Thursday, 10 July 2008

SERU ORANG RAMAI BANTU MUSTAFA


Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan PAS Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh menyeru orang ramai menghulurkan derma kepada Mustafa Maiduni, bapa yang memerlukan wang untuk mengambil dua orang anaknya di Indonesia.

"Diharapkan rakyat Malaysia yang prihatin sudi kiranya menghulurkan derma ikhlas kepada beliau kerana sememangnya beliau sekeluarga amat tertekan dengan masalah kedua-dua anaknya".

"Bapa mana yang tidak sayangkan anaknya, apatah lagi mendengar keadaan anak yang tidak terurus dan tidak menentu. Saya sendiri bertemu dan bertanya khabar Mustafa, saya sangat simpati kepada beliau" kata Khirul yang melawat Mustafa di Kampung Bukit Pulau malam Selasa lalu.

Menurut Khirul pihaknya juga mengharapkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dapat membantu Mustafa untuk menyelesaikan masalahnya. Antara masalahnya ialah memerlukan wang untuk tambang mengambil anaknya; membuat Kartu Tanda Pengenalan (KTP) kedua-dua anaknya; mendaftar perkahwinan beliau di Malaysia; mendaftarkan kedua-dua anaknya di Malaysia dan lain-lain.

"Beliau memerlukan kira-kira RM7,000 untuk menyelesaikan semua masalahnya, selain itu beliau juga mengharapkan MAIM dapat membantunya dari segi urusan pendaftaran dan sebagainya" ujar Khirul yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri.
Melaka.

Sebelum ini blog http://mutaligat.blogspot.com/ mendedahkan masalah Mustafa ini setelah Mustafa mengadu kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka untuk mendapatkan bantuan. Masalah beliau ini juga disiarkan di dalam sebuah akhbar harian hari ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59