden berkenaan sangat memeranjatkan kerana semua bekas Exco tidak berhak memasuki bangunan pejabat kerajaan tanpa kebenaran.


"Tidak ada sehelai kertas pun di dalam kesemua pejabat. Ini satu perkara yang serius kerana semua dokumen-dokumen tersebut adalah hakmilik Ahli majlis mesyuarat dan bukan milik peribadi.

"Kami memerlukan minit mesyuarat untuk memeriksa perkembangan projek2 dan pelbagai urusan lain yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat Exco sebelum ini," sambung Phahrolrazi.


IR NIZAR ANGKAT SUMPAH MB PERAK KE 10


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dengan rasmi menjadi Menteri Besar Perak ke 10 dalam majlis angkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Majlis yang bermula pada jam 11.40 pagi turut dihadiri oleh Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Harussani Zakaria, Bekas MB Tajol Rosli Ghazali dan ADUN-ADUN.

Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Husam Musa, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ahmad Awang dan Pengerusi PKR Perak Zulkifli Ibrahim turut hadir.

Selepas ini, Mohamad Nizar dijangka akan mengumumkan bahawa semua saman yang dikeluarkan oleh Majlis Kerajaan Tempatan sehingga ke hari ini akan dimansuhkan.


PAK LAH BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK


Imam Hadhari semakin hari semakin terdesak. Jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno semakin hari semakin mendapat bantahan. Sebelum PRU 12, bantahan dan desakan hanya secara sembunyi-sembunyi, hanya Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang berani mendesak secara anak jantan. Orang lain semuanya 'kecut perut'. \

Tetapi selepas kekalahan teruk BN/Umno pada PRU 12 lalu, bantahan dan desakan supaya Imam Hadhari berundur dibuat secara terang-terangan. Ianya dimulakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir.

Kemungkinan besar Ku Li dan Pemuda Umno Johor juga ingin mendesak Imam Hadhari meletakkan jawatan, tetapi desakan mereka agak 'berlapik' apabila hanya meminta Imam Hadhari mengadakan Perhimpunan Agong Umno luar biasa untuk membincangkan kekalahan Umno. Namun kita percaya bahawa jika ianya diadakan sudah tentu perhimpunan itu akan menjadi medan untuk menghentam Imam Hadhari dan mungkin juga suatu undi dipercaya akan diusulkan oleh perwakilan-perwakilan Umno.

Namun itu nampaknya Imam Hadhari memang tidak tahu malu dan tiada maruah. Seperti kata Tun Mahathir kalau di Jepun sudah tentu pemimpin mereka akan menjalankan Harakiri apabila berlaku musibah seperti ini. Tetapi Imam Hadhari masih mahu memegang tampuk pemerintahan walaupun imejnya terus tercalar dengan kekalahan Bn ini.

Inilah pemimpin Umno, yang sememangnya tidak bermaruah dan beradab. Dah tahu rakyat tolak masih mahu duduk di kerusi panas PM tu.

DASAR MUKA TEMBOK.


Laporan Malaysiakini


Umno digesa adakan perhimpunan khas

Umno digesa mengadakan segera perhimpunan khas Umno untuk membincangkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan Umno kalah teruk dan Barisan Nasional (BN) kehilangan empat negeri kepada pembangkang dan gagal merampas Kelantan dari PAS.Gesaan tersebut dibuat oleh pergerakan Umno Johor dan juga bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.


Dalam pilihanraya umum ke-12, BN hanya memenangi 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu, BN juga kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada pembangkang.Dalam surat yang bertarikh 12 Mac yang dihantar kepada kesemula 193 ketua bahagian Umno di seluru negara, bekas menteri kewangan itu menggesa mereka supaya meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan ekoran kekalahan teruk Umno pada 8 Mac lalu.

Pemuda Umno Johor pula mahu perhimpunan khas diadakan sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor, Suhaimi Khalid berkata, perhimpunan khas Umno hendaklah diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Perhimpunan khas ini akan membolehkan anggota parti bermuzakarah antara satu sama lain untuk selesai masalah. Kita tak boleh tuduh sesama sendiri sebaliknya bermuhasabah.

"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin lain juga boleh mengambil peluang untuk memberi amanat dan menerangkan kepada akar umbi bagi merapatkan barisan. Yang penting kita kena kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno," katanya kepada Bernama dari Kota Tinggi, Johor hari ini.

Beliau berkata pertikaian pendapat yang timbul melibatkan pemimpin dan ahli anggota Umno sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan parti, sebaliknya melemahkan orang Melayu.Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau mencadangkan mesyuarat agung luar biasa itu diadakan pada 11 Mei kerana ia merupakan hari Umno ditubuhkan pada 1946.

Beliau gagal mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Abdullah Badawi bagi jawatan presiden pada 2004 kerana gagal mendapatkan 30 peratus pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan beliau mencabar jawatan tersebut.Selain jawatan presiden, parti itu juga menetapkan 20 peratus pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus) dan majlis tertinggi (5 peratus).

Menurut beliau, dalam pilihanraya umum 1955, Umno menguasai dua pertiga kerusi parlimen, tetapi hari ini, ia menjadi suara minoriti di Dewan Rakyat.Oleh itu, di peringkat pusat, Umno kini bukanlah satu kuasa politik yang kuat, kata ahli Parlimen Gua Musang.Pada tahun 2004, katanya, Umno mempunyai 107 daripada 219 kerusi parlimen tetapi kini ia hanya menguasai 78 daripada 222 kerusi parlimen.

Kekalahan teruk

Paling teruk lagi, kata Tengku Razaleigh, pada pilihanraya umum ke-12 ini, BN kehilangan empat kerusi - Pulau Pinang yang merupakan negeri presiden Umno jatuh kepada pembangkang (DAP), Kedah (PAS), Perak (DAP walaupun menteri besar dari PAS) dan Selangor (PKR).Katanya, ahli-ahli Umno tidak seharusnya 'menuding jari kepada sesiapa' dan melepas tangan terhadap kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pada masa yang sama, Tengku Razaleigh berkata, parti itu juga tidak seharusnya membiarkan pucuk pimpinannya membuat kesilapan seumpama itu.Menurutnya, ia menjadi tanggungjawab bersama ahli Umno dari peringkat cawangan dan bahagian hingga kepada majlis tertinggi dan bukannya tanggungjawab segelintir pemimpin tertinggi parti sahaja.

Mesyuarat agung luar biasa itu, katanya, boleh meneliti dan mengkaji kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Katanya, ia harus mencari jawapan mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon dari parti-parti komponen BN - MCA dan MIC.Tengku Razaleigh berkata, ia juga harus mencari jawapan mengapa calon penyandang dari Umno kalah kepada calon PKR dan PAS.Jika tidak, katanya, BN dan Umno tidak akan memerintah lagi selepas pilihanraya umum akan datang.

Ketika itu, katanya, barisan pembangkang PKR-DAP-PAS akan menubuhkan kerajaan pusat dan perdana menteri mungkin dari PKR dan timbalan perdana menteri dari DAP.BN pula, katanya, akan menjadi parti pembangkang yang lemah dan tidak bersatu padu manakala Umno pula tidak akan mampu mewakili suara orang Melayu lagi.


IMAM HADHARI BELANJA RM15 JUTA UBAHSUAI RUMAH, LIM GUAN ENG TAKUT NAK BELANJA RM100,000 DUIT RAKYAT


Cuba kita amati cerita di bawah. Betapa takutnya Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membelanjakan duit rakyat berbanding Imam Hadhari yang 'membaham' duit rakyat untuk mengubahsuai rumah Perdana Menteri.

Harakahdaily melaporkan bahawa oleh kerana Lim enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Centering Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.

"Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

"Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald," kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.

Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan".

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.
Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.

"Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'
"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.

Walaupun perkara itu bukanlah perkara baru baginya, memandangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 memilih kehidupan yang sederhana, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu, Naib Presiden PAS itu tetap merasa bangga dengan sikap sederhana dan rendah diri Lim itu.

"Saya bangga kerana dia takut nak belanja wang rakyat RM100 ribu sedangkan Perdana Menteri gasak sehingga RM15.81 juta untuk ubahsuai kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya.

"Saya yakin, Menteri-Menteri Besar kita yang lain (dari PAS dan KeADILan) juag akan memilih jalan kehidupan yang sederhana yang sama seperti dua Tok Guru kita, jauh lagilah menyalahgunakan harta kerajaan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, kata-kata pertama Lim semasa mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 Komtar ialah: "Saya rasa seperti melangkah masuk ke kandang singa".

"Saya tidak menyangka dapat duduk di kerusi ketua menteri ini kerana pernah dipenjarakan. Ia merupakan transformasi sebenarnya dan pengalaman baru bagi saya," Bernama memetik Lim.
Sebelum mengangkat sumpah, Lim berkata beliau dapati lebih ramai pemberita menghadiri sidang akhbarnya sekarang dan "saya diterangi lampu-lampu kamera".

Dalam kenyataan kemenangannya, Lim berkata, "Kami gembira dengan kemenangan ini dan berjanji tidak akan mengecewakan penduduk Pulau Pinang.

"Kami mahu menegaskan bahawa kerajaan baru adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum. Kami ada bersikap adil, saksama dan tidak mendiskriminasikan mana-mana kumpulan - memberi bantuan kepada semua yang memerlukan.

"Penduduk Pulau Pinang yang berbakat akan mendapat peluang saksama daripada gabungan parti pembangkang itu yang disatukan menerusi kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kekaksamaan politik dan keadilan sosioekonomi," katanya sambil mengesa orang ramai supaya "menghormati hasrat rakyat".


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59