Thursday, 10 July 2008

ALI RUSTAM CUBA NAK BELIT RAKYAT


Ketua Menteri di dalam blognya semalam dan disiarkan dalam akhbar harian hari ini cuba mengelirukan rakyat khasnya rakyat Melaka.

Dalam kenyataanya itu beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan Perak meniru Melaka dengan memberikan air percuma dan bantuan kepada pelajar yang berjaya memasuki IPTA.

Kita hairan bagaimana tiba-tiba sahaja Ali Rustam mendakwa memberikan air percuma sedangkan sebelum ini tidak pernah beliau bercakap pasal air percuma. Jangan cuba hendak membelitkan rakyatla Datuk Seri. Ini bukan tahun 60-an atau 70-an lagi. Bangun Datuk Seri jangan tidur lagi.

Beliau juga mendakwa melaka memberikan bantuan kepada pelajar yang berjaya masuk ke IPT. Tetapi jumlah maksima hanyalah RM400. Bantuan RM1,000 pula hanya diberikan dalam bentuk pinjaman dari Tabung Pendidikan Melaka (TAPEM).

Datuk Seri, kita nak bagi tau Selangor dan Perak memberikan bantuan kepada pelajar yang berjaya masuk IPT RM1,000 bukan RM400 sahaja. Malah wang RM1,000 tu bukannya PINJAMAN macam yang Melaka berikan.

Come On Datuk Seri bercakaplah secara jujur dan berfakta. Takut nanti RAKYAT AKAN TERTAWAKAN DATUK SERI. INIKAH 'STANDARD' NAIB PRESIDEN UMNO MACAM 'STANDARD' JKKK DAN GURU KEMAS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

wan ismail said...

Saya setuju taraf Ali Rustam macam JKKK. Cuba dengar cara dia bercakap/berhujah/memberi ulasan langsung tak ada kelas. Orang macam ini dipilih oleh UMNO sebagai Naib Presiden kadangkala memalukan UMNO.

Jika tidak percaya sama-sama kita dengar dan lihat cara Ali Rustam bercakap dalam TV nanti.

Memang betul Taraf Ali Rustam Naib Presiden macam JKKK.....cara ceramah/cara bertindak betul-betul JKKK. UMNO tak ada orang macam Ali Rustam pun boleh menang Naib Presiden. Kalau ya pun pilihlah orang macam Hishamudin,Zahid Hamidi, Mahyudin dan Saberi Chek

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59