Tuesday, 12 August 2008

KEMANA MENGHILANGNYA ZULKIFLI NORDIN - Ref Malaysiakini


Ke mana menghilang Peguam sensasi dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin. Ada yang berkata beliau bercuti, ada yang kata beliau bersembunyi malah ada yang menyatakan beliau ditahan.
Mana satu yang benar? Hanya Allah dan Zulkifli serta mungkin juga keluarga beliau yang terdekat sahaja yang mengetahuinya.
Kalau betul beliau bersembunyi atau ditahan, apa alasannya. Beliau malukah atau melakukan kesalahan. Sebelum ini tidak timbul langsung ura-ura beliau akan ditahan atau ingin bersembunyi kerana rasanya tidak apa-apa kesalahan yang beliau lakukan.
Zulkifli rasanya bukan seorang yang penakut atau pengecut. Beliau adalah antara peguam yang lantang menentang gejala murtad dan penubuhan IFC di negara ini. Beliau juga merupakan antar Peguam yang membela Anwar dalam kes liwat 1.
Hingga kini (tengahari 12 Ogos) tiada pihak dapat memastikan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar sejak malam kelmarin itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ketika dihubungi sekali lagi kira-kira jam 6.30 petang tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaru mengenai Zulkifli tetap menafikan khabar angin yang mengatakan Zulkifli ditahan polis.

“Dia tak ditahan (polis). Khabarnya dia (Zulkifli) kini sedang bercuti bersendirian tanpa keluarga.

“Saya tak tahu kemana dia menghilangkan diri. Tapi mungkin keluarganya tahu kemana dia pergi,” katanya.

Tambah beliau dalam hal ini beliau berharap semua pihak berlaku adil kepada polis agar tidak berterusan membuat spekulasi mengenai 'kehilangan' Zulkifli.

"Jangan kita menuduh polis tentang sesuatu perkara yang tidak tepat. Percayalah beliau tidak ditahan polis," katanya.

Johari memberitahu beliau mendapat maklumat tersebut daripada keluarga Zulkifli sendiri dan berharap agar media tidak ‘mengganggu’ mereka sekeluarga.

Tambah Johari, keluarga Zulkifli tidak membuat sebarang laporan polis mengenai misteri ‘kehilangannya’ kerana mereka tahu kemana beliau ‘bercuti’.

Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi turut buntu dengan situasi ketika ini.

“Masih tiada perkembangan yang diperolehi. Khabar angin makin berterusan hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau juga gagal untuk menghubungi Zulkifli dan ahli keluarganya bagi mengetahui kedudukan sebenar.

Usaha sebuah akhbar Online untuk menjejaki Zulkifli juga masih gagal kerana telefon bimbitnya tidak diaktifkan sejak dua hari lalu.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi kelmarin di ibu negara ketika menyertai perhimpunan membantah forum anjuran Majlis Peguam.

Sementara itu semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.

Beliau menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog mengenai penahanan Zulkifli di bawah ISA.
"Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi.

"Polis akan siasat laman blog yang menyiarkan berita berkenaan dan harap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin sedemikian," katanya.

Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam kelmarin dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.

Pada 29 September 1998, Zulkifli, 46, pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

pergi mampus lah dia.dia tak sedar diri punya orang.baru tau belang dia.dia ingat kita cina dan india malaysia ni pendatang haram kut.di amerika orang islam pendatang(PR)pun bolih tuntut hak ugama dia orang-tak kan kita orang cina dan india rakyat malaysia bincang isu kita sendiri kut.nama saja peguam tapi pemikiran sempit-pengundi silap pilih!

Anonymous said...

Belajar undang- undang di hutan kah?mai dari hutan-dia tak tau di malaysia ni ada melayu,cina dan india.tak biasa campur dengan bangsa lain apa.lawyer tapi perangai macam hero kampung-porah!pui!

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59