Tuesday, 12 February 2008

'SANTA KLAUS' TERUS BERI HADIAH PADA RAKYAT


'Santa Klaus' terus memberikan hadiah kepada anak buah. Kali ini 'budak-budak' di Sarawak pula memperolehi hadiah dari Santa Klaus ini.

Hadiah itu pula belum tentu menjadi kenyataan baru cakap-cakap mulut.

Semua itu adalah disebabkan pilihanraya semakin dekat. Jadi 'Santa Klaus' begitu hebat menggagihkan hadiah berupa janji.

Rakyat ternganga mendapat hadiah.

Semalam bapak segala 'Santa Klaus' melancarkan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) yang berteraskan penerokaan sumber tenaga secara mesra alam dengan pelaburan berjumlah RM334 bilion dalam tempoh 23 tahun.

Sambutan terhadap SCORE daripada para pelabur amat memberangsangkan sebaik sahaja ia dilancarkan.

Beberapa jam selepas merasmikan koridor pembangunan itu, 'Santa Klaus' memberitahu, SCORE telah menerima komitmen pelaburan jangka panjang sebanyak RM500 bilion hasil memorandum persefahaman (MoU) 24 syarikat swasta yang ditandatangani hari ini.

Menurut pelan induk SCORE, koridor itu memerlukan suntikan RM200 bilion untuk membangunkan pelaburan dalam industri, sektor tenaga (RM67 bilion), infrastruktur (RM61 bilion), modal insan (RM3 bilion) dan infrastruktur institusi (RM3 bilion).

Kerajaan Pusat akan menyumbang 15 peratus daripada jumlah pelaburan SCORE yang akan dimajukan bermula dari tahun 2008 sehingga 2030.

Ketika berucap melancarkan SCORE di sini, 'Santa Klaus' berkata, SCORE bakal menjadikan Sarawak maju seiring dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Begitulah hebatnya rakyat Sarawak digula-gula dengan projek guna untuk memancing undi mereka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59