Friday, 4 January 2008

PAK LAH DAPAT HADIAH ISTIMEWA



Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia hari ini menyerahkan satu 'cenderahati' simbolik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai mencerminkan rasa tidak puashati mereka terhadap pentadbiran kerajaan.

Cenderahati tersebut merupakan sebuah bantal berwarna kuning dan sebuah bantal peluk - kedua-dua dihiasi dengan gambar bendera Malaysia dan menara berkembar Petronas.

Mereka meninggalkan cenderahati itu di laluan pintu masuk bangunan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini.

Pengerusi sekretariat tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata masa depan golongan muda di negara ini gelap selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa ia kerana kepimpinan utama negara termasuk, Perdana Menteri yang lemah dan didakwanya sering 'tertidur' ketika menghadiri majlis di dalam dan luar negara.

"Kami telah mengadakan perbincangan sesama rakan-rakan sebelum mengambil keputusan menghantar bantal ini," kata Badrul yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

"Kita kecewa dengan ketidakberkesannya Perdana Menteri mentadbir negara. Saya mendesak beliau melihat isu golongan muda secara serius," katanya.

Menurutnya, banyak memorandum yang dihantar kepada Abdullah supaya mengambil serius mengenai pentadbiran negara, tidak mendapat balasan.

Badrul Hisham berkata, 2008 merupakan tahun kebangkitan golongan muda dan sehubungan itu pihaknya akan mengadakan beberapa tindakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut tindakan yang akan diambil itu tetapi menyatakan ia membabitkan pelbagai cara.

Menurut Badrul, kumpulan yang hadir pagi ini terdiri daripada para artis, penyajak, blogger, penulis dan para aktivis.


PEMIMPIN JALANG LAIN TIDAK SENANG DUDUK PULA



Para pemimpin kerajaan dan parti komponen Islam Hadhari yang mempunyai perangai jalang seperti Chua Soi Lek sekarang sedang berada dalam kepanasan berikutan tersebarnya berita bahawa semakin banyak DVD atau VCD membabitkan jantan-jantan atau betina-betina jalang ini akan diedarkan.

Terbaru, Ruhanie Ahmad bekas Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (BNBBC) menukilkan dalam blognya, kuda-kepang bahawa bahan-bahan lucah membabitkan jalang-jalang itu akan disebarkan di Pahang tidak lama lagi. Samada benar atau tidak kami merasakan jantan-jantan dan betina-betina yang pernah melakukan perbuatan seperti Soi Lek sudah tentu pucat gigi sekarang.

Tetapi pemerhati politik melihat andaikata DVD/VCD itu melibatkan pemimpin Umno sudah tentu mereka akan dipertahankan. Antara alasan dan penafiannya boleh kita ramalkan adalah " alah tape tu lakonan bukan sebenar";"Periksa dulu kesahihahnya";"orang dengki,bukan dia yang buat";"pelanduk dua serupa";"biasalah tu pemimpin atasan, mungkin perempuan tu bini muda dia" dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanapun mereka sudah pasti tidak senang duduk dan tidak lena tidur berikutan dakwaan Ruhanie Ahmad itu.

Berani buat berani tanggung la!!!!!!!!!!


Program GMI diteruskan malam Sabtu ini


Walaupun tidak mendapat permit polis, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap akan mengadakan perhimpunan aman Malam Solidariti untuk Mangsa ISA di Dataran Merdeka di ibunegara, Sabtu ini mulai jam 8 malam.

Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya menjangka 100 hingga 200 orang akan menghadiri perhimpunan tersebut yang antara lain untuk menyalakan lilin sebagai tanda simpati kepada mangsa tahanan ISA.

Katanya, pada 28 Disember lalu, GMI telah memohon permit dari Ibupejabat Polis daerah Dang Wangi untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, Ketua Polis daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman dalam jawabannya semalam, menolak permohonan tersebut.

Beliau memberikan lima sebab penolakan tersebut, iaitu GMI bukan sebuah pertubuhan berdaftar; tidak mengemukakan surat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan perhimpunan itu akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Perhimpunan GMI itu juga, menurut ACP Mohamad Zulkarnain, akan menyebabkan gangguan lalulintas dan keselamatan terhadap pengguna jalanraya lain.

Kemuka rayuan

Mohamad Zulkarnain juga menyatakan, dari maklumat yang diperolehi oleh pihak polis, terdapat kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram dan tidak selamat kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan tersebut.

"Kami telah membuat rayuan. Sama ada rayuan diterima atau tidak, perhimpunan akan tetap diadakan," kata Syed Ibrahim dalam sidang media di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) ibunegara hari ini.

Hadir sama ialah Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Bahron dan Setiausaha Agung Parti Sosiali Malaysia (PSM), S Arulchelvam.

Syed Ibrahim berkata, ia merupakan program aman yang tidak langsung mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Program tersebut, tambahnya, bertujuan untuk memperingati dan menunjukkan sokongan moral terhadap semua tahanan ISA dan keluarga mereka.

"Kita sudah tahu lima pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA pada 13 Disember lalu. Kita juga sudah tahu terdapat empat tahanan ISA yang dibebaskan pada 19 Disember lalu setelah ditahan lebih lima tahun.

Hak asasi manusia

"Tetapi kita juga harus sedari bahawa masih ada lebih 20 tahanan yang telah ditahan memasuki tahun keenam. Penahanan tanpa bicara, tanpa peluang pembelaan dan tanpa perlu pembuktian dalam tempoh yang tidak menentu, merupakan satu kezaliman," katanya.

GMI, kata Syed Ibrahim, sebagai badan yang bertanggungjawab, juga mahukan keamanan dan kesejahteraan untuk rakyat dan negara.

Namun GMI, katanya, berpendirian keamanan dan kesejahteraan tidak pula boleh menggadai dan mencabuli hak asasi manusia dan keadilan.

Sementara itu, Dr Badrul Amin berkata, polis menolak permohonan tersebut kerana untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.

Katanya, PKR tetap menyokong program tersebut kerana parti itu menentang sebarang kezaliman ke atas rakyat seperti penggunaan ISA.

Malaysiakini


JANGAN DEKATI ISLAM HADHARI, NANTI KITA JADI KARUT MARUT


Jangan dekati Islam Hadhari nanti kita jadi karut marut. Itulah amaran yang diberikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Abu Bakar Ramle kepada seluruh umat Islam.

"Kalau kita dekati dan anuti Islam Hadhari bahaya, sebab Islam Hadhari menghalalkan judi, arak, sentuh lelaki perempuan, halalkan riba, aurat tak wajib tutup dan sebagainya".

"Bekas Kadi pun boleh jadi penyanyi dangdut bila anuti Islam Hadhari, sebab dalam Islam Hadhari semua boleh" kata Ustaz Bakar ketika mengulas berita seorang exco Pahang, bekas kadhi yang menyanyi lagu dangdut pada suatu majlis baru-baru ini.

Jadi saya nasihatkan diri saya dan semua umat Islam jauhi Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan.

Harakahdaily semalam melaporkan bahawa bekas kadhi tersebut Munawwar Abdul Jalil yang juga Exco kerajaan negeri Pahang menyanyikan dua lagu dangdut untuk menghiburkan penduduk kampung.

Beliau menyanyi lagu tersebut dalam majlis perasmian Balai Penerangan Kampung Bukit Batu, Maran, Pahang.

Ramai berpendapat kehidupan bekas kadhi itu sudah jauh tersasar kerana pada masa lalu dia memberi nasihat agama kepada rakyat tetapi hari ini dia datang untuk menyanyi pula.


CHUA SOI LEK DAH LETAK JAWATAN, PEMIMPIN UMNO YANG JUGA 'JALANG' BILA NAK BERBUAT DEMIKIAN?



Bekas Menteri jalang, Chua Soi Lek telah meletakkan jawatan hanya selepas beberapa hari heboh diperkatakan di dada akhbar dan DVD lucahnya diedarkan. Walaupun Chua melakukan perkara yang tidak disenonoh beliau masih mempunyai maruah dan harga diri dengan bertanggungjawab sepenuhnya dengan jawatannya dan terus meletakkan semua amanah samada dalam kerajaan atau parti.

Malangnya pemimpin Islam Hadhari, Umno yang beragama Islam walaupun gambar dan kes mereka dibawa ke mahkamah mereka masih berdegil mahu meneruskan karier politik mereka walaupun kredibilit mereka telah hancur.

Lihat sahaja contoh bagaimana 2 orang ahli parlimen Umno dari Selangor yang mana gambar tidak senonohnya bersama seorang lagi pemimpin wanita Umno tersebar beliau kedua-dua masih terus berdegil tidak mahu meletakkan jawatan.

Begitu juga seorang lagi Ahli Parlimen Umno yang ditangkap sendiri oleh suaminya di hotel bersama lelaki lain masih mahu meneruskan kerjaya politiknya.

Memang jelas bahawa maruah dan harga diri tiada dalam diri penganut Islam Hadhari. Walaupun diri sendiri terbukti tidak bermoral, melakukan rasuah dan penyelewengan mereka menebalkan muka, memekakkan telinga meneruskan karier politik mereka.

Malah parti mereka iaitu Umno sendiri seolah-olah merestui perangai buruk mereka ini apabila tiada tindakan di ambil. Mungkin Islam Hadhari mengHALALkan semua perlakuan seperti ini.

Rakyat sepatutnya menilai semula sokongan kepada parti dan pemimpin sebegini.

Ikuti artikel yang tulis oleh Roslan SMS

Tetapi apabila meletup skandal seorang ahli parlimen Umno Selangor bergomol dengan seorang ahli dewan negara Umno Selangor (yang kedua-duanya masing-masing telah ada suami dan isteri) tidak pula berlaku apa-apa sebagaimana yang berlaku ke atas Dr Chua seorang tokoh MCA yang bukan Islam!

ADUN DAP Sekinchan telah membawa foto kedua-dua pemimpin Umno ini berdakap-dakapan ke Dewan Undangan Negeri Selangor sambil bertanya inikah contoh pemimpin Islam Hadhari yang mahu MB Selangor lahirkan, speaker dewan telah membantah usaha YB Ng itu dan kebetulan speaker adalah ayahanda kepada Senator yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Kelang itu.

Kedua-dua ahli Parlimen Gombak dan Senator Norhayati masing-masing pada mulanya membuat kenyataan menafikan gambar tersebut. Kononnya difitnah oleh pihak pembangkang. Tetapi apabila ADUN DAP Sg Pinang mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh suami Senator berkenaan dan rakyat pula diberitahu bahawa Senator berkenaan sedang menuntut cerai dari suaminya dan kesnya sedang dibicarakan di mahkamah syariah, barulah kita tahu bahawa memang mereka berdua ada hubungan sulit.

Dr Chua berkata sekurang-kurangnya beliau berani buat dan berani bertanggungjawab dan memetik pula dasar Islam Hadhari amalan kerajaan Dollah sebagai alasan untuk beliau melepaskan jawatan, ahli Parlimen Gombak dan Senator yang sudah tentu Islam kedua-duanya itu bagaimana?

Jika benar kita mahu dipimpin oleh pemimpin yang bukan hanya tidak rasuah dan menyeleweng tetapi juga baik akhlak dan pekertinya, maka sebagaimana Naib Presiden MCA ini, rakyat Selangor juga sepatutnya mendesak agar ahli Parlimen Gombak dan Senator berkenaan melepaskan jawatan masing-masing demi membuktikan mereka berdua adalah insan-insan rabbani yang mahu dibentuk dan dilahirkan oleh Khir Toyo.

Malu kita kepada pemimpin MCA yang bukan Islam yang berani itu, sedangkan pemimpin Umno bersenang-senang enggan memikul tanggungjawab.


YURAN SEKOLAH : RAKYAT TERPEDAYA LAGI


Rakyat sekali lagi diperdayakan oleh kerajaan kerana menyangka yuran sekolah dimansuhkan terus sebagaimana pemahaman mereka ketika pembentangan bajet tahun lalu.

Rupa-rupanya sangkaan mereka meleset kerana terbukti bahawa hanya RM4.50 sahaja yang dimansuhkan untuk sekolah rendah dan RM9.50 untuk sekolah menengah. Malah mereka terus dipaksa membayar RM40-RM80 bagi yuran tahun ini.

PAS sejak pembentangan bajet lagi mengingatkan rakyat bahawa pemansuhan yuran hanyalah gimik semata-mata hanya untuk mengabui mata rakyat. Sedangkan pemansuhan itu tidak memberi apa-apa erti kerana jumlahnya sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan harga barangan keperluan harian.

Hari Rabu dan semalam terbukti rakyat sekali lagi ditipu dengan jumlah yuran yang kekal tinggi sama sahaja dengan jumlah sebelum diumumkan yuran dipotong.

Sekali lagi rakyat diperdayakan oleh pemimpin Islam Hadhari.

DARI ITU AYUH SEKELIAN RAKYAT MARI KITA AJAR KERAJAAN ISLAM HADHARI INI PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG. JANGAN BIARKAN MEREKA BERMAHARAJALELA.


PILIHANRAYA DAH DEKAT : 'SANTA KLAUS' MULA JANJIKAN HABUAN


Sebagaimana masa-masa lampau setiap kali menjelang pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil, maka berduyun-duyun 'Santa Klaus' membawa habuan kepada rakyat. Habuan ini samada sudah tersedia di hadapan mata seperti duit, kain batik, jalanraya, longkang ataupun habuan berbentuk janji-janji manis.

'Santa Klaus' ini pula akan diketuai oleh bapak segala 'Santa Klaus' atau anak beranak 'Santa Klaus'.

Semalam 'Santa Klaus' nombot dua negara mula menjanjikan pelbagai habuan dunia kepada rakyat Kelantan. Santa Klaus ini menganggap rakyat Kelantan sama seperti rakyat negeri lain yang mudah termakan dengan janji-janjinya. Sedangkan janji-janji 'Santa Klaus' ini di Pengkalan Pasir dulupun masih banyak yang tidak dikotakan lagi.

Macam-macam yang 'Santa Klaus' ini janjikan, pembangunan seiring dengan negeri lainlah, anjakan paradigmalah dan macam-macam lagi.

'Santa Klaus' nombor dua ini berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pemimpin Masyarakat anjuran Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat dekat Kota Bharu semalam.

Turut hadir isteri 'Santa Klaus'; Pengerusi MKK yang juga 'Santa Klaus' Kelantan, Annuar Musaxx dan anak beranak yang bergelar 'Santa Klaus' kecil.

Yang peliknya 'Santa Klaus' ini begitu dengki melihat PAS berjaya memerintah Kelantan selama 18 tahun tetapi tidak berbuat apa-apa apabila Pulau Pinang terus di'takluk' oleh orang lain walaupun Umno mempunyai jumlah kerusi majoriti di Pulau Pinang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59