Wednesday, 9 July 2008

BAPA MOHON BANTUAN AMBIL ANAK DI INDONESIA


Bukit Pulau : Seorang bapa, Mustafa Bin Maiduni, 42 amat memerlukan bantuan orang ramai untuk membawa pulang 2 orang anaknya yang tinggal di Indonesia.

Menurutnya, anaknya itu telah ditinggalkan bersama Ibu Mertuanya di Indonesia selama lebih 4 tahun lalu. Kedua-dua anaknya Mohd Ridzuan Mustafa, 6 tahun dan Ferry Aditya Mustafa, 4 tahun kini tinggal dengan neneknya di Tangjung Pura, Langkat, Medan, Indonesia. Kedua-dua mereka sekarang berada dalam keadaan susah disebabkan nenek mereka tidak mempunyai pendapatan tetap selepas kematian suami dan anaknya beberapa tahun lalu.

Anak pertamanya Mohd Ridzuan lahir di Melaka manakala anak keduanya Ferry Aditya lahir di Medan. Selain dari kedua-dua anaknya ini, beliau mempunyai seorang lagi anak dengan isterinya sekarang dan 6 orang anak dengan isteri pertama yang telah diceraikan oleh beliau.

Mustafa yang bekerja sendiri sangat bimbang dengan keadaan anaknya kerana menurut maklumat yang beliau perolehi, anaknya berada di dalam keadaan tertekan dan tidak menentu.
"Anak saya terutama yang tua seringkali berkurung di dalam bilik dan tiap-tiap beliau akan menunggu saya datang bersama adiknya berhampiran jalan di rumah mertua saya".


"Bila tanya siapa yang beliau tunggu, anak saya menjawab tunggu ayah, setiap kali kereta berhenti di jalan tersebut beliau akan memberitahu orangramai bahawa ayahnya sudah sampai",kata Mustafa dengan sayu.

Mustafa memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM7,000 untuk tambang pergi balik beliau dan isterinya mengambil anak-anaknya. Selain itu wang itu juga diperlukan untuk mendapatkan Kartu Tanda Pengenalan (KTP) Indonesia untuk kedua-dua anaknya yang sehingga kini tidak mempunyai apa-apa sijil kelahiran akibat kesempitan hidup.
Selain itu juga beliau terpaksa membayar bil tunggakan hospital anak pertamanya di sebuah hospital swasta di Melaka bagi membolehkan anak pertama yang lahir di sini didaftarkan. Sehingga kini pihak hospital tidak mengeluarkan surat akuan kelahiran anaknya itu kerana beliau gagal membayar bayaran sebanyak RM2,000 kepada hospital tersebut. Bayaran itu dikenakan kerana isterinya terpaksa menjalani pembedahan semasa bersalin.
Menurutnya sebelum ini beliau telah bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi memohon bantuan, namun Mohd Ali meminta beliau berusaha sendiri mengumpulkan wang sebanyak RM7,000 tersebut.

Beliau juga pernah berjumpa dengan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) iaitu Ustaz Abdul Halim Tawil bagi memohon bantuan namun hanya RM700 sahaja yang diluluskan kepada beliau melalui agensi di bawah MAIM.

Menurutnya wang RM700 tersebut tidak cukup untuk urusan tambang pergi balik dan perbelanjaan memohon KTP serta urusan-urusan lain.

"Saya telah berusaha sedaya upaya berjumpa dengan Ketua Menteri dan MAIM tetapi saya kecewa kerana mereka tidak dapat membantu saya sepenuhnya".

"Saya tiada kerja tetap dan tidak mampu untuk menyimpan sebanyak itu, kalau saya mampu tidak perlulah saya berjumpa mereka" ujar Mustafa kecewa.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khirul Che Salleh dalam kenyataannya kecewa dengan tindakan Ketua Menteri dan MAIM yang tidak dapat membantu Mustafa.

Menurut beliau, Mustafa berhak untuk mendapat bantuan samada dari kerajaan negeri atau MAIM bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

"Saya mencadangkan pihak kerajaan Negeri dan MAIM dapat mempertimbangkan permohonan Mustafa, wang zakat atau Baitul Mal boleh diberikan kepada beliau".

"Kalau tak mahu bagi wang zakat dan Baitul Mal pun sekurang-kurangnya mereka boleh melancarkan tabung untuk membantu Mustafa" kata Khirul.

Mustafa Bin Maiduni yang memegang Kad Pengenalan bernombor 660609-05-5073 sangat mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengambil anaknya di Indonesia dan menyelesaikan semua masalah perdaftaran kelahiran anaknya di sana.

Beliau memohon sudi kiranya para pembaca menghulurkan derma untuknya dengan menghubungi talian 016-6537473 atau talian 017-9002958 (Ustaz Khirul Che Salleh) atau 06-2841780 (Pejabat Perhubungan PAS Negeri).

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau boleh juga datang sendiri ke rumahnya di alamat Bt 3 1/2, Kampung Bukit Pulau, 75150 Bukit Baru Melaka.

Gambar atas : Saya sedang mengambil keterangan dari Mustafa
Gambar bawah : Saya bersama Mustafa dan Aktivis PAS Kampung Bukit Pulau Md Zin AFP Mangkuta

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

lottery numbers said...

And also we ensure that when we enter in this specific blog site we see to it that the topic was cool to discuss and not a boring one.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59