Wednesday, 9 July 2008

ISU BAPA MINTA BANTUAN : MAIM JANJI AKAN BANTU


Saudara Mustafa Maiduni baru sahaja selesai mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Majlis Agama Islam (MAIM), Ustaz Abdul Halim Tawil di Pejabat MAIM sebentar tadi. Mustafa ketika dihubungi oleh blog ini melahirkan rasa syukur kerana pihak MAIM berjanji untuk membantu beliau.

Dalam pertemuan tersebut semua butiran mengenai Mustafa, isteri dan anak-anaknya telah diambil oleh pihak MAIM untuk tindakan selanjutnya. Tahniah diucapkan kepada Mustafa di atas kesudian MAIM membantu beliau.

Esok pihak MAIM meminta Mustafa membawa isterinya, Erwina Md Nor, 33 ke Pejabat MAIM untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan mereka berdua.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada PAS kerana sudi membantu beliau menyelesaikan perkara ini walaupun beliau merupakan ahli Umno dan pengundi setia BN sejak dahulu lagi.

Sementata itu Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Ustaz Khirul Che Salleh hairan mengapa MAIM tidak menyelesaikan perkara dari awal lagi iaitu ketika Mustafa mengadu kepada MAIM beberapa bulan lalu.

"Kini selepas kita 'GEGAU' baru mereka nak bertindak dan membantu Mustafa" tegas Khirul yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Syariah.

Saya doakan hasrat Saudara Mustafa untuk membawa balik kedua-dua anaknya termakbul secepat mungkin. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Halim Tawil di atas kerjasama beliau. Moga-moga bantuan MAIM ini akan dapat menyelesaikan semua masalah Saudara Mustafa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59