Friday, 25 July 2008

GESAAN KEDUA : MANA MARUAH KAMU SHABERY - SILA LETAK JAWATAN SEKARANG - Ref Malaysiakini


Nampaknya Menteri Penerangan buat-buat tidak ingat bahawa beliau berhutang dengan seluruh rakyat Malaysia. Hutan beliau ialah MELETAKKAN JAWATANNYA sebagai Menteri Penerangan. JANGAN BERDALIH yang beliau hanya meletakkan jawatan jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.
Jika kamu seorang yang bermaruah dan ada harga diri letak jawatan sekarang. Kamu jelas gagal mempertahankan kerajaan dalam debat tempohari.
Kalaulah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) ini Pemuda Umno sudah tentu kami akan hantar memo dan buat demo supaya Shabery letakkan jawatan. Memang Shabery telah memalukan Umno dan kerajaan apabila gagal menandingi hujah-hujah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai.

Anwar mengemukakan fakta yang jelas bahawa penurunan harga minyak sebanyak 50 sen hanya memerlukan belanja sebanyak RM5 bilion sahaja dan ini boleh diambil dari wang sumbangan Petronas kepada kerajaan sebanyak RM1bilion; langkah berjimat cermat dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dalam projek-projek kerajaan dan dari sumber lain. cadangan Anwar ini diperkukuhkan lagi dengan kadar keuntungan Petronas yang terus meningkat di mana keuntungan Petronas untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2008 menunjukkan Petronas memperolehi sebanyak RM61 bilion.

"Mengapa kerajaan begitu senang membantu syarikat-syarikat asing dengan menggunakan istilah insentif, mengapa kerajaan begitu mudah membantu syarikat-syarikat tempatan yang 'sakit' dengan istilah 'bail out' , jumlah insentif dan 'bail out' ini adalah berbilion-bilion ringgit, tetapi pada masa sama begitu payah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan harga minyak. Malah istilah subsidi yang digunakan untuk mengurangkan harga minyak cukup negatif dan saya tidak bersetuju dengan istilah ini" soal Anwar dan ianya gagal di jawab oleh Shabery dengan meyakinkan.

Selain itu Shabery juga gagal memberikan fakta yang meyakinkan malah soalan dari wakil Anwar iaitu Zulkifli Sulong yang bertanyakan kemana perginya wang yang diambil dari pengurangan subsidi minyak sebelum ini, juga gagal di jawab oleh Shabery. Sebaliknya beliau banyak bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan dengan soalan.

Malah tinjauan selama 12 jam Portal Media Internet, Malaysiakini yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan selesai mendapati daripada 18,684 pembaca yang menyertai tinjauan pendapat tersebut, 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan. Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Maka tidak syak lagi Shabery jelas gagal dalam misinya untuk menerangkan rasional kenaikan harga minyak dan beliau semesti meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan serta merta. Jangan berdalih lagi atau jangan memberikan alasan bahawa kedudukannya hanya ditentukan oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan semalam ketika ditemubual oleh media. Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta.
SILA LETAK JAWATAN SEKARANG. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA. KAMU JANGAN INGAT RAKYAT LUPA AKAN JANJI KAMU.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 Comments:

Anonymous said...

kasihnya shabery.

tiada budaya letak jawatan dlm BN & UMNO, tidak kira apa mungkir janji atau betapa besar kegagalan yang dibuat oleh mereka.

pemuda Pas, wira memansuh raksasa UMNO!

azisirikit said...

1. PM kaki tidur
2. Barisan Menteri sekarang low class
3. BN tak ada capable leader
4. Shabery nak lap buih mulut dulu. Lepas tu resign.

UMNO KECEWA said...

YA SAYA SEBAGAI AHLI UMNO MALU SANGAT KEPADA SABERI ! YOU SEHARUS LETAK JAWATAN ! JANGAN BERDALIH ! UMNO TAK PERLU KAMU ! TANPA MU UMNO TETAP KEBAL!

Anonymous said...

"tak boleh letak jawatan, sebab utusan malaysia kata saya menang!"

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59