Saturday, 11 October 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN : TIDAK ADA LAGIKAH ORANG LAIN UNTUK GELARAN DATUK ~ Ref Malaysiakini


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil kesal dengan penganugerahan Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan negeri Melaka. Tidak ada lagikah orang lain yang lebih layak dari beliau. Apa jasa beliau kepada rakyat negeri Melaka sehingga mendapat pengiktirafan begitu tinggi.

Apakah sudah tidak ada lagi bekas perajurit, guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya yang terbukti banyak berjasa kepada negara dan negeri Melaka.

Kalau beginilah tindakan kerajana negeri kami yakin selepas ini semua bintang filem dan penyanyi terkenal dunia akan mendapat gelaran Datuk anugerah dari kerajaan Melaka. Kalau Shah Rukh Khan boleh dapat, takkan Tom Cruise, Jackie Chan, Chow Yun Fat, Salman Khan, Nicole Kidman, Mariah Carey, Michael Jackson tak boleh dapat gelaran tersebut.

Tidak lama lagi semua pelakon filem popular di Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain turut mendapat gelaran tersebut. Maka mahsyurlah Melaka di seluruh dunia kerana menganugerahkan Datuk kepada pelakon dunia.Nanti akan ada Dato' Salman Khan, Datuk Juhi Chawla, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Jackei Chan, Datuk Avril Lavigne dan lain-lain.

Hebatnya negeri Melaka. Murahnya gelaran Datuk. Apalah agaknya sumbangan Shah Rukh Khan kepada rakyat negeri Melaka? Kami pun naik hairan.Apakah Ali Rustam dan kerajaan Melaka sudah buang tabiat kerana tidak lama kagi akan menjadi kerajaan pembangkang.? Pelik tapi benar?

Inikah orang yang kita nak lantik jadi Timbalan Presiden Umno?Utusan Meloya melaporkan hari ini bahawa pelakon terkenal Bollywood itu, merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk. Mungkin agaknya Shah Rukh Khan banyak berjasa kerana menghiburkan rakyat negeri Melaka yang bermuram durja akibat kenaikan harga minyak dan barangan yang melampau sekarang.

Jelas sekali kerajaan negeri Melaka memang suka kepada perkara-perkara maksiat kerana itulah orang seperti Shah Rukh Khan disanjung tinggi dan diberi penghargaan. Fikirkan wahai rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di Melaka yang begitu TOTOK dengan Umno.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Anonymous said...

Shah Rukh Khan adalah pelakon yang dikenali seluruh dunia.. dan yang pentingnya dia seorang ISLAM.. yang kedua Darjah adalah satu hadiah yang diberi oleh TYT, ikut suka dialah nak bagi ke tak... yang hangpa sibuk buat apa.. Jadi le org kua kerajaan insyaalh anda juga akan dapat Datuk .. kalau teringgin sangat lah... Allahualam

mank said...

Salam..

Kulau susah sangat bagi saja gelaran Datuk pada semua rakyat Malaysia..hehe..Barulah adil..Jadi kalau orang luar dapat Datuk tade la yang sakit hati lagi kan..Gelaran Datuk tu penting sangat ke..

Anonymous said...

bior ler shah rukh khan tu dpt. semua yg berjasa terhadap negeri melaka akan dpt, cume timing jer lain2. apa yg duk kalut heboh pasal shah rukh khan tu..

next year ade lagi. bila dah mati pun masih ada peluang dpt jugak.. byk jer seniman tanah air dpt gelaran bila diaorg dah tak de. tok sah lah kecoh2.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59