Thursday, 17 July 2008

TANGKAP, TANGKAP KAMU BERKUASA NAK TANGKAP SIAPA SAHAJA - Laporan Malaysiakini dirujuk


Minggu ini sahaja sudah dua orang yang dikenali ramai ditangkap oleh Polis dengan cara yang biadap dan tidak bertamadun.

Semalam Anwar ditangkap oleh sekumpulan Polis yang bertopeng dan berjaket. Polis yang berpakaian seperti biasanya adalah anggota Polis yang terlibat untuk menangkap penjenayah dalam kes jenayah berat. Persoalannya adakah Anwar penjenayah berat yang paling berbahaya?
Polis nampaknya sudah tidak boleh berfikiran waras. Sudah ada yang mengarahkannya atau mungkin juga mereka sedang bekerja untuk pihak tertentu bukan lagi Polis DIRAJA Malaysia.
Hari ini Penulis Blog terkenal Raja Petra Kamaruddin (RPK) pula ditangkap oleh ketika diarahkan memberi keterangan di IPK Kuala Lumpur.
Nampaknya Malaysia sudah menjadi negara Polis.
Laporan terkini tentang Anwar dan RPK - Malaysiakini
Anwar dibogel, diperiksa alat sulit
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.
Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.Mereka ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.

Contoh DNA

Anwar juga menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999."Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.Anwar berkata, beliau juga enggan membenarkan doktor di HKL mengambil contoh darahnya.
Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Sakit pinggang

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".
"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?" katanya.Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.
"Saya rasa tak selesea, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda," katanya.Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.
----------------------------------

Petra diseret ke mahkamah


Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah atas tuduhan memfitnah isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan dua orang lagi.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Raja Petra bagaimanapun enggan membuat sebarang pengakuan sama ada 'bersalah' atau 'tidak bersalah' terhadap tuduhan tersebut.

Beliau berkata berulangkali bahawa beliau enggan berbuat demikian kerana mendakwa tuduhan tersebut mengandungi kecacatan dan berniat jahat.

Pihak pendakwaraya bagaimanapun menganggapnya sebagai pengakuan 'tidak bersalah' dan memohon Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan ikatjamin sebanyak RM10,000.
Peguam J Chandra pula berhujah meminta supaya jumlah ikatjamin itu dikurangkan kepada RM5,000 tetapi Raja Petra tidak bersetuju.

Beliau kemudiannya cuba memecat peguamnya sendiri supaya beliau dapat berhujah mewakili dirinya sendiri di mahkamah.

Chandra kemudiannya meminta sidang mahkamah ditangguhkan supaya beliau dapat berbincang dengan pelanggannya itu.

Selepas 15 minit, mahkamah kemudiannya disambung semula di mana peguam Raja Petra berhujah memohon mahkamah membenarkan beliau diikatjamin diri sendiri.
Bagaimanapun, pihak pendakwaraya membantah dan mahkamah akhirnya memutuskan supaya Raja Petra dibenar ikatjamin sebanyak RM2,000.

Pada mulanya, Raja Petra enggan membayar ikatjamin tersebut sehingga isterinya Marina Lee Abdullah terpaksa memujuk beliau selama kira-kira 10 minit.

Hanya selepas itu, barulah Raja Petra bersetuju beliau diikatjamin.

Dua bulan lalu, apabila Raja Petra didakwa dengan tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderres to hell' dalam lamanwebnya Malaysia Today, dia enggan diikat jamin.Dia bagaimanapun bersetuju diikat jamin tiga hari kemudiannya setelah bermalam di Penjara Sungai Buloh.

Pada 18 Jun lalu, Raja Petra membuat akuan berkanun yang mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut seksyen 500 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, sesiapa yang memfitnah orang lain, boleh dihukum penjara bagi tempoh yang boleh melebihi dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, Raja Petra tiba di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur dengan ditemani oleh isterinya dan dua orang peguam.

Raja Petra dan peguamnya masuk ke IPK Kuala Lumpur pada jam 10 pagi di mana beliau ditahan dan dibawa ke mahkamah.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra turut menamakan dua orang lagi - pemangku Kolonel Aziz Buyong, yang disifatkan sebagai 'pakar C4' dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Norhayati (Hassan), yang dikatakan pegawai pengiring Rosmah.
Beliau mendakwa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.Rosmah telah menafikan dakwaan tersebut. Manakala pada 27 Jun lalu, Lt Kol. Aziz dan isterinya Norhayati Hassan dilaporkan menuntut Raja Petra membayar RM1 juta kerana menfitnah mereka dan juga menarik balik akuan itu dari blognya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

assalamualaikum

biarlah anwar kena tangkap.. dia pun bukan orang PAS..

Selamat berkhidmat.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59