Monday, 28 January 2008

SEMUA TAHANAN DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN


Semua tahanan demo PROTES semalam dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 seorang. Mereka terdiri daripada 10 orang wanita dan 26 lelaki.

Antaranya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; Setiausaha Muslimat PAS Pusat, Aiman Atirah al-Jundi; Mohd Zaid Mohd Ibrahim;Mohd Azmi Zamrus;Fadzil Osman; Solahudin Al-Ayubi Yahya; Izamudin Ludin; Marzuki Abdullah; Maisuhara Basarudin; Noraziati Ashari dan Nasita Mohd Noor.

Selain itu 12 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) antaranya Presiden Penaja PSM, Dr Nasir Hashim; Setiausahanya, Aruchelvan dan Dr Badrul Amin Baharun dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan seramai 10 orang ahli PKR.

SATU LAGI KEZALIMAN IMAM HADHARI


35 PESERTA HIMPUNAN DI DAKWA


Seramai 35 orang telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu.

Mereka juga menghadapi tuduhan tambahaN sama ada melanggar perintah mahkamah melarang perhimpunan tersebut atau menyokong mereka yang berbuat demikian.

Kesemua mereka minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000 seorang. Kes mereka akan didengar pada 16 Jun.

Di mahkamah yang sama, wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid didakwa atas tuduhan menghalang polis menjalankan tugas mereka.

Beliau juga minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000. Kesnya akan didengar bersama dengan yang lain.

Antara individu yang di tahan semalam adalah Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu;AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahamd;Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.


35 PESERTA HIMPUNAN DI DAKWA


Seramai 35 orang telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu.

Mereka juga menghadapi tuduhan tambahaN sama ada melanggar perintah mahkamah melarang perhimpunan tersebut atau menyokong mereka yang berbuat demikian.

Kesemua mereka minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000 seorang. Kes mereka akan didengar pada 16 Jun.

Di mahkamah yang sama, wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid didakwa atas tuduhan menghalang polis menjalankan tugas mereka.

Beliau juga minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000. Kesnya akan didengar bersama dengan yang lain.

Antara individu yang di tahan semalam adalah Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu;AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahamd;Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.


PENJENAYAH BEBAS, RAKYAT DITANGKAP



Kebiadapan dan keganasan anggota polis menangkap secara rambang peserta perhimpunan aman menentang kenaikan harga barangan di KLCC menunjukkan seolah-olah kerajaan BN melaksanakan sistem kuku besi. Tidak cukup dengan tangkapan, rakyat yang ditahan ada yang di kasari dan dilayan umpama binatang.

Belum sempat peserta berkumpul menyuarakan bantahan, polis terus membuat tangkapan bermula jam 2.45 petang di hadapan Suria KLCC. Polis seolah-olah gian untuk menangkap rakyat. Langsung tidak ada pertimbagan dan tolak ansur.

Tangkapan awal dilakukan terhadap empat anggota Unit Amal diikuti lapan orang termasuk Setiausaha Dewan Musliamt PAS Pusat, Atirah Aiman Al-Jundi di Ampang Park.

Sejurus itu, polis bagaikan dirasuk terus membuat tangkapan walaupun tiada laungan memprotes atau pengedaran risalah dilakukan peserta perhimpunan.

Dalam perbualan wartawan dengan anggota polis, mereka mengakui mendapat arahan daripada pihak atasan supaya membuat tangkapan terhadap sesiapa sahaja yang cuba berhimpun di sekitar KLCC dan Ampang Park.

Anggota polis, Rela dan SB berada di merata-rata tempat. Mereka tidak memberi peluang langsung terhadap peserta perhimpunan untuk berkumpul.

Enam trak polis penuh disumbat dengan peserta perhimpunan untuk dihantar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Kuala Lumpur (IPK).

Polis bertindak cekap dan pantas dalam penangkapan tersebut. Bermula jam 2.45 hingga 4.15 petang polis telah menangkap 58 orang peserta perhimpunan dan dibawa ke IPK.

Apa hak rakyat ditangkap sebelum sempat menyuarakan bantahan? Apakah kerajaan BN benar-benar takut dengan kebangkitan rakyat sehingga mengarahkan polis bertindak ganas dan biadap terhadap peserta perhimpunan?

Sebelum ini, dalam mana-mana perhimpunan aman anjuran Protes atau PAS belum ada peserta yang membawa sebarang alat berbahaya seperti pisau, cangkul, keris, parang untuk berlawan dengan anggota polis.

Mereka hanya membawa mulut, tangan, kaki, kain rentang dan risalah. Kandungan risalah dan kain rentang hanya untuk menyedarkan rakyat tentang keadaan kerajaan BN yang semakin menekan kehidupan rakyat. Itu saja.

Malangnya, anggota polis telah berlawan dengan rakyat secara ganas. Polis dengan segala kelengkapan terutama Pasukan Simpanan Khas (FRU) menggunakan cota, kasut but, perisai dan 'water cannon' untuk berhadapan dengan rakyat.

Peserta perhimpunan ditangkap tak ubah sebagai seorang penjenayah. Sedangkan penjenayah sebenarnya terlepas bebas sehingga berjaya meneruskan kerjaya sebagai penculik kanak-kanak.

Terfikir sejenak. Dalam kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, mengapa polis masih belum berjaya menangkap penjenayah terlibat?

Apakah anggota polis di negara Islam Hadhari ini hanya dikhaskan untuk mengintip dan menangkap sesiapa saja yang bersekongkol dengan pembangkang PAS, KeADILan dan DAP?

Perbualan penulis dengan seorang anggota polis wanita di hadapan Suria KLCC, beliau menyalahkan ibu bapa Sharline Mohd Nasar, 5, kerana cuai menjaga kanak-kanak tersebut.

Kenyataan polis wanita itu mengejutkan saya dan Pegawai Khas Pemuda PAS Pusat, Safarizal yang berada di hadapan beberapa anggota polis di hadapan Suria KLCC.

Safarizal berkata, "Kalau Sharlinie atau kanak-kanak yang diculik itu penyokong pembangkang mesti polis bertindak pantas dan cekap."

Malang polis di Malaysia hanya akur dan taat secara 'membabi buta' terhadap arahan pihak atasan untuk menangkap sesiapa saja yang bersengkokol dengan pembangkang.

Mereka hanya menjadi `pak pacak' menunggu arahan untuk bertindak terhadap rakyat. Tak ubah seperti seekor anjing yang terlalu patuh pada arahan tuannya.

Banyak kes yang membuktikan anggota polis terlalu ganas terhadap rakyat. Kes di Batu Buruk, Kuala Terengganu anggota polis menembak dengan menggunakan peluru hidup ketika meleraikan perhimpuanan aman.

Bagaimanapun, polis tersebut terlepas sedangkan mangsa tembakan rambang itu didakwa di mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beginilah nasib rakyat Malaysia hidup di bawah kerajaan BN.

Pemimpin BN sedar rakyat mempunyai kuasa untuk menukar kerajaan. Sebab itu mereka menggunakan sepenuhnya kuasa polis untuk menahan kebangkitan rakyat.

Justeru, apakah rakyat masih rela diganasi oleh anggota polis?Jawapannya dalam keputusan pilihan raya umum ke-12.

Harakahdaily


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59