Wednesday, 12 March 2008

KIT SIANG BANTAH PERLANTIKAN NIZAR SEBAGAI MB PERAK, RAKYAT MARAH


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang membantah perlantikanSetiausaha PAS Perak Muhammad IR Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. KitSiang di dalam blognya membantah calon MB yang diperkenan oleh Sultan Perak atasalasan PAS mempunyai kerusi yang sedikit jika dibandingkan dengan DAP dan PKR.


Dalam kenyataannya Kit Siang berkata bahawa, beliau bersetuju jikaBendahari PKR Perak, Jamaluddin Mohd Radzi dilantik ke jawatan tersebut.


Kit Siang meminta semua ADUN DAP memulaukan upacara angkat sumpah MBPerak yang dijadualkan berlangsung esok.


Namun begitu majoriti komenyang dihantar kepada blognya mengharapkan Kit Siang bersetuju dengan perlantikanNizar.


Ada di kalangan pengunjung memberikan komen supaya Kit Siang danpartinya merujuk kembali janji-janji mereka sebelum ini di mana yangpentingnyaBN mesti ditumbangkan atau dinafikan majoriti 2/3. Malangnyaselepas pembangkangmempunyai kerusi majoriti di DUN Perak Kit Siang 'buatperangai' pula.


Keputusan PRU 12 Sabtu lalu menyaksikan DAP memenangi18, PKR 7 dan PAS 6 kerusi. BN memperolehi 28 kerusi.

Jika bantahan DAP iniberlarutanmaka krisis siapa menjadi MB Perak semakin hangat. Salah seorangADUN BN yangmempunyai kerusi majoriti di DUN Perak mungkin dipilih sebagaiMB.
Kitamengharapkan DAP dapat mencari jalan penyelesaian.

Merekamesti kembali kepadaprinsip mereka iaitu BN adalah musuh bukan partipembangkang lain iaitu PAS atauPKR. Difahamkan Jawatankuasa Tertinggi DAPsedang bermesyuarat untuk memutuskantindakan DAP selanjutnya berhubung isuini.


Kita tunggu dan lihat.



SAH IR NIZAR ADUN PAS JADI MB BARU PERAK


Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak.

Perlantikan beliau diperkenankan oleh Pemangku Raja Perak, Rana Nazrin Shah hari ini. Majlis angkat sumpah akan berlangsung esok.

Sementara itu dua timbalannya diberikan kepada wakil rakyat bukan Melayu, seorang pemimpin DAP dan seorang lagi, belum dipastikan, seorang wakil rakyat keturunan India.

Besar kemungkinan Pengerusi DAP Perak Ngeh Kon Ham akan dilantik sebagai Timbalan MB 1 dan ADUN Hutan Melintang Kesavan Subramaniam dari PKR akan dilantik sebagai Timbalan MB 2.

Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.

Dalam kenyataannya petang ini, IR Nizar berjanji akan mengambil kira pandangan semua pihak dalam memutuskan apa juga keputusan kerajaan negeri nanti.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam).


ALLAHU AKHBAR


SIAPA YANG LEMAHKAN KETUANAN MELAYU?


Cuba amati data di bawah iaitu kerusi-kerusi Parlimen dan DUN dimana Calon Bukan Melayu (BN) mengalahkan calon Melayu.

SIAPA GADAIKAN KETUANAN MELAYU?

Senarai Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh Barisan Nasional dengan mengalahkan calon Melayu.


1.Perlis
N.1 Titi Tinggi
Yip Sun Onn (MCA)
Keria Senawi (PKR)

2.N.8 Indera Kayangan
Dr. Por Choo Chor (MCA)
Poziyah Hamzah (PKR)

3.Terengganu
N.14 Bandar
Toh Chin Yaw (MCA)
Dr. Abd Manaf Che Mat (PKR)

4.Perak

P.54 Gerik
Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)
Mohd Noor Abdul Rahman (PAS)

5.P.74 Lumut
Datuk Kong Cho Ha (MCA)
Suwardi Sapuan (PKR)

6.P.77 Tanjong Malim
Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA)
Mohamad Azman Marjohan (PKR)

7.Pahang

N.4 Cheka
Datuk Fong Koong Fuee (MCA)
Ishak Sat (PKR)

8. P.80 Raub
Datuk Dr. Ng Yen Yen (MCA)
Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)

9.N.10 Damak
Datuk Lau Lee (MCA)
Mohd Nor Jaafar (PKR)


10. Selangor

P.100 Pandan
Datuk Ong Tee Keat (MCA)
Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)


11.Melaka
N.10 Asahan
R. Perumal (MIC)
Amdan Sudin (PAS)



12. Johor (PALING BANYAK)

N.3 Pemanis
Lau Chin Hoon (Gerakan)
Othman Selamat (PAS)

13.N.9 Gambir
M. Asojan (MIC)
Kassim Ibrahim (PAS)

14. P.148 Ayer Hitam
Dr. Wee Ka Siong (MCA)
Hussin Sujak (PAS)

15.N.21 Parit Yaani
Ng See Tiong (MCA)
Hashim Jusoh (PAS)

16.P.151 Simpang Renggam
Liang Teck Meng (Gerakan)
Atan Gombang (PAS)

17.N.31 Kahang
Vidyananthan Ramadhan (MIC)
Abdul Halim Dawam (PKR)

18. N.33 Tenggaroh
T. Murukasvary (MIC)
Shahar Abdullah (PAS)

19.P.158 Tebrau
Ling Ban San (MCA)
Roslaini Sarif (PAS)

20. N.42 Johor Jaya
Tan Cher Puk (MCA)
Md Nashir Wahab (PRM)

21.N.43 Permas
M. Munusamy (MIC)
Syed Othman Syed Abdullah (PAS)

22.N.46 Pengkalan Rinting
Chia Song Cheng (MCA)
Rahmatullah Abdul (PAS)

23. P.162 Gelang Patah
Tan Ah Heng (MCA)
Dr. Zaliha Mustafa (PKR)

24.N.54 Pulai Sebatang
Tee Siew Keong (MCA)
Shamsuddin Jaafar (PAS)


5 NEGERI AKAN ASAK KERAJAAN PUSAT


PAS mencadangkan agar lima buah negeri yang dikuasai Barisan Alternatif (BA) sekarang bergabung membentuk koridor ekonomi di negara ini.Cadangan ini dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini Selasa lepas.

Negeri-negeri itu adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.“Kalau perlu kita boleh buat rel keretapi laju atau lebuhraya antara Pulau Pinang dan Kelantan merentasi Kedah dan Perak,” kata Husam.

Ketika ditanya media, apakah ia boleh dilaksanakan, Husam berkata, ia boleh dilakukan dengan kerjasama para pelabur dan lima kerajaan negeri yang terlibat.

“Kita kena explore segala peluang yang ada untuk kepentingan rakyat,” kata Husam.Menurutnya, menguasai lima negeri tersebut bukan perkara kecil.

“Kita kena bayangkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Lima negeri akan mendesak pengerusi agar membuat reform dalam pembangunan kewangan.

“Begitu juga dalam mesyuarat Majlis Raja-raja. Lima sultan dan MB dari negeri-negeri ini akan terlibat secara langsung dalam mesyuarat itu. Bolehlah kita bayangkan apa yang berlaku?” kata Husam.

Oleh itu, katanya, apabila lima negeri bergabung, kelima-limanya bakal menghasilkan persaingan dengan negeri-negeri di bawah BN dan kesatuan di kalangan negeri-negeri BA ini.


SEMUA ADUN BERAGAMA ISLAM LAYAK MENJADI MB SELANGOR


Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Dato' Mohamad Munir Bani berkata belum ada keputusan siapa yang akan dilantik sebagai MB Selangor. Ini kerana katanya pelantikan menteri besar ini adalah hak mutlak Sultan Selangor.

Katanya, baginda boleh memilih sesiapa daripada wakil-wakil yang telah menang dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Menurut Mohamad, keputusan mengenainya akan diumumkan dalam tempoh masa yang terdekat di mana satu upacara pelantikan, angkat sumpah dan taat setia akan diadakan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Mohamad juga berkata, baginda berkenan dengan penggabungan parti pembangkang - PKR , DAP dan PAS - dan baginda akan memilih calon yang sesuai untuk menjadi menteri besarSelangor.

Sebagaimana diperuntukkan di dalam Bab 3, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan hendaklah melantik dengan suratcara di bawah tandatangan baginda dan mohor kerajaan seorang Menteri Besar mengikut Perkara 53 di mana Sultan hendaklah pertama-tamanya melantik seorang Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Upacara pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baru masih belum lagi ditetapkan tarikhnya tetapi akan dilangsungkan selewat-lewatnya pada minggu ini.

Datuk Mohamad Munir Bani juga berkata mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seorang menteri besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam seperti yang tertakluk kepada Peruntukan Fasal Empat Perkara 53.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Menteri Besar, walaupun tidak dinyatakan dengan terperinci keperluan melantik seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi sewajarnya ia dilantik daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Mohamad berkata ini adalah kerana tugas Timbalan Menteri Besar adalah membantu Menteri Besar dalam urusan kerajaan dan bagaimana beliau hendak membantu Menteri Besar dalam hal-hal upacara keagamaan dan seumpamanya.Bernama memetik beliau sebagai memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa hanya ada satu jawatan timbalan menteri besar yang boleh dilantik oleh menteri besar setelah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Dengan perkembangan ini, kemungkina untuk Sultan memilih MB selain dari Tan Sri Khalid Ibrahim tetap ada kerana sepertimana Kata Dato Mohamad Munir Bani sesiapa juga dikalangan ADUN yang beragama Islam boleh dilantik menjadi MB dengan perkenan Sultan.

Ini bermakna beberapa nama lain seperti Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato' Dr Hassan Mohamad Ali juga boleh dipilih oleh Baginda Sultan Selangor.


EXCO KEDAH DIBENTUK SAF YANG MANTAP DAN DIYAKINI RAKYAT


Saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah dibentuk hari ini dengan membariskan saf yang mantap dan berpengalaman.

Kerajaan Kedah yang diketuai oleh ADUN Sungai Limau Ustaz Azizan Abdul Razak telah melantik barisan exconya dengan agihan tujuh untuk PAS dan tiga untuk PKR.

Bagi jawatankuasa mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang diperuntukkan kepada PKR, seorang wakil rakyat India dan Cina terpilih.

Kedua-dua ADUN Bukan Melayu yang dilantik sebagai Exco ialah V Arumugam, yang bertanding atas tiket bebas dan kini menyertai PKR, menang di kerusi Bukit Selambau dan Tan Chow Kang menang di Sidam .

Pembangkang menguasai 23 daripada 36 kerusi negeri dengan pecahan 17 PAS, lima PKR dan satu DAP.


SHAHIDAN MENANG SEKALI LAGI


Dua kali Shahidan cuba 'dikalahkan' oleh puak Radzi Sheikh Ahmad. Pertama ketika pemilihan calon PRU12 dan kedua selepas PRU 12 iaitu dalam pemilihan siapa yang menjadi MB. Kedua-duanya 'dimenangi' oleh Shahidan. Hebat betul permainan politik Shahidan sehingga Setiausaha Agong Umno pun berjaya di 'buli' nya.

Akhirnya Shahidan dipilih semula sebagai MB Perlis setelah menerima watikah daripada Sultan Perlis semalam.

Selepas keadaan tidak menentu selama beberapa hari sejak keputusan pilihanraya umum Sabtu lepas, pengerusi BN Perlis itu menerima persetujuan istana.

Perkara itu disahkan oleh ketua penerangan Umno negeri Datuk Hashim Suboh kepada Malaysiakini hari ini. Katanya, watikah itu diserahkan kepada Shahidan lewat petang semalam.


HIKMAH KEMENANGAN BA DAN DAP


Di saat semua pemimpin BN sugul dan sedih sebenarnya ada di kalangan pemimpin dan ahli Umno, MIC, MCA yang sangat gembira. Tetapi kegembiraan itu tidak ditunjukkan didepan khalayak ramai. Mereka begitu girang dan teruja di dalam hati mereka.

Antara yang gembira dan teruja ialah Timbalan-timbalan menteri, Setiausaha-setiausaha Parlimen, Ahli-ahli Parlimen penggal lalu atau yang baru pertama kali bertanding. Ini kerana banyak kekosongan jawatan menteri dan timbalan menteri yang kosong akibat kekalahan pemimpin-pemimpin mereka.

Gerakan contohnya sudah tentu akan diwakili oleh menteri baru kerana Pemangku Presiden mereka, Dr Koh Tsu Kon tewas. Cuma dua ahli parlimen Gerakan sahaja yang menang, jadi kemungkinan besar kedua-duanya akan dilantik sebagai menteri.

Begitu juga MCA, Presidennya Ong Ka Ting awal-awal lagi menolak jawatan menteri. Jadi sudah tentu Naib Presidennya Ong Ka Ting ......to be continued


DERIH PUCAT LESI, SHAHIDAN PUCAT GIGI


Walaupun kedua-dua berjaya mempertahankan kemenangan Umno/BN dalam di negeri masing-masing pada PRU 12 Sabtu lalu, kedua-dua MB bagi Perlis dan Terengganu mungkin menjadi mantan MB kerana ada desas-desus bahawa kedua-duanya akan diketepikan kerana tidak mendapat perkenan Sultan.

Sehingga ke hari ini kedua-dua mereka Derih Jusoh dan Shahidan Qossim sehingga kini masih tidak mengangkat sumpah sebagai MB sedangkan negeri-negeri lain telah melangsungkan upacara tersebut.

Di fahamkan kedua-dua mereka yang menang bergaya pada PRU 12 ini (walaupun mungkin dengan pertolongan pengundi hantu) sedang resah gelisah kerana dikatakan tidak disenangi oleh ahli-ahli Umno dan pihak istana.

Di Perlis kem Radzi yang menjadi seteru Shahidan sejak sekian lama mencadangkan nama adinda Sultan Perlis iaitu Dato' Syed Razlan Jamalullail untuk menjawat jawatan tersebut.

Manakala di Terengganu ada 2 nama lain yang disebut-sebut menjadi saingan Derih iaitu ADUN Ajil Rosol Wahid dan ADUN Kijal Ahmad Said.

Jadi sekarang ini kedua-dua pemimpin yang terkenal suka bercakap besar ini sedang pucat lesi dan pucat gigi.

Mungkin inilah balasannya apabila menang dengan cara yang tidak diHALALkan agama dan demokrasi.

Jangan kamu sangka kamu akan berkuasa selama-lamanya. Walaupun menang dikerusi masing-masing belum tentu kamu akan dilantik semula untuk menjadi orang paling berkuasa di negeri masing-masing.

HIDUP SULTAN DAN RAKYAT

ALLAHU AKHBAR


DAH KALAH TERUK MASIH NAK PUTAR BELIT ISU


Walaupun BN kalah teruk pada PRU 12, media pengampu BN masih terus memutar belitkan isu perlantikan MB Selangor dan Perak sedangkan perlantikan MB Terengganu, Johor dan Perlis juga masih belum selesai.

Isu ini sengaja dimainkan supaya rakyat terpegaruh dan serik untuk mengundi pembangkang pada masa akan datang.

Kita mengharapkan cerdik dan tidak terpengaruh dengan mainan media jahat ini.

Sementara itu teka teki siapa MB Perak dan Selangor akan terjawab selewat-lewatnya esok atau lusa apabila Sultan Perak dan Selangor dijangka mengumumkan nama MB masing-masing. Upacara angkat sumpah juga dijangka diadakan pada minggu ini juga.

Dalam pilihan raya umum Sabtu lalu, DAP menang 18 daripada 59 kerusi DUN di Perak, PKR (tujuh) dan Pas (enam) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi. Kerajaan campuran terpaksa ditubuhkan akibat kegagalan mana-mana parti mendapat 30 kerusi bagi mencapai majoriti mudah.

Di DUN Selangor, PKR memenangi 15 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada pilihan raya umum lalu, manakala Pas (lapan) dan DAP (13). BN pula menang 20 kerusi DUN.

Gambar dari kiri: Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas), Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) dan Ngeh Koo Ham (DAP)


Muhd Fairuz, Ramasamy timbalan ketua menteri


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dari PKR, Muhammad Fairuz Khairuddin dan Adun Perai dari DAP, P Ramasamy akan dilantik sebagai timbalan ketua menteri.

Muhammad Fairuz dilantik sebagai timbalan ketua menteri 1 manakala Ramasamy timbalan ketua menteri 2.

Lim yang mengangkut sumpah semalam berkata, keputusan melantik dua timbalan ketua menteri adalah untuk mewujudkan kepimpinan yang mewakili semua kaum.Ini adalah kali pertama seorang wakil dari kaum India dilantik ke jawatan tinggi seumpama itu di Malaysia.


KESAN PRU 12


1- Samy Vellu - betul-betul jadi SAMI di Batu Caves

2- Khir Toyo - akan dipamerkan di Pameran Hantu di Malaysia sebagai TOYOL paling ganas

3- Zainudin Mydin - jadi JAGA di Pasaraya MYDIN

4- Koh Tsu Kon - Jual buah SUKUN celup tepung

5- Shahrizat Jalil - jadi PENCUCI JAMBAN di Stadium Bukit Jalil

6- Awang Adek - Pakai kain pelikat pegang tasbih depan Kota Darul Naim ...."MB MB MB MB" tak habis-habis

7- Aziz Shamsudin - Ganti S.SHAMSUDIN berlakon Filem Bujang Lapok versi terbaru\

8- Annuar Musa - Jadi 'MUSANG' nak Ngap mana-mana ayam orang miskin


UMNO TERUS BERCAKARAN


BN merudum, Radzi dipersalahkan

Sekumpulan pemimpin Umno Perlis hari ini mendesak setiausaha agung Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatannya susulan krisis yang berlanjutan di negeri Indera Kayangan dan kekalahan calon Umno di seluruh negara.

Krisis itu yang muncul secara terbuka hujung tahun lepas menjadi makin tegang dan tidak menentu menjelang saat-saat akhir hari penamaan calon 24 Februari lalu.Kini krisis itu menimbulkan konflik baru apabila kerajaan negeri gagal dibentuk walaupun BN Perlis mengulangi kemenangan besar dalam pilihanraya umum Sabtu lepas.

Dalam sidang media mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini, ketua penerangan Umno Perlis Datuk Hashim Suboh mendakwa Radzi campurtangan dalam proses penubuhan kerajaan negeri dan pelantikan Menteri Besar.

Beliau, yang juga timbalan ketua Umno bahagian Kangar, mendakwa Radzi mempengaruhi pihak istana agar tidak mengeluarkan watikah pelantikan semula Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar."Radzi juga mempengaruhi Perdana Menteri supaya tidak melantik Shahidan sebagai menteri besar,” dakwa Hashim lagi.

Hashim mendakwa mewakili badan perhubungan Umno Perlis serta mendapat restu Shahidan dan sokongan timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Zahidi Zainal Abidin, ketua wanita negeri Datuk Mastika Junaidah Hussin, ketua pemuda negeri Datuk Rozabil Abdul Rahman, dan ketua puteri Rozienna Ahmad.

Selain Rozabil, hadir sama di sidang media itu adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim yang menang di parlimen Arau.Restu ShahidanMenurut Hashim lagi, pucuk pimpinan Umno negeri itu telah menemui presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung perkara tersebut.

"Kami menemui perdana menteri di Seri Perdana pada hari Ahad dan Isnin lalu untuk meminta Abdullah menggantikan Radzi dengan orang lain yang lebih berwibawa."Bagaimanapun, sehingga hari ini kami belum menerima sebarang berita mengenai perkara tersebut," katanya.

Hashim menambah, Shahidan merestui beliau mengadakan sidang media tersebut."Sehingga jam 5.15 petang ini, isu pelantikan menteri besar Perlis yang baru belum diselesaikan kerana campur tangan Radzi."Kita dimaklumkan (bahawa) perdana menteri telah bersetuju sepenuhnya supaya Shahidan kekal menerajui kepimpinan kerajaan negeri Perlis," kata Hashim lagi.Menurutnya, Umno Perlis kecewa kerana tindakan Radzi menyebabkan kemelut ini belum dapat diselesaikan.

Hashim mendakwa, Radzi yang juga ahli parlimen Kangar, menjadi antara punca utama kekalahan Umno di lima negeri lain.Ketewasan besar ini kerana, katanya, Radzi lebih memfokuskan kepada masalah remeh-temeh di Perlis sedangkan tanggungjawabnya sebagai setiausaha agung meliputi seluruh negara.Antaranya, kata Hashim, masalah pengurusan parti yang lemah termasuk banyak poster parti yang tidak sampai ke peringkat bahagian-bahagian di seluruh negara.

"Radzi merupakan setiausaha agung Umno yang paling lemah pernah dimilik oleh parti ini.Punca kekalahan calon"Kita mendesak Umno di tempat lain agar bersama kita mendesak supaya perdana menteri menggantikan Radzi dengan orang lain."Kita (Umno Perlis) menyokong Abdullah walau apapun yang terjadi," katanya lagi.

Hashim berkata, Radzi harus dipertanggungjawabkan terhadap kemelut dan kekalahan calon-calon Umno di seluruh negara.Katanya, Radzi sepatutnya sedar mengenai perkara itu, dan mengambil tindakan meletak jawatan sebelum orang lain menuding jari kepadanya.Sementara itu, Ismail pula berkata, campur tangan Radzi bermula sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

Malah, katanya, Radzi bertindak memilih sendiri senarai calon parlimen Arau dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah parlimen berkenaan.Radzi juga, dakwa Ismail lagi, mengumumkan calon-calon yang akan bertanding sedangkan Shahidan selaku pengerusi Umno negeri yang sepatutnya berbuat demikian.

"Calon yang diumumkan oleh Radzi tidak muncul pada hari penyerahan watikah untuk jadi calon dan mereka juga bukanlah calon dalam senarai Shahidan," katanya lagi.


Shahidan disekat jadi MB Perlis

Penubuhan kerajaan negeri Perlis tertangguh hingga ke hari ini kerana dipercayai wujudnya usaha untuk menghalang pelantikan semula Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar.Malaysiakini difahamkan, puak yang bertelagah dengan Shahidan berusaha untuk mendapat persetujuan pucuk pimpinan Umno pusat supaya melantik adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, sebagai menteri besar yang baru.

Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, Syed Razlan dipindahkan dari kerusi parlimen Arau untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh dan menang dengan majoriti 2,572 undi.Ini bermakna pertelagahan dalam Umno Perlis antara puak Shahidan dengan puak ahli parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, yang juga setiausaha agung Umno, masih berterusan - dan kini masuk ke babak baru.

Dalam pilihanraya umum tersebut, Barisan Nasional (BN) pimpinan Shahidah, mencatatkan kemenangan besar, dengan memenangi ketiga-tiga kerusi parlimen - Kangar, Arau dan Padang Besar dan 14 daripada 15 kerusi DUN. BN negeri hanya tewas di kerusi DUN Simpang Empat.

Calonnya, Zahari Bakar tewas kepada calon PAS, Rus'sele Eizan dengan majoriti 53 undi sahaja. BN bagaimanapun berjaya merampas kembali Sanglang yang dipegang PAS selama dua penggal.Sementara itu, seorang pemimpin Umno Perlis, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, tidak harus wujud masalah seumpama itu kerana Shahidan telah menerajui Umno untuk menang besar dalam pilihanraya Sabtu lalu.

Ada campur tangan?Beliau yang juga ketua penerangan Umno bahagian Arau berkata, sepatutnya tidak berlaku penangguhan penubuhan kerajaan negeri kerana masalah pemilihan menteri besar.

Ditanya sama ada penangguhan penubuhan kerajaan negeri itu berpunca di peringkat Umno pusat atau di peringkat istana, beliau berkata:"(Shahidan) adalah ketua parti yang diiktiraf pucuk pimpinan, dan menang besar dalam pilihanraya umum, proses (seterusnya) ialah dapatkan watikah pelantikan menteri besar dan ahli exco, mengadap Raja dan (diikuti dengan upacara) pelantikannya.

"Di samping itu, tegas Abu Bakar berkata, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi raja perlembagaan dan oleh itu tidak seharusnya timbul soal campurtangan pihak istana dalam penubuhan kerajaan negeri dan pelantikan menteri besar.

Oleh itu, katanya, jika proses penubuhan kerajaan negeri terus tertangguh, maka akan timbul pelbagai spekulasi, termasuk anggapan berlakunya campurtangan istana dalam soal tersebut.

Pertelagahan antara dua pemimpin Umno Perlis itu menyebabkan pindaan besar dilakukan terhadap senarai calon pilihanraya yang dikemukakan oleh Shahidan. Penyelesaian dicapai melalui 'formula Putrajaya' di mana pengagihan calon dibuat berasaskan nisbah lima penyokong Shahidan dan 10 orang Radzi bagi peringkat DUN.Shahidan, yang sebelumnya digugurkan dari senarai calon, dikekalkan bertanding di kerusi lamanya di Tambun Tulang.

Radzi dan Datuk Azmi Khalid pula kekal di kerusi parlimen masing-masing di Kangar dan Padang Besar.Walaupun persetujuan telah dicapai tetapi ia tetap mencetuskan rasa tidak puas hati dan bantahan di kalangan calon-calon awal yang terpaksa digugurkan.Susulan ketegangan yang berlarutan itu, ramai penyokong Shahidan termasuk beberapa anggota exco kerajaan negeri yang terpaksa digugurkan dan digantikan dengan orang Radzi (kanan).

Mereka yang digugurkan termasuk Azihani Datuk Ali (Sena), Datuk Bakar Ismail (Pauh), Bakar Saad (Kuala Perlis) dan Azam Rashid (Kayang).Sementara Zahari Bakar (Simpang Empat) dan Khairy Hassan (Mata Ayer), yang merupakan bekas setiausaha politik Azmi, dikekalkan.Dan Syed Razlan dipindahkan bertanding di DUN Pauh.

Melalui perjanjian itu juga Shahidan akan dilantik menjadi menteri besar untuk tempoh dua tahun dan kemudiannya digantikan oleh Syed Razlan.


ORANG MELAYU MELAKA LEMBAP


Di saat Orang Cina dan India seluruh negara menolak BN pada PRU 12 baru-baru ini, Orang Melayu masih ketinggalan ke belakang apabila terus memberikan undi kepada BN yang jelas zalim, lemah dan mementingkan diri.

Kita pun tidak tahu apa yang bermain di fikiran Orang Melayu Melaka yang mengundi BN. Walaupun dihidangkan dengan fakta penyelewengan, kesesatan Islam Hadhari dan sebagainya mereka masih terpedaya dengan gula-gula pemimpin BN.

Bila lah agaknya mereka ingin menjejak langkah kawan-kawan mereka di Johor dan Negeri Sembilan yang mula sedar apabila masing-masing memperolehi 2 dan 1 kerusi PAS di DUN.

Apakah orang Melaka ingin menunggu legenda Hang Tuah (yang tidak dipastikan kesahihannya) bangkit hidup semula dan menasihatkan mereka supaya 'bertaubat'.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59