Friday, 8 August 2008

ISU LIWAT MENGERATKAN LAGI PERPADUAN PAKATAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini


Bermacam-macam fitnah dan tohmah dilemparkan kepada Pakatan Rakyat (PR) guna untuk memecahbelah perpaduan yang sedia ujud sejak gabungan ini menunjukka prestasi gemilang pada pilihanraya 8 Mac lalu.
Fitnah dan tohmahan ini tidak lain tidak bukan datangnya dari BN yang memang cemburu dengan kejayaan PR meraih sokongan rakyat secara luar dugaan.
Walaupun ketiga-tiga parti utama PR dilihat mempunyai ideologi berlainan namun mereka berupaya duduk semeja dan membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan. Malah Perak dan Selangor, dua kerajaan negeri yang benar-benar mencerminkan kerjasama PAS, PKR dan DAP semakin kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat tidak sebagaimana dakwaan media pengampu BN yang sentiasa mencari kesalahan kedua-dua kerajaan ini.
Berlainan di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang didominasi oleh DAP dan PAS, Selangor dan Perak mempunyai komposisi yang seimbang dari segi jumlah kerusi dan anggota Exco kerajaan negeri masing-masing. Namun terbukti kerajaan Selangor dan Perak semakin matang dan berpadu.
Hal inilah yang amat dicemburui oleh BN yang akhirnya mencipta 'senjata-senjata' baru untuk 'menembak' kerajaan Selangor dan Perak. Namun terbukti tembakan rambang dengan peluru kapur mereka tidak memberi bekas, rasa gatal terkena tembakan pun tidak dirasai oleh kerajaan dan rakyat kedua-dua negeri tersebut.
Malah semalam gagasan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat semakin mantap apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Anwar akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang jika beliau menang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Lim berkata, ia adalah antara empat keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas majlis pimpinan Pakatan - yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS - malam tadi.
Sehubungan itu, beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, Anwar akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
"Kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan politik," katanya ketika membaca satu kenyataan bersama di luar bangunan kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Beliau membaca kenyataan tersebut di hadapan kira-kira 100 orang penyokong dan para petugas media, sejurus sebelum Anwar masuk ke bangunan mahkamah.

Kenyataan tersebut ditandatangani bersama oleh Lim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.Anwar turut berdiri sebelah Lim yang membaca kenyataan tersebut.
Turut sama Wan Azizah dan anak menantunya.Menurut Lim lagi, Pakatan menganggap kes Anwar sebagai satu kezaliman politik. Dibenar ikatjamin"Dalam kes ini, bukan sahaja Datuk Seri Anwar sahaja yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan," katanya.
Lim berkata, pihaknya telah sepakat, sekiranya Anwar tidak dibenarkan ikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Wan Azizah, akan bertindak sebagai penyelaras majlis pimpinan ini.
Pemerhati politik berpendapat bahawa isu liwat Anwar Ibrahim ini menambahkan lagi perpaduan dan pemuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Tidak syak lagi kesepaduan dan pemuafakatan ini menambahkan 'possibility' penubuhan Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat yang diidam-idamkan rakyat selama ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Nostradamus said...

Q49. Race and Religious supremacy are preached by satans. (True or False)
Ketuanan bangsa dan ugama adalah dikutbah oleh syaitan. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

chong said...

bukan sahaja it mengekatan perpaduan pakatan rakyat, bahkan perpaduan rakyat malaysia juga.

sebelum ini, kebanyakan rakyat masih percaya BN boleh pakai lagi dan PR belum sedia untuk mentadbir negara.

sekarang, seluruh rakyat malaysia dah tak tahan BN lagi dan teringin sangat supaya PR membentukkan kerajaan seberapa cepat yang mungkin.

hidup PK!!! hidup rakyat!!!

Anonymous said...

wahai DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL mana video attantuya??????????

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59