Friday, 4 July 2008

BANTAH LIBATKAN TENTERA KAWAL KETENTERAMAN AWAM


Ketua Penerangan PAS Negeri di dalam Blognya, http://mutaligat.blogspot.com membantah tindakan kerajaan BN yang merancang untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan - sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang.
Beliau hairan apakah motif kerajaan BN mahu menyeret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dengan tugas dan tanggungjawab pihak Polis. Tidak cukupkah lagi duit rakyat dibazirkan dengan mengerahkan Polis mengawal dan menganggu perhimpunan aman rakyat.
Cadangan tersebut, katanya, akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.Malah, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.
Selain itu menurutnya lagi, ianya jika diteruskan akan membuktikan Polis gagal menjalankan tugas mereka. Kerajaan seolah-olah memperkecilkan kredibiliti dan kemampuan untuk mengawal ketenteraman awam.
Jika kerajaan meneruskan juga rancangan ini, bermakna bahawa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini yang menyatakan keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan.
Ini sudah tentu akan menimbulkan keraguan mengenai kemampuan Perdana Menteri untuk memberi kepimpinan yang positif dan kemungkinan ada anasir dalam kerajaannya yang cuba memberi gambaran seolah-olah timbul keadaan tidak stabil untuk mencapai agenda politik mereka.
Gambaran buruk ini sudah tentu akan mengurangkan keyakinan pihak luar samada pelancong atau pelabur untuk melawat dan menjalankan perniagaan di negara kita.
Oleh itu saya menegaskan sekali lagi bahawa rancangan untuk melibatkan ATM dalam kerja mengawal ketenteraman awam ini mesti dibatalkan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59