Monday, 7 July 2008

DPPBK MUNGKIN AKAN HANTAR NOTA BANTAHAN TERHADAP PROTES


DPPBK mungkin akan menghantar nota bantahan kepada Protes di atas ketidakpuasan hati kepimpinan DPPBK terhadap perjalanan 'karnival' naik harga minyak anjuran Protes semalam. Jurucakap DPPBK berkata hari ini, mereka akan bermesyuarat dan akan membuat keputusan tentang bentuk bantahan yang akan dikemukakan nanti.

'Kami benar-benar kesal dengan pengisian program semalam yang langsung tidak membina semangat kami untuk terus memperjuangkan isu kenaikan harga minyak ini".

"Semangat kami dan ahli-ahli kami semakin luntur dan pudar kerana kami diajar supaya menjadi pengecut dan tunduk dengan tekanan pihak lawan" kata Jurucakap tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Kedah Pemuda PAS Kedah melahirkan rasa kesal dengan pengendalian Himpunan Protes Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya semalam seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.

Bagi pemuda Kedah, himpunan semalam tidak mencapai tujuan asal gerakan Protes yang telah digerakkan sejak tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.

Menurutnya, ramai kontingen pemuda dari kawasan-kawasan yang hadir ke himpunan berkenaan turut 'memprotes' pengendalian himpunan itu semalam.

"Pemuda-pemuda dari (Kawasan) Kuala Kedah, Pendang, Sik, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani, Langkawi dan lain-lainnya pergi untuk menyatakan protes tetapi pulang awal kerana 'memprotes' cara himpunan itu.

"November lalu himpunan Bersih telah memasuki 'gear empat' suara rakyat dan sepatutnya gelombang itu menjadikan Protes memasuki 'gear lima' tetapi semalam himpunan jadi 'gear satu'," ujarnya kecewa.

Menurutnya, rakyat sudah ada keberanian untuk turun ke jalan dan tidak bimbang kepada risiko berhadapan 'water-cannon' dan semburan kimia.
Oleh itu, menurut beliau, mengadakan himpunan di stadium seolah-olah berundur semula ke belakang.

"Bila buat himpunan macam ini, protes yang dinyatakan tidak tampak kepada umum apatah lagi pihak yang diprotes juga tidak akan rasa apa-apa," tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan kekesalannya kerana wujud konsert pada himpunan berkenaan.
"Rata-rata pemuda Kedah pulang setelah konsert diadakan, mereka menggelar himpunan itu bukan 'protes' tetapi 'karnival turun minyak'.

"Pemuda Kedah datang bukan untuk berhibur, mereka datang atas nama perjuangan. Jadi sebarang sekatan yang mungkin berlaku mereka sanggup hadapi," jelasnya yang turut memaklumkan DPPNK akan menghantar nota bantahan kepada jawatankuasa penganjur himpunan itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

gambling online said...

For us when we visit some blog site our main objective is to ensure that we will be entertained with this blog.

pcsolotto said...

Concentrate to the things that could give information to the people.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59