Wednesday, 9 January 2008

IMAM HADHARI BERDEGIL TAK MAHU TERIMA ISLAM WALAUPUN INDEKS JENAYAH MEMBIMBANGKAN


Tidak cara lain selain mengamalkan undang-undang Islam bagi mencegah kadar jenayah yang semakin meningkat. Ini kerana Allah menjamin bahawa, undang-undang Islam mempunyai aspek 'pencegahan dari Allah'.

Malangnya Imam Hadhari tidak mempercayai apabila terus meminggirkan undang-undang Islam di negara Islam Hadhari ini.

Imam Hadhari Pak Lah badawi dilaporkan oleh media bahawa beliau mengakui indeks jenayah adalah tinggi dan membimbang dan sekaligus mengarahkan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah segera untuk menanganinya.

Pak Lah Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, beliau tidak senang hati dengan indek jenayah yang semakin tinggi terutama di beberapa tempat tertentu.

"Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah mengalami peningkatan jenayah pada tahap membimbangkan," katanya.

Malah, kata perdana menteri, ada orang yang takut dan bimbang untuk keluar membeli barangan keperluan pada waktu malam.

Statistik yang diedarkan kepada media di sidang akhbar tersebut menunjukkan kes jenayah meningkatkan daripada 209,388 pada tahun 2006 kepada 224,298 pada 2007.

Daripada jumlah tersebut, jenayah kekerasan meningkat dari 44,016 kes pada 2006 kepada 49,897 kes pada 2007 (meningkat 5,881 kes atau 13.36 peratus); jenayah hartabenda meningkat dari 165,372 pada 2006 kepada 174,401 pada 2007 (meningkat 9,029 atau 5.46 peratus); dan jenayah

Perpecahan jenayah kekerasan menunjukkan kes rogol meningkat hampir 30 peratus daripada 2,454 kes pada 2006 kepada 3,177 kes tahun lalu - meningkat 723 kes atau 29.46 peratus.

Kes samun berkawan tanpa senjatapi meningkat 4,344 atau 159.53 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding dalam tempoh yang sama tahun 2006. Sebanyak 7,067 kes tersebut dilaporkan pada 2007 berbanding 2,723 pada 2006.

Kes ugutan jenayah pula meningkat dari 6,699 (2006) kepada 8,119 (2007) - meningkat 1,420 atau 21.20 peratus.

Kes mencederakan (seksyen 324/326) meningkat dari 5,843 (2006) kepada 6,806 (2007) - meningkat 963 atau 16.48 peratus. Kes samun berkawan bersenjatapi meningkat dari 67 (2006) kepada 77 (2007) - meningkat 10 kes atau 14.93 peratus.

Kes merusuh pula meningkat dari 2,291 (2006) kepada 2,608 (2007) - meningkat 317 kes atau 13.84 peratus. Kes mencabul kehormatan meningkat dari 2,064 (2006) kepada 2,320 (2007) - meningkat 256 atau 12.40 peratus.

Kes pemerasan

Kes pemerasan pula meningkat dari 1,554 (2006) kepada 1,692 (2007) - meningkat 138 kes atau 8.88 peratus. Bagaimanapun, kes bunuh, kes samun tanpa bersenjatapi dan samun bersenjata api telah menurun.

Kes bunuh menurun dari 606 (2006) kepada 588 (2007) - turun 18 kes atau 2.97 peratus. Kes samun tanpa senjatapi turun dari 19,467 (2006) kepada 17,241 (2007) - turun 2,226 atau 11.43 peratus. Manakala kes semun bersenjatapi turun dari 248 (2006) kepada 202 (2007) - turun 46 kes atau 18.55 peratus.

Imam Hadhari juga dilaporkan berkata, bagi mengatasi jenayah, polis mengambil 60,000 anggota baru mulai selepas belanjawan lalu sehingga 2011. Tidakkah Imam Hadhari sedar bahawa walau seramai mana anggota Polis pun ianya belum tentu dapat mengurangkan kadar jenayah selagi rakyat tidak dididik dengan kesedaran Islam dan rakyat masih tidak takut kepada Allah dan undang-undang Allah untuk berbuat jahat.

Jenayah hartabenda

Bagi jenayah hartabenda pula, kes pecah rumah malam meningkatkan dari 20,080 kes (2006) kepada 24,440 kes (2007) - meningkat 4,360 atau 21.71 peratus.

Kes curi motokar juga meningkat dari 11,154 kes (2006) kepada 12,427 kes (2007) - meningkat 1,273 kes atau 11.41 peratus.

Kes curi pula meningkat dari 42,472 kes (2006) kepada 44,617 kes (2007) - meningkat 2,145 kes atau 5.05 peratus.

Kes pecah rumah siang meningkat dari 8,792 kes (2006) kepada 9,159 (2007) - meningkat 367 atau 4.17 peratus.

Kes curi motosikal meningkat dari 65,462 kes (2006) kepada 67,584 kes (2007) - meningkat 2,122 kes atau 3.24 peratus.

Kes curi ragut meningkat dari 11,074 kes (2006) kepada 11,127 kes (2007) - meningkat 53 kes atau 0.48 peratus.

Manakala kes curi van/lori/j'berat pula menurun dari 6,338 kes (2006) kepada 5,047 kes (2007) - turun 1,291 atau 20.37 peratus.

Jumlah kes jenayah bagi peringkat negeri pada tahun lalu adalah seperti berikut: Kedah (2,439), Sarawak (2,922), Kelantan (1,198), Selangor (15,104), Pahang (1,263), Sabah (1,919), Pulau Pinang (3,280), Melaka (1,265), Terengganu (751), Perak (3,211), Johor (6,900), Kuala Lumpur (7,639), Negeri Sembilan (1,857) dan Perlis (149).


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59