Friday, 11 July 2008

TUKAR KERAJAAN UNTUK SELAMATKAN BUMIPUTERA DAN RAKYAT MALAYSIA


Kenyataan akhbar Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka.


Saya sangat kesal kerana kerajaan BN yang memerintah Malaysia lebih 50 tahun gagal menjaga dan menjamin kedaulatan bumiputera apabila kaum bumiputera terus tertinggal ke belakang dari segi kemiskinan, pendapatan isi rumah, ekuiti dan hak milik aset. Fakta ini dinyatakan oleh Perdana Menteri sewaktu membentangkan kajian separuh penggal (KSP) RMK9 baru-baru ini. Dari segi Kadar Kemiskinan pada tahun 2007 seramai 5.1 % bumiputera miskin berbanding Cina 0.6% dan India 2.5%.

Pendapatan Bulanan Isi Rumah tahun 2007 bumiputera ialah RM3,156 berbanding Cina RM4,853 dan India RM3,799

Manakala untuk Ekuiti pula pemilikan ekuiti bumiputera jauh terkebelakang iaitu 19.4 % berbanding kaum Cina 42.4% dan kaum India = 1.1%.

Untuk Hak Milik Aset tahun 2007 menyaksikan fakta berikut :-Bangunan: Bumi = 15.7%, Cina = 75.7%, India = 4.3%Premis industri: Bumi = 3.5%, Cina = 87.2%, India = 1.5%Hotel: Bumi = 20.8%, Cina = 54%, India = 2.7%

Dari fakta di atas jelas sekali bahawa kaum bumiputera jauh ketinggalan dari semua segi walaupun mereka merupakan penduduk asal negara ini.

Saya berpendapat kaum bumiputera tertinggal ke belakang kerana beberapa sebab :-

1) Ianya terjadi kerana kelemahan kerajaan BN memerintah Malaysia sehingga menyebabkan Bumiputera semakin terpinggir. Peluang-peluang perniagaan untuk bumiputera dibolot oleh segelintir sahaja iaitu kroni-kroni pemimpin yang menyebabkan peniaga-peniaga bumiputera yang berdaya maju tetapi bukan kroni pemimpin diketepikan. Akhirnya kekayaan hanya dimonopoli oleh segelintir bumiputera yang rapat dengan Umno dan BN. Bumiputera yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin miskin disebabkan peluang-peluang perniagaan dan kontrak di bolot oleh kroni-kroni sahaja. Ini menyebabkan bilangan bumiputera yang kaya sangat sedikit berbanding yang miskin. Ini menyebabkan pendapatan isi rumah bumiputera menjadi rendah kerana ramai di kalangan mereka miskin berpendapatan rendah.

2) Oleh kerana banyak peluang perniagaan dan kontrak-kontrak diberikan kepada kroni-kroni secara tidak telus maka ada kroni-kroni yang langsung tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang diberikan kontrak tertentu. Akhirnya mereka ini menjual kontrak atau perniagaan tersebut kepada bangsa lain yang menyebabkan peluang peniaga atau kontraktor bumiputera lain tertutup walaupun mereka ini mahir dan berkemampuan. Peraturan yang membenarkan sistem Ali Baba ini sebenarnya menyebabkan ekuiti bumiputera semakin menipis dan sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai 30 % ekuiti bumiputera hanya tinggal angan-angan kosong.

3) Rasuah juga menjadi barah kepada masalah bumiputera diatas. Peluang-peluang perniagaan dan kontrak-kontrak adakalanya diberikan kepada orang lain disebabkan berlaku rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Ini terbukti apabila Indeks Rasuah 2007 yang baru dikeluarkan oleh Transparency International, menunjukkan Malaysia berada dikedudukan ke-43 daripada 180 negeri yang disenaraikan.


Segala permasalahan di atas tidak akan dapat diatasi sekiranya pemimpin yang ada dan sistem pemerintahan negara tidak dirombak dan ditukar dengan secepat mungkin. Pemerintahan BN yang sudah menjangkau lebih 50 tahun sebenarnya telah punah dan rosak teruk disebabkan pemimpin-pemimpin mereka yang jelas tidak berintegriti dan tidak berupaya untuk membersihkan gejala-gejala negatif di atas.


Hanya dengan menukar pemerintahan sahaja bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya akan selamat dan sejahtera. Selagi kerajaan BN dikekalkan maka selagi itulah bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya tidak akan mendapat pemerintah yang adil dan mengutamakan kebajikan rakyat.


Khirul Che Salleh

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Halo, statistik pendapatan tidak sebegitu bcos bandingan tak balance. Ratio penduduk Bumiputra : cina : India 70 : 20 :7
so katakan 7000 penduduk bumi bandingkan dengan 2000 penduduk cina & 700 India.
How to compare?? tak balance. Pengbahagian mestilah nampaknya bumi miskin sebab penduduk ramai

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59