Saturday, 15 March 2008

SHAHIDAN BIADAP SANGGAH KEPUTUSAN RAJA. HUKUM DIA TUANKU.


ADUN Tambun Tulang dari BN, Shahidan Kassim disifatkan sangat biadap menderhaka kepada Raja-raja Melayu bertindak menyanggah kuasa Raja Perlis yang memilih ADUN Bintong, Mohd Isa Sabu untuk menjadi MB Perlis yang baru.

Tindakan Shahidan yang engkar kepada keputusan Raja Perlis ini membuktikan bahawa beliau adalah seorang rakyat yang derhaka dan tidak beradab.

Sudah sampai masanya rakyat Perlis sedar bahawa pemimpin BN merupakan pemimpin yang tamakkan kuasa dansering meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat dan negeri.

Setelah rakyat memberikan mandat kepada BN Sabtu lalu, kerajaan Perlis masih gagal dibentuk. Kelemahan BN ini membuktikan dakwaan PAS, BA dan DAP bahawa BN sudah tidak relevan amat sesuai.

PAS memenangi 1 kerusi di Perlis, beberapa kerusi di Pahang, menawan Selangor, Kedah, Perak, Perak dan mempertahankan Kelantan.


MB : PERAK DAN SELANGOR DAH SELESAI, TERENGGANU DAN PERLIS TERUS JADI MISTERI


Tuhan maha Kaya, walaupun media pengampu menghentam Perak dan Selangor setiap hari dalam isu perlantikan MB, ianya tidak meninggalkan bekas apabila parti-parti BA dan DAP terus menunjukkan kematangan mereka menyelesaikan masalah tersebut secara muafakat dan toleransi.

Akhirnya Tuhan Maha Kaya apabila masalah yang membelenggu Perlis dan Terengganu terus menjadi kemelut yang semakin hebat akibat pertentangan pihak istana dan Imam Hadhari.

Di Perlis, Shahidan yang mendapat restu dari Imam Hadhari tidak dipilih oleh Raja Perlis untuk menjadi MB sebaliknya Dr Mohd Isa Sabu oleh menjadi pilihan Tuanku.

Malah di Terengganu ianya lebih rumit apabila tidak seorang pun yang dicalonkan sehingga kini secara rasmi. Baik Sultan atau Imam Hadhari, Baginda dan Imam Hadhari masih membisu. Yang panas sekarang adalah Deris Jusoh kerana kemungkinan besar Derih akan terlepas kerusi empuk yang ingin terus diwarisinya.

Media melaporkan hari ini bahawa kedudukan menteri besar Terengganu kini masih lagi misteri apabila tiada sebarang tindakan atau tanda-tanda calon yang layak dilantik. Pertemuan antara semua wakil rakyat BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu di Putrajaya yang dijadual pagi tadi tiba-tiba dibatalkan.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Jusoh awal-awal lagi tidak diundang ke pertemuan ini. Pembatalan di saat-saat akhir ini sekali gus memanjangkan lagi spekulasi bahawa Idris tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar.Majlis angkat sumpah Menteri Besar yang dijadual di Istana Maziah awal minggu ini juga ditangguhkan secara mendadak dan hingga kini tarikh itu belum ditetapkan.Idris memegang jawatan tersebut sejak 2004 selepas BN menang besar dengan merampas negeri itu daripada PAS dalam kempen 'gelombang biru'.

BN berjaya mengekalkan 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59