Saturday, 12 January 2008

RAKYAT MELAKA DISERU HADIR PADA PROGRAM PRESIDEN BERTEMU RAKYAT


Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa dan agama agar turun beramai-ramai pada program Presiden PAS bertemu rakyat pada 2 Februaru 2008 bermula pada jam 2.00 petang di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Presiden PAS akan menyampaikan amanat penting kepada rakyat Melaka dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN yang semakin zalim dan gagal memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Program yang bermula dengan pertemuan dengan rakyat diikuti dengan dialog bersama bukan Melayu dan ceramah umum pada sebelah malam di Durian Tunggal.


PROGRAM PASAR NING MUSLIMAT MELAKA BERJAYA


Program Pasar Ning Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka berjaya apabila sambutan masyarakat bukan Melayu di dua tempat program amat menggalakkan. Program tersebut telah dijalankan di dua tempat berasingan iaitu di Pasar Pagi Bukit Baru dan Sungai Rambai.

Program di Bukit Baru telah diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat dan Setiausahanya Hajah Kintan Man.

Rata-rata masyarakat Cina yang ditemui memberikan maklum balas yang amat baik apabila menyatakan sokongan terbuka kepada PAS.

Salah seorang pengunjung pasar itu yang tidak mahu namanya disiarkan, menyatakan bahawa pemimpin BN terutama MCA hari ini tidak senonoh, kita tidak boleh menyokong mereka.

"Ini BN, MCA talak senonoh, kita talak boleh sokong sama dia olang" katanya sambil menghirup minuman.

Sementara itu, Dr Khatijah dalam kenyataannya begitu gembira dengan sambutan dan sokongan masyarakat Cina dan beliau yakin PAS akan membuat kejutan pada pilihanraya akan datang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59