Friday, 18 July 2008

PAS RAKAN PALING SETIA DALAM SEJARAH POLITIK MALAYSIA - Dari Malaysiakini


PAS memang terkenal sebagai sebuah parti yang paling setia kepada rakan-rakan politiknya. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati persahabatannya.
Semasa Perikatan kalah teruk pada pilihanraya umum 1969, mereka menghulurkan tangan kepada PAS untuk bergabung di bawah payung Barisan Nasional. Atas kepentingan melayu dan Islam PAS bersetuju untuk menjadi parti komponen Barisan Nasional. Namun akhirnya PAS diterajang keluar dari BN oleh Umno atas alasan-alasan yang tidak logik pada tahun 1977. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan, PAS atau Umno? Sudah tentu jawapannya Umno.
Semasa krisis Ku Li-Dr Mahathir 1987/1988 PAS sekali lagi menjalinkan persahabatan atas nama Tahaluff Siyasi dan bergabung dengan Parti Ku Li iaitu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada Pilihanraya Umum 1990 APU menang bergaya di Kelantan apabila tidak memberikan sebarang kerusi kepada BN di Kelantan. Malah APU hampir membuat kejutan di seluruh Malaysia jika tidak kerana permainan kotor BN yang menggunakan isu Ku Li memakai sigah berlambang salib.
Selepas itu pada Pilihanraya Umum 1995 APU semangat merosot.Ku Li mula resah dan mencipta berbagai alasan yang mula menikam PAS. Akhirnya Ku Li terhegeh-hegeh bersama-sama dengan Ahmad Shabery, Rais Yatim membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai dan parti Semangat 46 dibubarkan. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan PAS atau Semangat 46? Sudah tentu jawapannya Semangat 46.
Sekali lagi apabila krisis Dr Mahathit-Anwar memuncak akhirnya Anwar difitnah. Anwar dipecat dari kabinet dan Umno. Parti KeADILan Nasional (PAN) ditubuhkan oleh penyokong-penyokong Anwar dipimpin oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. PAS menghulurkan tangan untuk bergabung membentuk Barisan Alternatif dengan turut sama disertai oleh DAP dan PRM. Siapa yang lebih terbuka kalau bukan PAS. Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi pencetus kepada gerakan rakyat (GERAK) yang menjadi asas kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Anwar merengkok dalam penjara 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.
BA telah mencapai kemenangan gilang gemilang apabila berjaya meraih banyak kerusi parlimen dan merampas Terengganu dari BN dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti kerusi DUN yang besar. Namun DAP merasakan bahawa sokongan kaum cina kepada DAP berkurangan dan mengambil keputusan keluar dari BA. Siapa yang tidak setia kepada BA?
Namun pada pilihanraya 2004, BN mencapai kemenangan yang besar dengan bantuan SPR, media dan penyelewengan. DAP kembali mendapat kerusi majoriti bagi pembangkang di parlimen. PAS dan PKR berkabung kerana tewas dengan begitu teruk. Terengganu terlepas, Kelantan hanya dipertahankan dengan majoriti 1 kerusi. Malah satu kerusi majoriti PAS tersebut dimenangi dengan kelebihan 2 undi sahaja iaitu DUN Kemuning.
Selepas Anwar dibebaskan beliau dan pimpinan PAS terus memperkuatkan BA dan mengatur strategi yang unik bagi menarik sokongan kaum India dan Cina. DAP tidak menyertai BA bagi menghadapi Pilihanraya 2008. Hasilnya BA dan DAP merampas 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah selain mempertahankan Kelantan. Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang terpaksa diperintah dengan kerajaan campuran demi untuk memastikan kehendak rakyat dipenuhi iaitu menafikan BN menjadi kerajaan. Akhirnya dengan kesedaran bahawa terdapat banyak persamaan antara BA dan DAP iaitu mewujudkan kerajaan berkebajikan dan kerajaan yang adil, maka DAP, PAS dan PKR akhirnya membentuk Pakatan Baru iaitu Pakatan Rakyat. PAS secara terbuka boleh bekerjasama dengan siapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. Ini dibuktikan apabila PAS tidak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa diatas persamaan matlamat perjuangan.
Kini ada pihak mempertikaikan kesetiaan PAS. Saya ingin tekankan bahawa sepanjang sejarah PAS tidak pernah mengkhianati persahabatan. Walaupun PAS terpaksa kehilangan segelintir ahli yang tidak setuju dengan persahabatan dengan Semangat 46, PKR dan DAP namun PAS tetap berpegang kepada janji setia persahabatan kerana perjuangan PAS adalah Islam yang boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja asalkan sahabatnya ikhlas tidak seperti Umno yang pernah menendang PAS dulu. FIKIRKAN.......................

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

7 Comments:

CHee XtheMan said...

Good analysis work.

Howver, there is a reason why DAP has to be extra careful because most of the DAP supporter are non malay and marjority are chinese origin. At this moment most of the 90% non-malay have rejected Umno politic policies toward non-malay.

DAP not like Gerakan and MCA. DAP will never friend with Umno for sure and so do Umno. DAP commitment in PR should not be question at all.

DAP join BN is indeed not possible.
PKR join BN is indeed slim.
PAS join BN is indeed possible.

So PAS cannot blame DAP for being to caution over PAS.

Serious Shepherd said...

Points to note:
-PAS and PKR did not blame each other for loss of seats by both parties after GE 2004.
-DAP actually increased its number of seats from 9 to 10 in GE 1999, although LKS and KS lost their seats.
-DAP left BA not in the year 2000 but several weeks after 9/11.

Wonder whether '90% non-malay' accepted 'Umno politic policies towards non-malay' in GE 1999.

To understand how PAS joined UMNO back in the 70s is quite simple. Have you ever seen a shabby Malay guy asking for $$$$ from a religious Muslim, and this shabby Malay guy claimed that he was robbed, his motorcycle tyre 'pancit' or he needs $$$$ to buy tickets to go to his hometown. After this religious Muslim helped the shabby Malay guy, the shabby Malay guy will go to another religious Muslim asking for the same thing.

The above case explains PAS-UMNO relationship. In the above case, religious values of generousity had been taken advantage upon. In the case of PAS-UMNO relationship, it's the religious values of unity that has been taken advantage upon.

CHee XtheMan said...

In GE 1999 .... Anwars case and Reformasi !! so non-malay were fear things might goes evry wrong like indo, non-malay have no choice to vote for BN. In 1999 non-malay save Umno and Umno did not appreciated at all.

In GE 2004 .... is like a new hope in when Tun gone and Badawi take over. In Badawi time ... things from bad went worst ....


In GE 2008 ..... Non-malay totally rejects Umno. See what happen now ? History in making ... BN lost 2/3, 5 states gone ... but Umno still very much racist and arrogant. Still playing racists card ... Now Umno wants to talk to PAS and PAS response yes ... we will see how things goes ... but indeed PAS again start to lose the support of Non-malay by now.

Budak Parit said...

Saya bersetuju dengan analisis. Apa yang disibukkan dengan muzakarah Pas dan UMNO? Sebelum ini pun, sejak tahun 90an PAS telah mengajak UMNO bermuzakarah. Bermuzakarah tidak bermakna PAS dan UMNO mahu bergabung. Ianya cuma untuk mencari titik pertemuan antara orang Islam dalam PAS dan orang Islam dalam UMNO. UMNO dan PAS selamanya tidak akan bergabung. Perlembagaan PAS ialah Islam. Perlembagaan UMNO - ala ala Islam. Pas hanya boleh bergabung dengan UMNO kalau UMNO rela membuang perlembagaannya dan menerima perlembagaan PAS. Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz - Kalau UMNO menerima Islam sebagai perlembagaan - esok boleh bubar PAS. Mungkin Kah?

Serious Shepherd said...

In 1999 non-malay save Umno and Umno did not appreciated at all.

CORRECT, CORRECT, CORRECT!

In 1969 PAS saved UMNO and its Perikatan but UMNO did not appreciate at all.

As for the muzakarah, better check out this bearded guy's opinion and the President's statement.

Anonymous said...

WARNING!

HATI HATI, UMNO SEKARANG TERDESAK, TINDAKAN UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN MUSUH MUSUH YANG KHASNYA MAJORITI MELAYU ADALAH UNTUK MEMECAHBELAHKAN HUBUNGAN DALAM PAKATAN RAKYAT.

INI DILAKUKAN UNTUK MEMBUATKAN DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT DAN SETERUSNYA AKAN MENGUATKAN LAGI UMNO/BN WALAUPUN MENANG TIPIS DALAM PRU YANG LALU. SEKIRANYA DAP BERTINDAK MENARIK DIRI DARI PAKATAN RAKYAT, MAKA KERUNSINGAN UMNO TERHADAP KEDUDUKAN MEREKA SEBAGAI PEMERINTAH YANG GENTING SELAMA INI AKAN TERHAPUS SAMA SEKALI.

PERKUKUHKAN HUBUNGAN DAP,PAS DAN KEADILAN BAGI MENJAMIN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT YANG KINI DIGERUNI OLEH UMNO/BN.

Charlsen said...

PAS dan DAP adalah kawan buat selama lamanya!!! Undur DAP pada BA masa itu adalah krn masalah 911 lah.. PRU kali ini membawa perpaduan dikalangan semua rakyat tak kira bangsa dan agama, jgn kita merosakkan keharmonian yg tak pernah kita capai selama pemerintahan UMNO ini!!! Jgn hati keras pisahkan kita dlm keluarga ini..

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59