Sunday, 12 October 2008

EYE ON MALAYSIA... SATU LAGI PEMBAZIRAN DI BAWAH ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini


Eye On Malaysia yang sebelum ini beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur kini sedang rancak dipasang di Bandar Hilir Melaka dan dijangka mula beroperasi pada 18 Oktober ini.Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang terpaksa menanggung semua kos yang berkaitan dengan pemindahan Eye On Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka ?

Bagaimana pula dengan nasib Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta yang juga terdapat di Bandar Hilir Melaka iaitu hanya beberapa ratus meter dari tapak Eye On Malaysia yang sedang dipasang. Secara logiknya, pelancong dari dalam dan luar akan memilih salah satu daripadanya kerana kos menaikinya yang mahal.Kadar Menara Taming Sari ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak manakala untuk Eye On Malaysia ialah RM 18 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Lagipun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk melihat pemandangan menarik sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka.

Jumlah pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari yang ada sekarang ini pun dah mula merosot.Jika tak percaya anda boleh memerhatikan sendiri apabila berkunjung ke Bandar Hilir. Malah pada hari-hari biasa kecuali hujung minggu Menara Taming Sari ini seakan-akan tidak berfungsi kerana terlalu kurang mendapat sambutan. Awal-awal dulu memang le ramai.Satu perkara lagi, apa perlunya Eye On Malaysia di Melaka bukankah Melaka sudah mempunyai Eye On Melaka di tepi sungai Melaka?

Eye On MelakaSelain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih. Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang kini menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang sekarang tanpa suara dan bunyi kini semakin sunyi sepi.

http://angkasanuri.blogspot.com/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Anonymous said...

Seperti biasa pihak pembangkang tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh kerajaan... Tau Tak saudara dengan adanya Eye of Malaysia.. Melaka akan menjadi tumpuan pelancong dari pelusuk dunia. Negeri Pelancongan ini akan berkembang maju dan taraf kehidupan rakyat Melaka akan bertambah. Jangan Berfikiran Cetek saudara ku...

Anonymous said...

aduhh.. apa nih pemuda islam melaka cam nih. tolong lah berfikiran terbuka skit. kalau duk offer bende sama cam ner org nak dtg melaka lagi. kene lah ade bende baru bang oii..

Anonymous said...

im not being biased here..
but i have to say that i do not agree wit ur statement...
i lived in melaka, but i studied in australia...
u know wat??..
that eye on malaysia that u claimed as a waste is actually one of the main tourist attractions in melaka...
not only among local tourists but overseas also...
seriously..
im talking based on facts here..
not only based on what i think..
i am not trying to be politically bised here...
for ur info, im not interested to know about politic at all..
its not about bn or pembangkang...
but i think u have been to much...

n regarding the decreasing no. of ppl visiting menara tamingsari, r u really sure about it???..
u know y??..
because most of my friends and famili who came to visit melaka actually went to both, eye on malaysia n menara tamingsari...

anyway, my sis is working with one of the budget hotel here in melaka..
i asked her about this matter..
guess wat??..
she said that since the eye on malaysia is in melaka, her hotel get more n more customers...
n it is often full especially during weekend...


so, i think you should be more open-minded and not being biased..
in short, plz dont try to see things negatively...
be more positive... i mean POSITIVE....

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59