Monday, 14 January 2008

Permohonan minta Haidar dan dua anggota, tarik diri



Siasatan suruhanjaya diraja terhadap klip video Lingam bermula pagi ini dengan permohonan peguam yang mewakili pemimpin PKR yang meminta supaya tiga anggota suruhanjaya itu menarik diri.

Peguam M Puravelan, yang mewakili pemimpin PKR - yang Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Sim Tze Tzin - memohon supaya pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dua anggotanya - Datuk Shim Lip Kiong dan Datuk Zaitun Zawiyah Puteh - menarik diri daripada menganggotai suruhanjaya tersebut.

Haidar merupakan bekas Hakim Besar Malaya manakala Steve Shim adalah bekas Hakim Besar Sabah dan Zaitun pula merupakan bekas peguamcara negara.

Puravelan berkata, keanggotaan mereka dalam suruhanjaya tersebut boleh menimbulkan percanggahan kepentingan kerana jawatan yang mereka sandang sekarang serta perilaku mereka sebelum ini.

Menurutnya, Hadir merupakan anggota lembaga amanah Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir dijangka dipanggil sebagai saksi.

Puravelan menambah, Haidar dan Shim juga pernah menganggotai panel hakim yang mendengar kes kontroversi yang membabitkan Lingam. Nama Steve Shim juga turut disebut dalam klip video Lingam tersebut.

Zaitun pula terbabit dalam pendakwaan kes salahguna kuasa terhadap Anwar. Klip video itu juga menyebut tentang perbicaraan kes tersebut.

Haidar tidak berkata apa-apa berhubung permohonan tersebut manakala Shin berkata beliau memerlukan masa untuk menimbangkannya.

Seorang lagi anggota, bekas Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar, berkata, penarikan balik keanggotan mereka membabitkan banyak isu kerana kelima-lima anggota suruhanjaya diraja itu diberi mandat oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan siasatan tersebut.

Terserah kepada suruhanjaya

Selepas berbalas hujah serta penjelasan dari ketiga-tiga anggota terbabit, Puravelan berkata, beliau menyerahkan kepada suruhanjaya tersebut untuk membuat keputusan berhubung permohonannya itu.

Haidar, Steve Shim dan Zaitun kemudiannya memutuskan bahawa tiada alasan yang sah untuk mereka menarik diri sebagai anggota suruhanjaya diraja itu.

Shim dan Zaitun berkata mereka akan hanya menarik diri jika tidak dapat menjalankan tugas tersebut dengan sempurna.

Buat masa ini, kata Shim, beliau tidak perlu menarik diri daripada suruhanjaya tersebut, tetapi akan berbuat demikian jika timbul keperluannya kemudian.

Zaitun pula menjelaskan kedudukannya sebagai pendakwa dalam kes Anwar.

"Saya mengendalikan beberapa kes yang membabitkan Anwar. Ia adalah tugas seorang kakitangan awam tetapi keputusannya dibuat oleh mahkamah, bukan saya. Saya beri jaminan jika saya merasakan tidak dapat menjalankan tugas saya, saya akan menarik diri," katanya.

Haidar pula berkata: “Saya bercakap bagi pihak diri saya, bahawa tiada alasan yang sah untuk saya menarik diri.”

Siasatan hari ini bermula dengan keterangan tiga pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan seorang kakitangan syarikat keselamatan siber.

Anggota lain suruhanjaya diraja itu ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim. Ketua Pengarah Bahagian Perundangan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menjadi setiausaha suruhanjaya tersebut.

Malaysiakini


Siasatan suruhanjaya diraja bermula


Suruhanjaya diraja memulalakan siasatannya terhadap skandal klip video Lingam dengan memanggil beberapa ahli politik dan bekas hakim untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam badan kehakiman.

Klip video tersebut didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim September lalu, yang telah menggegarkan bidang perundangan dan kehakiman negara.

Klip tersebut menunjukkan perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negeri, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Antara mereka yang dijangka dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dan Ahmad Fairuz.

Suruhanjaya tersebut, yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, akan menyiasat ketulenan klip tersebut dan sama ada wujud sebarang bukti salahlaku.

Mereka akan memanggil 16 orang saksi sepanjang siasatan itu dijalankan selama dua minggu, mulai hari ini.

Ahad lalu, seorang ahli perniagaan, Loh Mui Fah berkata, klip tersebut dirakamkan olen anak lelakinya pada bulan Disember 2001.

"Saya tidak tahu yang anak lelaki saya telah merakamkan perbualan (Lingam)," katanya kepada Malaysiakini.

Anwar adalah bekas timbalan perdana menteri sebelum beliau dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat dan salahgunakan kuasa di mana beliau dihukum penjara selama enam tahun.

Sabitan dan hukuman bagi tuduhan liwat telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan, tetapi sabitannya bagi tuduhan salahaguna kuasa dikekal, sekaligus menghalang beliau daripada memegang sebarang jawatan awam, termasuk bertanding dalam pilihanraya, sehingga April 2008.

Satu kenyataan dari pejabat PKR berkata Anwar akan menghadiri prosiding suruhanjaya itu hari ini.

“Saya telah melantik peguam yang akan membangkitkan beberapa isu kritikal kepada suruhanjaya tersebut, termasuk persoalan mengenai keanggotaan suruhanjaya berkenaan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga memuji keberanian Loh (gambar) untuk tampil mengesahkan identitinya sebagai orang yang dilihat dalam klip video Lingam tersebut.

Malaysiakini


MALAYSIA NEGARA ISLAM BERJAYA TEKAN ISLAM


Kerajaan Sepanyol menganggap Malaysia adalah sebuah negara Islam berjaya, dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum dengan mengamalkan kaedah pemerintahan demokrasi yang harus dicontohi oleh negara-negara lain di dunia.

Di atas kejayaan Malaysia itu, Perdana Menteri, Imam Al Hadhari Wal Badawi telah dijemput untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai bagaimana untuk mengurangkan jurang kesalahan fahaman antara kaum dan agama serta dalam konteks yang lebih luas lagi antara dunia Islam dan Barat pada Forum Tahunan Pertama Perikatan Ketamadunan di ibu kota Sepanyol di sini Selasa ini.

Begitulah laporan berita Utusan Meloya muka depan hari ini.

PADA HAKIKATNYA JIKA SESEBUAH NEGARA UMAT ISLAM ITU DIPUJI OLEH NEGARA BUKAN ISLAM TENTANG PELAKSANAAN ISLAM MAKA SUDAH TENTU ADA YANG TIDAK KENA, KERANA DI DALAM AL-QURAN SENDIRI ALLAH MENYATAKAN BAHAWA ORANG YAHUDI DAN NASARA TIDAK AKAN REDHA KEPADA ISLAM SELAGI ORANG ISLAM TIDAK MENGIKUT 'MILLAH' (CARA HIDUP/AGAMA) MEREKA.

MAKA JANGANLAH IMAM HADHARI DAN KUNCU-KUNCUNYA GEMBIRA DENGAN PUJIAN DAN SANJUNGAN INI. MARI KITA MUHASABAH DIRI KITA DAN PEMIMPIN KITA TENTANG HAL INI.

MALAH DENGAN KEADAAN NEGARA YANG KESELAMATAN RAKYAT KIAN TERGUGAT; KOS HIDUP SEMAKIN TINGGI AKIBAT KENAIKAN HARGA BARANGAN; TINDAKAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT SEMAKIN ZALIM (ISA- TAHANAN TANPA BICARA); SISTEM KEHAKIMAN YANG HANCUR; PEMIMPIN YANG TIDAK BERMORAL DAN SEBAGAINYA ADAKAH KITA MASIH TERMAKAN DENGAN GULA-GULA DAN KELENGTONG PEMIMPIN ISLAM HADHARI INI.


50 TAHUN MERDEKA MASIH ADA RAKYAT TINGGAL DALAM REBAN KAMBING


Setelah 50 tahun merdeka dan negara kita sering dilaung-laungkan sebagai negara maju rupa-rupanya ia hanyalah omongan kosong guna untuk mengabui mata rakyat. Hakikat sebenarnya jauh panggang dari api.

Media pengampu BN sendiri mendedahkan bagaimana terdapat sebuah keluarga di Baling, Kedah yang tinggal di dalam reban kambing kerana miskin.

Lebih malang bantuan yang dipinta dari pihak kerajaan dan agensinya di pandang sepi. Bila sudah disiarkan oleh media baru terhegeh-hegeh hendak memberi bantuan. Budaya siapakah ini?

Utusan Meloya melaporkan bahawa, Esah Mohd Yusof, 40 serta 2 anaknya, Firdaus,13 dan Siti Khadijah, 2 tahun tinggal di dalam reban kambing di Kampung , Baling Kedah. Reban kambing tersebut tidak mempunyai dinding hanya ditutup dengan jaring.

Lebih menyayatkan hati, suaminya Rosli Abdul Rahim, 38 pula telah menghilangkan diri sejak Oktober tahun lalu.

INIKAH SEBUAH NEGERI MAJU (KEDAH MAJU 2010), MASIH ADA RAKYAT YANG TINGGAL DI DALAM KANDANG KAMBING DAN KERAJAAN PULA TIDAK MENGAMBIL TAHU AKAN MASALAH MEREKA.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59