Wednesday, 20 February 2008

OTAK LETAK KAT MANA?


Akhbar arus perdana yang mendapat jolokan 'The Greatest Liars' terus memutarbelitkan fakta berkenaan negara kebajikan yang menjadi manifesto PAS.

Pelbagai komen di muatkan di dada akhbar 'Penipu Terbesar' tersebut. Semua kenyataan itu berupa kenyataan bodek dan 'mengipas' pemimpin Islam Hadhari.

Antara komen yang disiarkan ialah komen Presiden Persekutuan Syarikat-Syarikat Tersenarai Awam, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, Pas perlu lebih realistik dengan konsep negara kebajikan kerana bukan mudah menyalurkan begitu banyak subsidi kepada rakyat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia semakin melambung.

Menurutnya, kerajaan sudah pun membelanjakan RM40 bilion setahun untuk pemberian pelbagai bentuk subsidi termasuk petrol dan gas sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan.

Katanya, subsidi itu yang berjumlah RM200 bilion untuk tempoh lima tahun menyamai keseluruhan peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Pas tidak akan mampu memberi begitu banyak subsidi secara berterusan tanpa meningkatkan pendapatan negara. Adakah ini bermakna cukai akan ditingkatkan?’’ kata Megat Najmuddin ketika dihubungi Utusan Meloya semalam.

Nampak jelas si Megat ini terpengaruh atau dipengaruhi oleh pemikiran pemimpin Umno yang boros membelanjakan wang rakyat. Beliau sepatutnya sedar bahawa kegagalan kerajaan menambah subsidi untuk mengurangkan harga minyak adalah disebabkan keborosan mereka membelanjakan wang rakyat sehingga akhirnya rakyat sendiri menderita.

Wang yang sepatutnya digunakan untuk subsidi tersebut digunakan untuk projek-projek mega, bail-out syarikat bermasalah dan lain. Antaranya wang yang digunakan untuk 'bail-out' syarikat kroni berjumlah lebih RM11.022 bilion; melaksanakan projek-projek membazir seperti pembinaan menara berkembar, tajaan Sauber-Petronas, Litar Sepang dan sebagainya.

Selain itu sifat boros dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Islam HAdhari juga melenyapkan banyak duit rakyat. Contohnya kes rasuah/penyelewengan pembelian barangan IKBN dan lain-lain.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59