Thursday, 3 July 2008

SOKONG TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyokong kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa, pendedahan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dalan akuan berkanunnya, mempunyai implikasi serius terhadap pentadbiran kehakiman negara di mana integriti dan kredibiliti polis, pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman telah tercemar.


DPPBK berpendapat hanya Suruhanjaya Diraja sahaja yang sesuai untuk menyiasat kes berprofil tinggi seperti ini. Takkan pegawai Polis hendak siasat ketuanya sendiri atau Pegawai Jabatan Peguam Negara nak siasat Peguam Negara.

DPPBK bimbang jika Suruhanjaya Diraja tidak dibentuk dan tidak diberi kuasa untuk menyiasat dakwaan ini, peristiwa 1998 akan berulang kembali. DPPBK juga berpandangan hasil siasatan yang dibuat oleh Polis dan BPR boleh dipertikaikan kerana individu-individu yang disiasat berkuasa keatas pegawai-pegawai yang menyiasat mereka. Mana mungkin pegawai bawahan boleh menyiasat dengan adil ke atas pegawai atasan.

Anwar dalam kenyataannya berkata, Balasubramaniam itu telah mengesahkan "apa yang telah kita katakan selama ini; tiada siasatan yang sempurna dilakukan terhadap pembunuhan Altantuya".

Akuan bersumpah Balasubramaniam itu, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, mengesahkan dengan jelas dan konsisten bentuk manipulasi sistem keadilan jenayah "yang telah kita saksikan di negara ini sejak 1998".

Akaun berkanun setebal 16 halaman itu difailkan pada 1 Julai dan turut diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Balasubramaniam turut hadir.

Menurutnya, pendedahan penyiasat persendirian itu menuntut supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam memberi maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59