Friday, 14 March 2008

MOHD SABU MB PERLIS ...........OOOPS ,MOHD ISA SABU LA


Ramai bergurau dengan kami bahawa pengganti Shahidan sebagai MB Perlis adalah MOHD SABU ............OOOPS MOHD ISA SABU ........HA HA HA


PANAS : TOK DAN BANTAH KEPUTUSAN SINGKIRKANNYA DARI JADI MB


Shahidan Kassim bersama kira-kira 100 penyokong berkumpul depan masjid Putrajaya selepas solat Jumaat tengah hari tadi sebagai menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila diketepikan dari menjadi MB Perlis.

Katanya, seseorang yang dilantik MB Perlis sekarang "tidak mendapat mandat" kerana beliau, sebagai pengerusi BN, mempunyai mandat tersebut.

Raja Perlis dilaporkan telah melantik Mat Isa hari ini berkuatkuasa serta-merta dan sekali gus menamatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Beberapa hari lepas nama Isa, seorang tokoh lama Umno Perlis, disebut-sebut sebagai menggantikan Shahidan.Setakat ini tidak dapat dipastikan reaksi penyokong-penyokong Shahidan selepas mendapat tahu pemimpin mereka itu, yang juga ketua bahagian Arau, disingkirkan.

Shahidan semalam masih berkata beliau akan ke istana tengah hari ini untuk mendapatkan watikah pelantikan setelah pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju menyambung khidmatnya. Adun Tambun Tulang itu malah memberi kata dua kepada pemimpin dan ahli yang membantah keputusan tersebut - mereka boleh dikenakan tindakan disiplin atau keluar daripada Umno.

"Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.

"Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti."BN Perlis digoncang krisis berlarutan untuk mencari calon MB baru walaupun ia mengulangi kemenangan besar, menguasai 14 daripada 15 kerusin DUN dan mengekalkan ketiga-tiga parlimen.

Penyokong Shahidan mendakwa beliau disekat oleh seorang tokoh besar di peringkat pusat - yang selama ini mencetuskan konflik menjelang penamaan calon.

Malaysiakini


BERSEDIA UNTUK TERIMA AHLI UMNO SERTAI PAS


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Abu Bakar Ramle menyeru seluruh jentera PAS pelbagai peringkat samada PAS Kawasan atau Cawangan maupun Dewan-Dewan supaya bersedia dengan segala kelengkapan untuk menerima kemasukan ahli-ahli Umno dan golongan atas pagar yang kemungkinan besar akan berhijrah menyertai PAS beramai-ramai.

Senario ini sudah pasti berlaku kerana sokongan rakyat kepada PAS dan BA pada pilihanraya lalu memberikan gambaran bahawa rakyat semakin menerima konsep perjuangan PAS dan BA.

"Kita mesti bersedia dengan program-program penambahan ahli untuk menarik rakyat untuk menjadi ahli PAS, sementara momentum kemarahan rakyat kepada BN masih kuat".

"PAS Kawasan mesti mengaturkan program turun padang bertemu rakyat dengan mengucapkan terima kasih keran mengundi PAS serta mengedarkan borang keahlian PAS kepada mereka" kata Us Abu Bakar Ramle.


BERITA PANAS : TOK DAN KEMPUNAN, ISA SABU MB BARU PERLIS


Datuk Seri Shahidan Kassim (Tok Dan) gagal mengekalkan jawatan Menteri Besar Perlis, keputusan mengejut yang sama sekali berbeza daripada dakwaannya malam tadi.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Datuk Mat Isa Sabu menggantikan Shahidan yang memegang jawatan itu sejak 1995.

Semalam Shahidan dengan angkuh berkata :


"Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti."Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi.

Sebelum itu, Shahidan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.Ketua badan perhubungan Umno Perlis itu menambah "jika tidak sokong, mereka bolehlah isytihar keluar BN.


"Saya beri mereka masa sehingga jam 5 petang ini. (Dan) saya telah menelefon Abdullah mengenai perkara tersebut."Katanya dalam kes ini, BN akan mengguna pakai peraturan Whip yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


"Shahidan berkata demikian, dipercayai mengulas isu pelantikan beliau sebagai menteri besar Perlis yang tertangguh sehingga hari ini.Penangguhan tersebut berlaku ekoran campur tangan pemimpin tertentu di Perlis yang tidak mahu Shahidan dilantik semula sebagai menteri besar.


Timbalan ketua perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidil Zainul Abidin, yang turut hadir di sidang media tersebut mendakwa setiausaha agung Umno Datuk Radzi Sheikh Ahmad mengumpul penyokongnya termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).


Shahidan berkata, beliau akan menghadap Raja Perlis di Kuala Lumpur jam 12 tengahari hari ini untuk mendapatkan watikah pelantikan beliau sebagai menteri besar Perlis.


"Mereka yang tidak puas hati dengan pelantikan saya sebagai menteri besar Perlis boleh berjumpa parti (pucuk pimpinan)."Jika mereka berdegil dan terus mahu menimbulkan masalah, saya akan memberitahu rakyat mereka yang munafik ini."Rakyat perlu tahu siapa yang munafik ini," kata Shahidan lagi.


Sementara itu, Shahidan merayu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Mukhriz memberi semangat kepada ahli-ahli Umno dengan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.


Katanya, ini kerana Abdullah merupakan perdana menteri yang dipilih sendiri oleh Dr Mahathir."Rakyat kini melihat BN seolah-olah merebut harta rompakan perang dan ini menyebabkan rakyat meluat dengan parti itu," kata Shahidan lagi.


SEMALAM ANGKUH HARI INI TERSUNGKUR. INILAH UMNO DAH KALAH TERUK PUN MASIH BELUM SERIK LAGI. MASIH MAHU BEREBUT JAWATAN, RAKYAT MESTI SEDAR PERKARA INI JANGAN TERTIPU LAGI.


RAKYAT PERLIS TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH PADA PRU 12 MINGGU LALU.

Malaysiakini


PAK LAH TERUS DIASAK MUKHRIZ DAN BAPAKNYA. SIAPA DI BELAKANGNYA????



Perdana Menteri Kerajaan 3 beranak, Pak Lah terus diasak oleh Team Bekas Perdana Menteri dan anaknya, Mukhriz Mahathir (gambar)

Exco Pemuda Umno itu, menggesa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi memulihkan negara dan parti itu.

"Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.

Surat bertarikh 12 Mac (SILA KLIK ATAS IMEJ DI SEBELAH) itu turut diedarkan kepada Timbalan Presiden Umno, dua Naib Presidennya dan Setiausaha Agung Umno.

Persoalannya selain bapaknya, Tun Mahathir siapa lagi di belakangnya. Sudah tentu ada 'super power' di belakangnya yang menyebabkan Mukhriz berani. Para pembaca sekelian sudah tentu tahu dan dapat mengagaknya?????

Malaysiakini difahamkan surat itu tidak bertujuan diedarkan kepada umum, namun ia kini mula diterbitkan di beberapa laman web dan blog politik.

Mukhriz, ahli Parlimen Jerlun, berkata keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac jelas menunjukkan rakyat menolak kepemimpinan Abdullah.

Satu lagi persoalan, bilakah orang kanan kerajaan 3 beranak, YB (Yang Bongkak) Khairy Jamaluddin keluar dari persembunyiannya setelah bergelar YB kerana sehingga ke hari ini YB KJ ini belum bertemu media lagi.


Khir Toyo dan Tajol Rosli pun dah keluar, takkan KJ masih malu kot. Biasanya orang yang buat banyak kesalahan atau berasa bersalah yang tak mau jumpa orang ni .........?%%%$$%^^$#^%#^

Laporan ini dipetik dari Malaysiakini.com


ISU PERLANTIKAN IR NIZAR SEBAGAI MB PERAK SELESAI, MAJLIS ANGKAT SUMPAH BILA-BILA MASA


Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki telah mengesahkan kesemua Adun daripada ketiga-tiga parti politik, DAP, PKR dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kata sepakat itu katanya, telah dicapai jam 10.00 malam tadi di Pejabat PAS Negeri Perak setelah penjelasan diberikan kepada Adun KeADILan yang mempertikaikan pencalonan Menteri Besar daripada PAS dan pembahagian kerusi Exco.

Persetujuan telah dicapai berhubung pembahagian kerusi di mana DAP mendapat 6, KeADILan 3 dan PAS 2.

Kesemua Adun terbabit telah menandatangani penyataan persetujuan untuk menerima Haji NIzar sebagai Menteri Besar yang baru.

Selepas kata sepakat dan penyataan persetujuan diambil dari kesemua Adun dari ketiga-tiga parti, wakil-wakil dari DAP, KeADILan dan PAS telah bergegas pergi ke Istana Kinta untuk menyerahkan penyataan persetujuan kepada pihak istana.

"Upacara angkat sumpah Menteri Besar ke-10 di Istana Kinta akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang," ujar beliau.


RAIS YATIM BIADAP KEPADA RAJA-RAJA MELAYU


Ahli Parlimen Jelebu, Rais Yatim ('Katak lompat') semalam mengeluarkan kenyataan yang biadap terhadap Raja-raja Melayu.

Kenyataan beliau disiarkan di media pengampu BN hari ini.

Dalam kenyataannya, Rais berkata, sepatutnya sultan atau raja melihat kepada satu parti yang beroleh kerusi yang paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melantik siapa Menteri Besar.

''Sultan memang berkuasa untuk menentukan siapa yang menjadi Menteri Besar dan ia adalah satu-satunya kuasa diraja yang masih kekal,'' ujar beliau.

Rais berkata, di Perak, sultan boleh mengambil salah seorang wakil parti yang dianggap mencapai majoriti kepentingan dalam Dewan Undangan Negeri.

''Kalau ambil dari parti yang kecil kerusinya, ia adalah salah dari segi amalan demokrasi Westminster,'' ujarnya.

Mengulas mengenai konflik pelantikan Menteri Besar dan pembentukan kerajaan di Perak, beliau berkata, keadaan itu berlaku akibat kesilapan pihak yang memberi nasihat kepada sultan.

Kenyataan di atas membuktikan bahawa Rais memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu dan penasihat-penasihat baginda.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan supaya Rais dikenakan tindakan seperti melucutkan pingat yang diterimanya dari Raja-raja Melayu kerana jelas kenyataan Rasi benar-benar biadap dan memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu.

Kami juga menggesa Rais menarik balik kenyataan menghina Paduka Sultan Perak ini secara bertulis dan memohon maaf dengan serta merta.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59