Wednesday, 16 July 2008

PROJEK MANGGA KERAJAAN NEGERI HANYA MELEPASKAN BATUK DITANGGA


Lebih Sedekad Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan tanaman pokok mangga yang dikenali Melaka Delite. Hari ini kita lihat banyak sawah terbiar telah ditukar statusnya menjadi ladang mangga. Persoalannya adakah projek yang diusahakan ini benar-benar menjadi sumber pendapatan atau ianya sekadar projek bagi melepaskan batuk ditangga.

Kebanyakan pengusaha Mangga Melaka Delite telah diberikan benih pada kadar RM1.00 setiap pokok, kayu pagar percuma, baja percuma. Agihan yang dibuat oleh Jabatan Pertaniaan Negeri adalah melalui JKKK. Kebiasaannya, sekiranya terdapat projek ini disesebuah kampung maka mudah dikenalpasti rumah JKKK, rumah yang bertimbun baja dihalamannya.

Hari ini kita dapat melihat bagaimana banyak sawah terbiar telah menjadi kawasan tanaman mangga terbiar, tiada bezanya. Kerajaan negeri sering menjadikan projek di Kampung Gelam sebagai model tapi bagaimana projek yang diusahakan ditempat-tempat lain.

Bagi mereka yang punya pengalaman mengusahakan projek magga ini faktor-faktor berikut sering menghantui pekebun ;

Pohon mangga yang mudah rosak

Kadar bunga menjadi putik adalah rendah, sering dipengaruhi faktor cuaca.

Buah yang dihasilkan bersaiz kecil

Rasa yang masam

Buah mudah busuk (tempoh masak yang singkat) menyebabkan ia sukar dijual/dieksport.

Yang menjadi persoalan, Ketua Menteri kerap keluar negara diatas nama Bioteknologi (Seminar atau lawatan sambil belajar) tetapi masih gagal memanfaatkan pengetahuan Bioteknologi pada projek diatas. Sepatutnya untuk tempoh 10 tahun keraaan negeri telah memperkenalkan benih Melaka Delite generasi kedua atau ketiga yang sifatnya seperti berikut ;

Pokok mempunyai imunisasi yang tinggi, tahan dari ancaman serangga perosak, penggunaan racun pada kadar yang minima.

Kadar bunga menjadi putik lebih tinggi.

Saiz buah yang lebih besar

Rasa yang manis

Tempoh masak yang lama bagi tujuan pemasaran/eksport.

5. Kesan kegagalan ini dapat kita lihat bila harga pasaran mangga Melaka Delite adalah serendah RM2.50 sekilogram. Bagaimana dengan harga serendah ini ianya boleh memberi pendapatan kepada masyarakat kampung yang mengusahakan secara kecil-kecilan. Jalan mudah bagi pekebun adalah menjadikan mangga ini sebagai jeruk.

Persoalannya adakah sesuai Melaka Delite dijadikan Jeruk ? Komersial kah ia untuk 10 tahun akan datang ? Berapa banyakkah insentif yang dihabiskan berbanding dengan hasil yang dipungut ?.

Adly Zahari
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Budak said...

Salam. Alhamdulillah...DPPBK sangat prihatin. Masalah yang dipaparkan berlaku di Kg Sg Jerneh, Lubok China. Projek tanaman mangga ni diusahakan oleh ketua kampung. Memang takde hasil langsung & jadi ladang mangga terbiar. Pada pandangan saya, inilah sikap org UMNO. Pantang ada projek, JKK 'sapu'. Hasilnya, 'zero'. Diaorg bukan nak sgt tanam mangga, tp nak komisyen dari projek tu. Inilah budaya yg menghancurkan org Islam & Melayu. Jazakallah.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59