Wednesday, 2 January 2008

MAJLIS 'SEMBAHYANG' UNTUK MENDIANG SAMY TARAK VALUE'


Kritikan dan kecaman terhadap Presiden MIC Datuk S Samy Vellu telah sampai ke tahap tahap yang "menggerikan".

Walaupun ada pihak yang menganggapnya melucukan, tetapi pihak lain menyifatkan ia sudah sampaikan ke peringkat yang menjengkelkan.

Pada masa yang ini, kumpulan yang tidak dikenali sedang mengedarkan, antara lain, notis mengadakan "sembahyang hari ke-16 kematian" presiden MIC itu.

Khabar angin bertiup kencang bahawa majlis sembahyang tersebut memang benar-benar telah diadakan di beberapa lokasi tetapi sehingga ini tidak dapat disahkan.

Menurut sumber-sumber, terdapat beberapa versi notis tersebut, yang juga turut diedarkan melalui internet.

Notis-notis ini juga ditampal di pelbagai tempat, termasuk salah satu daripadanya menggelarkan presiden MIC itu sebagai 'Pembunuh No 1" masyarakat India.

Notis yang diperolehi oleh Malaysiakini - dalam bentuk iklan akhbar - merupakan jemputan ke majlis "sembahyang hari ke-16 kematian" presiden MIC itu.

Notis tersebut yang mengandungi gambar Samy Vellu bersama pelita minyak di sisinya, menggesa orang ramai supaya menghadiri majlis tersebut pada 25 Disember 2005 berhampiran sebuah tebing sungai di Batang Berjuntai.

Selain mengandungi perkataan-perkataan yang menghina presiden MIC itu, notis tersebut juga menuduh beliau telah "mengkayakan" keluarga dan sahabat handainya, sedangkan masyarakat India hidup menderita.

Sehubungan itu, notis tersebut menyatakan: "Kami menggesa penduduk Tamil di Batang Berjuntai supaya bersembahyang agar rohnya terseksa di neraka".

Perhimpunan Hindraf

Notis itu juga menyatakan bahawa Samy Vellu telah "meninggal dunia dalam keadaan yang amat memalukan" selepas menyaksikan perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu.

Perhimpunan tersebut, yang diadakan di Kuala Lumpur telah disertai oleh kira-kira 30,000 masyarakat India Malaysia.

Notis itu juga turut mengecam anggota keluarga Samy Vellu; Timbalannya, Datuk G Palanivel; Naib Presidennya, Datuk S Sothinathan; Setiausaha Agungnya, Datuk S Subramaniam dan Ketua Pemudanya, S Vigneswaran.

MIC dan para pemimpinnya berdepan dengan tekanan yang hebat selepas perhimpunan 25 November diadakan, yang disifatkan oleh para pemerhati "telah menggerakkan" kesedaran politik masyarakat India di negara ini.

Hindraf juga menuduh MIC gagal mewakili kepentingan masyarakat india, walaupun parti tersebut berulangkali menafikannya.

Hindraf juga mendakwa bahawa kerajaan telah meminggirkan masyarakat India dan mereka turut menjadi mangsa 'penghapusan etnik'.

Lima pemimpin Hindraf telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

'Golongan tolol'

Sementara itu, Palanivel mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedarkan notis tersebut apabila ditanya mengenainya.

"Ia bukanlah sebahagian daripada budaya kita untuk melakukan perkara seumpama itu kepada seseorang yang masih hidup. Ia amat memalukan," katanya kepada Malaysiakini.

Timbalan presiden MIC itu menegaskan bahawa mereka yang beragama dan mempunyai nilai kemanusiaan, tidak akan tergamak bertindak sedemikian rupa.

"Saya tidak rasa rakyat gembira dengan perbuatan seumpama itu," tambah Palanivel (kanan).

Sothinathan pula menyifatkan mereka yang melakukannya sebagai "golongan tolol yang tidak mempunyai rasa hormat kepada agama dan budaya".

"Malah binatang pun tidak akan melakukan perkara seumpama itu, mereka ini adalah golongan yang tidak tahu budaya India. Jika mereka orang Hindu sebenarnya, mereka tidak akan melakukan perkara seumpama itu," katanya kepada Malaysiakini.

"Golongan ini sepatutnya berhenti menyalahkan orang lain, mereka ini tidak maju atau membenarkan orang lain maju...jadi mereka ini tidak harus diambil kira secara serius," katanya.

Malaysiakini


SOI LEK LETAK SEMUA JAWATAN SERTA MERTA


Akhirnya menteri jalang meletakkan semua jawatannya samada dalam kerajaan maupun parti serta anggota Parlimen Labis. Perletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.Terdahulu sebelum pengumuman yang disiarkan dalam beberapa berita versi internet, Dr Chua Soi Lek digesa untuk melepaskan jawatannya oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan beberapa orang ahli akademik.

Sehubungan dengan ini, Imam Al Hadhari digesa membubarkan parlimen secepat mungkin kerana jelas kabinetnya semakin bermasalah dan sudah tidak mampu mentadbir negara dengan baik.

Gesaan itu dibuat oleh beberapa pemimpin PAS dan pembangkang lain termasuk Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


NASIB MENTERI JALANG DITENTUKAN PETANG INI



Majlis Presiden MCA, Badan tertinggi dalam MCA akan menentukan nasib menteri jalang, Soi Lek samada akan dipecat dari semua jawatan dalam MCA atau sebaliknya.

Mesyuarat yang akan berlangsung pada jam 5 petang di Pejabat MCA itu akan dipengerusikan oleh Presiden MCA, Ong Ka Ting.

Pemerhati politik berpendapat MCA tidak mempunyai pilihan lain selain dari memecat Si Jalang itu demi untuk menyelamatkan MCA, BN dan Islam Hadhari.

Andainya MCA tidak memecat Soi Lek Si Jalang maka, jelaslah bahawa MCA juga diketuai oleh Jalang-jalang seperti Soi Lek. Kita tunggu dan lihat nanti.

Sementara itu Ketua Jalang, Soi Lek dan 60 orang 'jalang-jalang' sedang bermesyuarat di Pejabat Soi Lek bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu Soi Lek lakukan demi untuk menyelamatkan karier politiknya.

Di fahamkan 60 orang 'jalang-jalang' tersebut adalah pemimpin-pemimpin MCA Johor yang tetap memberikan sokongan kepada Ketua Jalang Soi Lek walaupun jelas beliau adalah Jalang sejalang-jalangnya. Memang semuanya tiada maruah dan harga diri.

Menteri Jalang itu Chua Soi Lek semalam mengaku bahawa beliau adalah individu dalam video yang menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam bilik sebuah hotel.

Chua, 60, yang juga Naib Presiden MCA membuat pengakuan tersebut dalam satu sidang akhbar di kawasan Parlimennya di Labis Johor.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya dalam kabinet.

Chua juga berkata, beliau akan terus menjalankan tugasnya sebagai seorang menteri dan naib presiden parti.


MANUSIA JADI BABI BARU DAPAT PAMPASAN


Bukit Katil : Manusia jadi babi barulah mereka dapat wang pampasan dari kerajaan, itulah cerita lucu yang di sampaikan oleh Penulis Blog, Zaharin Mohd Yassin atau dikenali sebagai Sang Kelembai dalam ceramahnya di sini malam tadi.

Zaharin berkata, semasa isu babi di Bukit Pelanduk memuncak dahulu, kerajaan telah tanpa berperikemanusiaan merobohkan rumah setinggan rakyat di Kampung Sungai Midah, Kuala LUmpur. Kerajaan katanya tidak mahu membayar pampasan tetapi pada masa yang sama membayar pampasan kepada tuan punya babi dan kandang babi yang dimusnahkan di Bukit Pelanduk.

Akhirnya, Zaharin memanggil semua penduduk setinggan Sungai Midah dan meminta mereka menandatangani satu surat yang mengaku bahawa semua penduduk adalah babi bukan manusia. Penduduk akhirnya bersetuju menandatanganinya.

Zaharin seterusnya menyerahkan surat itu kepada kerajaan. Akhirnya kerana tidak tahan dengan sindiran dan isi surat itu, kerajaan akhirnya membayar pampasan tersebut.

Cerita beliau itu benar-benar melucukan tetapi katanya adalah sahaja cara yang boleh diambil demi untuk membela rakyat.

Dalam ceramahnya malam tadi beliau secara jelas dan ikhlas menyeru seluruh rakyat Malaysia khasnya rakyat Melaka supaya mengundi PAS dan pembangkang demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari kehancuran disebabkan kezaliman dan kegagalan kerajaan Islam Hadhari mentadbir negara ini.

Turut berceramah bersama beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.

NOTA : Blog Zaharin boleh dilayari di www.sangkelembai2006.blogspot.com


SI JALANG DAN KUNCU-KUNCU YANG TIDAK BERMARUAH



Inilah gambar Jantan Jalang yang tidak tahu malu bersama-sama dengan kuncu-kuncunya yang juga tidak bermaruah dan tiada harga diri sehingga masih mahu menyokong Si Jalang ini. Biasanya penyokong perompak adalah perompak ........penyokong Jalang adalah .............??????

Gambar : Menteri jalang mendepangkan tangannya seolah-olah semua perkara sudah selesai. Si pengampu yang tidak bermaruah di sebelah Menteri Jalang itu ialah Ketua Umno Bahagian Labis dan di sebelah kirinya adalah Pengerusi MCA Bahagian Labis.

Untuk rekod : Islam Hadhari memang tidak kisah dengan perangai macam ini sebab itu hotel-hotel pelacuran, rumah urut, Spa, konsert-konsert, program-program yang melibatkan pergaulan bebas digalakkan oleh kerajaan Islam Hadhari bukannya mereka usahakan supaya di tutup.


TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA



Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana terus mendapatkan habuan dari kerajaan Islam Hadhari yang sememang 'peka' dengan keadaan rakyat Malaysia yang 'serba mewah'.

Media hari ini melaporkan bahawa kadar tol di enam lebuh raya dinaikkan antara tujuh peratus dan 50 peratus berkuat kuasa mulai hari ini mengikut perjanjian konsesi.

Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam.

Lihat sahaja kenyataan 'bengong' Menteri Islam Hadhari, Semi TarakVellu di bawah ini.

"keenam-enam lebuh raya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan kenaikan itu tidak akan melibatkan ramai pengguna, hanya 16,000 pengguna yang menggunakan Linkedua setiap hari manakala Tambak Johor banyak menerima kenderaan dari Singapura."

Walaupun tidak ramai yang lalu, tidakkah ianya akan membebankan tuanpunya kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu.


Media juga cuba mengelirukan rakyat dengan melaporkan bahwa kerajaan juga perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta lagi kepada syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) bagi tahun 2008 kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10kepada RM1.60 pada tahun lalu.Selain itu, kerajaan juga perlu membayar sebanyak RM27 juta kepada Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) bagi tempoh 2005 hingga 2007.Keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta.

Bukankah kerajaan tugasnya memberikan kesejahteraan kepada rakyat, jadi tidak payahlah kerajaan mengungkit perkara sebegini. Sepertimana tugas bapa memberi makan anak dan bininya.


MCA & UMNO LABIS PUN TIADA MARUAH



Menonton siaran Berita di stesyen TV pengampu kerajaan Islam Hadhari malam tadi sungguh mengejutkan kerana ternyata pemimpin dan penyokong BN samada MCA atau Umno (MIC tidak kelihatan) memang tidak bermaruah kerana masih menyokong pemimpin yang terang-terang mempunyai skandal seks.

Ya Allah, apa bala yang Allah timpakan kepada Malaysia sehingga manusia yang samada yang beragama Islam atau belum beragama Islam tidak mempunyai maruah dan harga diri dengan terus menyokong pemimpin kotor seperti Chua Soi Lek.

Tidak adakah secebis kesedaran di dalam sanubari mereka bahawa pemimpin seperti Soi Lek telah menconteng arang imej negara kita.

Seorang menteri pemimpin kanan MCA salah sebuah parti politik terbesar yang mengaku melakukan perbuatan kotor dan jijik masih mahu meneruskan tugasnya malah pengikut-pengikutnya pula tetap menyokong tanpa ada rasa bersalah. Apakah mereka ini tidak mempunyai maruah dan harga diri?

Dalam kenyataan medianya Ketua MCA Bahagian Labis berkata pihaknya juga akan menyokong Soi Lek jika Naib Presiden MCA itu dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis,” katanya kepada pemberita di sini petang ini sejurus Soi Lek memberikan sidang akhbar mengenai penyebaran cakera video digital (DVD) perlakuan seks beliau dengan seorang wanita.

Memang pengikut dan pemimpin BN sudah tidak ada perasaan apa-apa tentang rasuah, skandal seks, kronisme dan lain-lain. Mungkin semua ini sudah sebati dengan mereka dan ianya tidak salah sisi mereka.


MARUAH DAH TIADA PADA MENTERI KABINET


Nampaknya kabinet kerajaan Islam Hadhari hari ini dipenuhi dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang tiada harga diri.

Bermula dengan Perdana Menteri yang dituduh dengan kerajaan 3 beranak, kes Altantuya yang dikatakan melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Isu rasuah dan kronisme yang melibatkan menteri-menteri sedikit pun tidak memberikan kesan kepada mereka apabila mereka dengan lahap terus memegang jawatan masing-masing tanpa malu dan segan.

Kini seorang lagi menteri kabinet yang tiada maruah dan harga diri tetap mahu meneruskan kariernya sebagai menteri walaupun mengaku adalah orang yang terlibat dengan aksi seks DVD lucah yang disebarkan.

Inilah kabinet yang penuh dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai harga diri dan maruah. Rakyat mesti menilai dan seterusnya menolak semua pemimpin-pemimpin yang kotor dan tidak bermaruah ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59