Sunday, 6 July 2008

TAK PUASHATI DEMO PROTES : KAMI AKAN BUAT DEMO SENDIRI


Beberapa pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) ternyata tidak berpuashati dengan cara pengedalian demo PROTES kenaikan minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

Bendahari DPPBK, Jauhar Md Dawi ternyata cukup hampa dengan demo tersebut apabila menyuarakan bantahan secara terbuka kepada beberapa orang pimpinan PAS.

"Kita sepatutnya mengulangi apa yang kita telah buat semasa Demo BERSIH dahulu, barulah rakyat nampak dan faham, kalau buat macam ini dalam stadium ia bukan demo tapi sama macam karnival Sure Heboh" katanya ketika ditemui di dalam perjalanan pulang petang tadi.

"Saya benar-benar berasa hampa dan pulang awal, pukul 3.00 petang sebab tak ada apa lagi yang hendak ditunggu, ceramah besar pun malam baru diadakan, pagi dan tengahari hanya nyanyian sahaja dan ucapan-ucapan ringkas" kata Jauhar dengan sinis.

Ramai yang mengeluh kerana demo sama seperti karnival sehari anjuran Persatuan Taman Penduduk atau mungkin seakan-akan Jom Heboh (Sure Heboh).

"Langsung tak best.....ini bukan Demo ini bersuka ria dan bershopping".

"Orang kalau nak demo kena demo di tempat-tempat yang 'crowded' atau boleh dilihat oleh rakyat" kata AJK DPPBK Puhat Bedol.

Menurut Puhat lagi, beliau memang tidak berpuashari kerana demo diadakan di dalam Stadium.

"Semua orang kita sahaja yang lihat, saya cadangkan kita buat Demo sendiri kalau macam ini tak payahlah datang jauh-jauh." , kata Puhat.

Beberapa AJK DPPBK bersetuju untuk mengaturkan satu lagi demo di Melaka bagi meneruskan bantahan kepada keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.

"Insya Allah kita akan atur demo lagi di Melaka, kita tak puashati demo hari ini" kata seorang AJK DPPBK yang tidak mahu namanya disiarkan.

Rombongan DPPBK balik awal jam 3.15 petang setelah rata-rata ahli rombongan tidak setuju cara pengendalian demo tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59