Friday, 1 February 2008

PELUANG PEMBANGKANG-BN 50-50



Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan peluang yang seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka dalam pilihanraya umum ke-12 akan datang.

"Kedua-dua pihak mempunyai peluang... BN 50, pembangkang 50. Ini ramalan saya," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara baru-baru ini.

Abdul Rahim menjadi Ketua Menteri Melaka selama 12 tahun mulai April 1982 hingga14 Oktober 1994 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno Malaysia selepas didakwa terbabit dalam skandal seks tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut.

"Jika mereka gembira dengan ekonomi, mereka akan sokong, jika mereka tidak gembira, mereka fikir sebaliknya. Mereka melihat apa yang ada pada hari ini, " katanya lagi.

Abdul Rahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, sebenarnya, selain ekonomi, ada banyak isu lain lagi yang boleh mempengaruhi pengundi dalam pilihnaraya umum akan datang.

Katanya, untuk itu pemilihan calon perlu dibuat dengan berhati-hati kerana ia memainkan faktor penting untuk kemenangan parti mereka.

Faktor calon

"Sebanyak 60 peratus pengundi memilih faktor calon dan 40 peratus kerana parti. Ini fenomena yang berlaku hari ini.

"Dulu parti letak sesiapa sahaja akan menang tetapi kini telah berubah kerana faktor-faktor seperti generasi muda dan keadaan yang berbeza.

"Mereka melihat kepada keyakinan. Jika mereka yakin mereka sokong," katanya lagi.

Abdul Rahim berkata, beliau turut merasa gembira dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri sekarang yang meneruskan apa yang dilakukannya sebelum ini.

Katanya, Melaka hari ini telah mengembalikan semula kegemilangan yang dinikmati semasa Kesultanan Melaka dahulu.

Abdul Rahim juga berkata, Umno telah bersedia menghadapi pilihanraya umum di mana 191 bahagian Umno di seluruh negara diarah berbuat demikian.

'Perhimpunan haram'

Katanya, jentera penerangan bergerak lancar dengan mengadakan pelbagai majlis penerangan di seluruh negara bagi memastikan rakyat mendapat penerangan yang jelas mengenai isu-isu semasa.

Beliau berkata, banyak cabaran yang akan dihadapi oleh Umno dan BN bagi menjawab dan menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kali ini.

"Isu kenaikan harga barangan, kenaikan minyak dunia, koridor ekonomi perlu dijelaskan secara mendalam kepada rakyat.

"Kami juga menerangkan mengenai demontrasi haram yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam negara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, jika kumpulan ekstremis menguasai negara ini, ia akan memusnahkan negara dan dasar rakyat kerajaan ialah memberi perlindungan kepada rakyat.

Pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) telah beberapa kali mengadakan perhimpunan bagi membantah perjalanan pilihnaraya yang didakwa tidak adil dan telus, selain kenaikan harga barangan.

Malaysiakini


ALI RUSTAM DI'BUANG NEGERI' KE PARLIMEN



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum yang diramalkan Mac ini bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam hirarki kepimpinan Umno.

Ini kerana, dari segi hirarkinya, beliau merupakan naib presiden terkanan di belakang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seandainya Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, maka Mohd Ali layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

"Sekiranya beliau masih berada di peringkat negeri, kemungkinan besar jawatan TPM terlepas kepada seorang lagi naib presiden yang juga menteri kanan, Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata sumber-sumber yang rapat dengan Umno.

Dalam pemilihan naib presiden Umno yang lalu, Mohd Ali (kiri) menduduki tempat kedua di belakang Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala Muhyiddin, yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, di tempat ketiga.

Bagaimanapun, kemenangan Isa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, dibatalkan kerana didakwa terbabit dalam politik wang.

Ia sekaligus meletakkan Mohd Ali di tempat kedua di belakang Najib yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Pengganti Mohd Ali

Lagi pula, kata sumber-sumber itu lagi, kedudukan pembangkang di Melaka agak kuat sepertimana yang diakui oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik (kanan) dalam temubual dengan Malaysiakini kelmarin.

Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka mempunyai peluang 50-50 dalam pilihanraya umum akan datang.

"Jika prestasi BN kurang baik dalam pilihanraya umum nanti, ia tentu turut menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Ali. Untuk itu, lebih baik beliau berpindah ke pusat," kata sumber-sumber itu lagi.

Lagi pula, kata mereka, selaku naib presiden kanan Umno, pastinya Mohd Ali akan dilantik ke jawatan menteri dalam kabinet baru Perdana Menteri nanti.

Nama yang disebut-sebut akan menggantikan Mohd Ali ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Prof Dr Mohd Ruddin Ab Ghani, yang kini Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (kanan).

Malaysiakini


JOM RAMAI-RAMAI KE BUKIT KATIL PETANG ESOK


Rakyat Melaka tanpa mengira kaum dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program Jelajah Presiden PAS bertemakan GELOMBANG KUNING SEMARAK HIJAU esok bermula pada jam 2.00 petang.

Program yang akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil itu dilihat menjadi medan untuk menzahirkan kebangkitan rakyat negeri Melaka menentang BN yang jelas gagal mentadbir negara dengan baik.

Diharapkan semua lapisan masyarakat beramai-ramai ke program tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59