Friday, 25 July 2008

MAT TAIB JANGAN CUBA BERMAIN API - Ref Malaysiakini


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) memberi amaran kepada Ketua Penerangan Umno, Mohamad Mohd Taib atau lebih mesra dengan cembongan 'Mike Tyson' supaya tidak bermain 'api' dengan isu muzakarah. Ini kerana DPPBK melihat Mike Tyson masih cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa Muzakarah mesti diteruskan dan kenyataan Mike Tyson ini disiarkan sebagai Headline akhbar bacul mereka, Utusan Meloya.
DPPBK yakin Mike Tyson faham dan tahu bahawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz telah menegaskan bahawa tidak ujud apa-apa muzakarah antara PAS-Umno sebelum ini dan selepas ini. Yang ada hanyalah muqabalah iaitu pertemuan biasa. Jadi janganlah Mike Tyson cuba mengulangi perkara ini semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan mengalih perhatian rakyat dari isu-isu lain yang sedang melanda Umno dan negara sekarang.
DPPBK mengharapkan kalau Mike Tyson ingin mencari populariti carilah isu lain yang boleh menaikkan namanya sebagainya persediaan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Tidak perlulah beliau bersusah payah memeras otak untuk bercakap isu muzakarah ini kerana PAS telah jelas menolak sebarang usaha untuk bermuzakarah dengan parti 'busuk' seperti Umno. Ibarat ikan busuk di kepala habis semuanya busuk.
DPPBK faham bahawa Mike Tyson sekarang ini sedang berusaha untuk menonjolkan dirinya lebih-lebih beliau terpaksa bersaing hebat untuk memenangi salah satu tempat sebagai Naib Presiden Umno. Mungkin juga beliau berangan-angan untuk dipilih oleh Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri andaikata beliau memenangi jawatan Naib Presiden kerana Najib sudah tentu akan memilih salah seorang Naib Presiden Umno untuk menjawat jawatan no. 2 dalam Umno tersebut.
DPPBK sekali lagi menegaskan kepada Mike Tyson dan Umno jangan ungkit lagi isu muzakarah ini kerana cerita ini telah tutup buku seperti kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dua hari lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

5 Comments:

Anonymous said...

APABILA umno menang besar dan berkuasa, di manakah kedudukan Pas di hati umno ??? Ini bila sudah tergapai-gapai baru teringat Pas!!! Tidakkah ahli ahli Pas terasa amat hina sekali dengan tindakan umno yang seperti yahudi ini !!!

Anonymous said...

BN dan umno kalah teruk dalam pru kerana perubahan sentimen pengundi yang sangsi dengan bn , dan menukar citarasa untuk mengundi pembangkang....Penggundi bukan-Islam tidak peduli samada Pas,Dap atau Keadilan...yang mereka mahu , ialah mengajar bn/umno ! Jika Pas menunjukkan minat terhadap muzakarah umno, nescaya undian mereka akan berbalik kepada pembangkang lain untuk mengajar umno/pas ! Oleh itu harus dikaji sentimen penggundi yang sentiasa berubah ubah itu...Pas memerlukan undi semua lapisan pengundi untuk menang...oleh itu formula Pakatan adalah yang terbaik untuk berkuasa..realiti kenyataan ialah Pas tidak mampu untuk berkuasa dengan mengharapkan undi ahli Pas saja...

Anonymous said...

Nampaknya bila umno sudah tersepit , mereka mula bertindak seperti yahudi laknat itu !!!Tanpa segan silu dan rasa malu mereka mula menabur janji manis yang berbelit belit tanpa menghiraukan parti komponen bn yang lain...nampaknya keadaan sudah terdesak untuk mereka mula bermain api perkauman untuk menghancurkan Pakatan! TUK GURU NIK AZIZ adalah amat bijaksana kerana sudah awal awal lagi menghidu muslihat umno yahudi itu

MT-UMNO said...

SAYA MAIN API APA KORANG MAU CAKAP? PM PUN TAK ADA CAKAP SAYA! KAMU RAKYAT BODOH !

Robert Teh said...

Terima Kasih, Dewan Pemuda PAS Kuala Ketil diatas kenyataan di blog ini. Saya percaya banyak bilangan ahli ahli PAS yang tidak setuju atau tidak rasa senang hati dengan 'muzakarah' tersebut and tidak setuju lansung dengan concept 'Malay Unity'. Mereka sepatutnya mesti memuzakarah diatas concept 'Malaysian Unity'.

Selamat perjuangan, saya ucapkan.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59