Tuesday, 1 July 2008

Anwar siap buat laporan polis


kemaskini 3:29pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, tiba untuk membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontinjen Selangor hari ini. Penasihat PKR sampai kira-kira jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.Laporan polis dipercayai berhubung dakwaan terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.


Sebelum itu beberapa peguam dan pemimpin PKR tiba di IPK itu di Shah Alam - naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, bendahari parti William Leong dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Md Akin.Turut hadir, exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Kira-kira 30 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPK. Mereka tidak dibenarkan masuk sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.Beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu masuk ibu pejabat polis tersebut. Mereka turut dihalang masuk.Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan itu jam 3.20 petang dan dijangka menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Beliau dijadual mengadakan sidang media di situ.Menurut siaran media PKR pagi tadi, penasihat PKR juga menyeru para penyokongnya berkumpul di ibu pejabat parti itu tidak lama selepas laporan polis tersebut.Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.

Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam, menjalankan siasatan di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59