Thursday, 17 January 2008

PEMBUNUH NURIN DAN PENCULIK SHARLINIE BEBAS DAN BERMAHARAJALELA, DOKTOR DAN USTAZ KENA TANGKAP



Hebat sungguh Polis Malaysia, Doktor dan Ustaz yang tidak pernah membunuh, menculik dan melakukan jenayah dengan cepat ditangkap walaupun kesalahannya hanyalah menghadiri perhimpunan aman.

TETAPI PENJENAYAH, PEMBUNUH, PEROGOL, PEROMPAK DAN SEBAGAINYA DIBIARKAN HIDUP BEBAS DAN BERMAHARAJALELA.

KES-KES BUNUH YANG PULUHAN TAHUN PUN MASIH BELUM SELESAI, ANTARANYA KES PEMBUNUHAN MUSTAKIZAH, NORITA SHAMSUDDIN, NURIN JAZLIN DAN RAMAI LAGI.

SYABAS POLIS MALAYSIA YANG SENTIASA TUNDUK DAN PATUH KEPADA UMNO DAN BN


Dr M: Saya baru kenal Lingam


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau baru saja mengenali peguam Datuk V K Lingam, orang yang dirakam dalam satu klip video sedang bercakap mengenai pelantikan hakim.

Ketika menjawab satu soalan semasa memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai klip video berkenaan, bekas Perdana Menteri itu menafikan kononnya ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun telah beberapa kali membawa Lingam ke rumahnya ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

"Itu tak betul," katanya kepada soalan wakil Badan Peguam, Christopher Leong, yang merujuk kepada perbualan dalam klip video itu yang memberi andaian Lingam telah beberapa kali pergi ke rumah beliau.

Mana satu yang betul ni? Allah sahaja yang tahu.


DERIH JUSOH MULA TERASA BAHANG DIGUGURKAN?


Menteri Besar Terengganu Derih Jusoh semalam menyatakan kesediaannya untuk dilantik sebagai menteri Pusat selepas pilihan raya umum akan datang sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti memutuskan sedemikian.

“Saya hanya seorang pekerja parti yang sanggup memberikan perkhidmatan dan sekiranya saya disuruh bertanding untuk kerusi Parlimen, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri.

“Tetapi setakat ini saya tak tahu, tetapi saya akan ikut dan bersedia bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Presiden parti, Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini.

Nampaknya Derih mula terasa bahang yang beliau kemungkinan besar akan 'diterajang' ke Pusat akibat dari permasalahan yang begitu banyak timbul di Terengganu. Derih sebenarnya amat tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Umno tempatan kerana dilihat melonggokkan projek pembangunan ke daerah kelahirannya iaitu Besut. Sehingga ada yang memberikan jolokan bahawa semua projek dibolot oleh BesutPutra. Derih sendiri dikatakan mempunyai syarikat kroninya sendiri iaitu JE.

Selain itu Derih juga mungkin diketepikan untuk memberi peluang kepada orang kuat Khairy dan Pak Lah iaitu Wan Hisam Untuk menjadi Menteri Besar yang baru. Desas-desus ini bertiup kencang apabila Wan Hisam seringkali dilihat pulang ke Kuala Terengganu untuk aktiviti-aktiviti Bahagian Kuala Terengganu di mana beliau menjadi Ketua Bahagiannya.

Andai kata Derih Jusoh di'terajang' ke pusat maka menangislah kroni-kroninya kerana hilang tempat berpaut bagi mendapatkan projek-projek baru.

Apa pun Wan Hisham belum tentu menjadi Menteri Besar walaupun Derih diturunkan takhtanya kerana Insya Allah PAS akan kembali berkuasa di Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 nanti.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59