Wednesday, 6 August 2008

BILALAH POLIS HENDAK BERUBAH? - Ref Malaysiakini


Pelbagai aduan dan dakwaan dibuat oleh orang ramai terhadap salah laku Polis. Macam-macam aduan dibuat antaranya,
"Polis makan rasuah"
"Polis kacau ceramah"
"Polis pukul orang dalam penjara"
"Polis provok orang nak berdemonstrasi"
"Polis pukul Anwar" (Ini terbukti Ketua Polis sendiri pukul Anwar hingga lebam mata).
"Polis kerja untuk Umno bukan untuk Raja dan Rakyat Malaysia"
dan seribu satu macam lagi aduan dibuat.
Malah Suruhanjaya Penambaikan Polis pun telah ditubuhkan dan telah lama mengemukakan cadangan untuk memperbaiki perkhidmatan Polis. Namun nampaknya tidak banyak perubahan yang dilakukan.

Semalam satu lagi aduan serius dilakukan terhadap Polis. Malaysiakini melaporkan bahawa enam orang lelaki terus ditahan oleh polis walaupun dua majistret di mahkamah berasingan telah memerintahkan mereka dibebaskan segera.
Mahkamah majistret pada 31 Julai telah mengarahkan keenam-enamnya dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya setelah setelah direman empat hari atas siasatan kes berhubung penculikan. Bagaimanapun mereka dipindahkan ke IPD Klang pada hari yang sama dan dibawa ke depan majistret atas siasatan berhubung rompakan berkumpulan.Majistret Klang juga mengarahkan mereka dibebaskan.
Mereka kemudian dipindahkan sekali lagi ke IPD Petaling Jaya dan ditahan bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penangkapan sehingga 60 hari tanpa dibawa depan majistret.Dua di antara mereka Al-Amin Zulkernain dan Samuel Raj Sivajothi membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) petang ini berhubung dakwaan "salah guna kuasa polis" dan tindakan pasukan itu yang dianggap "berniat jahat" (mala fide).
Peguam kedua-duanya Francis Pereira berkata, Al-Amin juga mendakwa beliau dipukul sewaktu siasatan di Petaling Jaya.Aduan Al-Amin disampaikan oleh isterinya Fatimah Begum Mohd Kasim, sementara Samuel Raj diwakili kakaknya Padmini Sivajothi, kepada naib pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sapuan di pejabat suruhanjaya itu di Jalan Raja Laut.
Turut hadir dalam majlis itu, pesuruhjaya Datuk Siva Subaramaniam, ketua bahagian aduannya Nurul Hasanah Ahamed, dua lagi peguam dan ahli-ahli keluarga Al-Amin dan Samuel Raj.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

chong said...

polis dah jadi raja. siapa akan tangkap polis jika polis sendiri yang bersalah?

dan selalunya polis yang bersalah, hukumannya hanya tukar ke tempat yang lain utk bertugas.

kerajaan langsung tak berminat utk memberantas masalah polis. apa nak buat? selain drpd tukar kerajaan???
tetapi kena tunggu 5 tahun lagi...

Anonymous said...

Tunggu Pakatan Rakyat memerintah.

Polis yang melakukan sumbang akan didakwa, yang baik baik kita kasi naik pangkat dia.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59