Wednesday, 2 July 2008

ISU LI*AT : AHLI AKAR UMBI PAS TIDAK PERCAYA ANWAR TERLIBAT


Ahli-ahli akar umbi PAS yakin bahawa tuduhan yang Anwar Ibrahim meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan adalah tuduhan palsu yang dicipta oleh orang tertentu untuk menjatuhkan Anwar.

Kesemua mereka yakin, ada dalang disebalik laporan Polis yang dibuat oleh Saiful yang mendakwa Anwar meli*at beliau beberapa kali di mana kali terakhir ialah 26 Jun lalu.
Seorang aktivis PAS dari Ayer Molek, Ahmad Rafai Hasan, 36 berkata, sejak kes ini disiarkan oleh media beberapa hari lalu, beliau sedikitpun tidak percaya yang Anwar terlibat dengan kes jijik ini.

"Macamana saya nak percaya sedangkan kes 1998 lalu masih segar dalam ingatan di mana Anwar difitnah dan dizalimi".

"Hanya orang yang tidak siuman sahaja yang percaya Anwar terlibat, lebih-lebih lagi dalam keadaan BN gawat sekarang ini, sudah tentu saya syak ada orang tertentu yang mungkin terlibat merancang konspirasi ini" katanya dengan serius.

Abdullah Ahmad, 58 pula menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Anwar sanggup melakukan perkara terkutuk seperti itu.

"Semua orang kenal siapa Anwar yang pernah memimpin ABIM, malah beliau juga tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa skandal sebelum isu liwat 1998 dulu, macamana kita nak percaya, lainlah kalau memang dia ada rekod buruk dari segi akhlaq dan perangai, mungkin ada logiknya".

"Saya juga terasa macam ada tak sedap hati kerana kes ini seolah-olah mahu mengulangi kes lama yang mana Anwar akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara 6 tahun dan tak boleh aktif dalam politik dalam tempoh yang lama" ujar Abdullah Ahmad yang juga Ketua PAS Cawangan Taman Cempaka.

Sementara itu, Mohd Asri, 40 dari Masjid Tanah pula berpendapat, rakyat Malaysia sekarang ini sudah bijak untuk menilai mana yang betul dan yang salah. Mereka, katanya, sudah masak dengan penipuan, fitnah dan dakwaan palsu terhadap pemimpin pembangkang.
"Sejak kes li*at melibat Anwar 1998, rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati untuk mempercayai setiap tuduhan terhadap pemimpin pembangkang. Sebab itu rakyat tetap mengundi pembangkang pada Pilihanraya Umum lalu"

"Saya yakin majoriti rakyat Malaysia, mungkin juga 80-90 % rakyat tidak percaya Anwar terlibat kerana tuduhan ini memang tidak masuk akal lebih-lebih lagi, Anwar jelas tidak bersalah dalam kes liwat 1998, macamana saya dan orang lain nak percaya" tambah Asri dengan tegas.
Seorang lagi ahli PAS dari cawangan Ayer Keroh, Alzafir Mohd Nor, 22, yakin laporan Polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan minggu lepas adalah satu konspirasi pihak tertentu yang sudah kehabisan idea untuk menyekat kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat sekarang ini sudah hampir untuk memerintah, jadi pihak tertentu amat takut untuk kehilangan kuasa terutama pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai yang ada skandal dan kes. Sudah tentu mereka takut kalau BN tewas kes mereka akan dibicarakan, jadi tak ada cari lain Anwar mesti dihalang dari meneruskan perancangannya untuk memerintah Malaysia".

Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu Anwar membuat laporan polis mendakwa telah diliwat oleh Anwar di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 6 petang 28 Jun lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59