Friday, 25 July 2008

PERATURAN TAK MASUK AKAL DALAM UMNO - Ref Malaysiakini


Sejak kalah teruk pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu, Umno semakin teruk 'mamai'nya. Bagaikan orang tua nyanyuk yang tidak tahu jalan pulang ke rumah. Berjalan ke sana ke mari tak tentu hala. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk Umno.
Umno semakin hilang 'akal' dan keyakinan diri apabila terpaksa menggagaskan peraturan-peraturan yang tidak masuk akal,
Antara peraturan-peraturan berkempen pada pemilihan Umno kali ini ialah calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.

Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.

Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Meloya hari ini.) Ini laporan Utusan Meloya semalam.

Baru-baru ini Naib Presiden Umno Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Meloya bahawa calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO boleh menghadiri atau mengadakan kenduri kahwin dan tahlil asalkan tidak menyalahgunakan majlis itu untuk berkempen.

Beliau berkata, laporan akhbar itu yang menyebut bahawa calon dalam pemilihan UMNO dilarang menghadiri majlis kesyukuran, perkahwinan dan tahlil yang dikhuatiri menggunakannya untuk meraih undi, adalah kurang tepat.

Katanya lagi, tentang tak boleh buat kenduri, tahlil itu tak betul. Siapa nak buat kenduri atau tahlil boleh buat. Cuma yang tidak boleh jangan gunakan majlis itu untuk berkempen, itu maksudnya. Mana satu yang benar ini Muhyiddin? Nanti engkau sendiri yang kena cekup.
JELAS SEKALI UMNO SEMAKIN CACA MARBA. PERATURAN YANG UMNO BUAT PEMIMPIN MEREKA SENDIRI TAK FAHAM DAN MEREKA SENDIRI LANGGAR. KALAU PEMIMPIN YANG GARISKAN PERATURAN ITU PUN DAH PENING DAN 'BENGONG', ANAK BUAH LAGI 'BENGONG'.

INILAH PARTI YANG SUDAH NYANYUK DAN PENING KERANA DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG MABUK KUASA.

JADI SUDAH SAMPAI MASANYA AHLI-AHLI UMNO BERAMAI-RAMAI MENINGGALKAN PARTI NYANYUK DAN PENING INI. AYUH MARI SAMA-SAMA MASUK PAS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

chong said...

menegakkan kebenaran, keadilan and islam; you have bright future, pemuda Pas! thump up.

Anonymous said...

hahaha
apa2 la pemuda pas !
aku jamin semua penyokong pas akan mengundi PKR !
u guys such a loser !
PKR gila gempak skrg
korang ??
haha
hanya melukut di tepian gantang
pilihan raya lepas nie sure
PKR rule !
PKR dont need u
bila majority sokong diaorg
just be prepare
last2 pas umno dap jd pembangkang
mmg nasib korang membangkang je la
korang skrg pun dah terumbang ambing !
lama aku tak dgr allahuakbar korang ! heheh
takut ka ?

Pilihan said...

tak baik ckp gitu. baru dia nak naik sheikh.. hahaha..

PKR tu pun bukan leh pakai.. ko percaya ker Anwar Ibrahim tu? eeee.. aku tak berani lah nak jupa dia untuk meeting. Takut "gelap masa depan" diriku nanti.hahaha.. tak nak titik hitam dalam hidup.

pilih lah yang terbaik. tgk mcm mana diaorg buat keje. kat melaka UMNO dan BN buat keje mmg bagus.. jadi sokong lah mereka. Di Kelantan tu kalau PAS buat keje yang terbaik.. maka sokong lah mereka. Kalau tak baik jgn sokong.

Itu aja petuanya untuk memilih yang terbaik.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59