Monday, 28 July 2008

MEDIA TERUS MAINKAN ISU MUZAKARAH LAGAKAN PAS-DAP - Ref Malaysiakini


Media jahat arus perdana terus menerus memainkan isu muzakarah untuk melaga-lagakan PAS dan DAP sebagai usaha terakhir untuk meragukan rakyat dan ahli politik bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu pakatan yang rapuh dan longgar.

Media jahat ini tidak serik-serik menggunakan pengaruhnya untuk memutarbelitkan fakta walaupun telah diberikan amaran beberapa kali malah negeri-negeri Pakatan Rakyat telah memboikotnya.

Kenyataan tegas oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu, bahawa tidak ujud sama sekali muzakarah antara PAS-Umno juga tidak dihiraukan oleh media ini.

Hari ini media jahat ini terus menyiarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikatakan menyelar PAS.

“Pas ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada Pas patut terus dibenarkan menganggotainya,”

“Jaminan Presiden Pas (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa Pas tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.

“Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, Pas mengadakan perbincangan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu,”


“Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan serius. Kenyataan Nik Aziz ini mengetepikan kenyataan Hadi Awang di Ipoh semalam bahawa Pas tidak akan bergabung dengan UMNO atau menyertai BN.

“Jelas sekali, kenyataan pemimpin Pas kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat".

Itulah kenyataan-kenyataan Karpal Singh yang disiarkan oleh media jahat tersebut. Mengapa ianya dibesar-besarkan sedangkan pemimpin PAS jelas menyatakan PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan juga tidak ujud sama sekali Muzakarah PAS-Umno. Malah PAS dengan jelas menyatakan PAS lebih yakin dengan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) mencadangkan pemimpin PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap media jahat ini supaya media ini tidak terus menerus memainkan isu-isu yang boleh mengeruhkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat.

DPPBK juga menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak melayan wartawan-wartawan media jahat ini kerana terbukti mereka hanya mahu memutarbelitkan isu. DPPBK juga mengharapkan semua pimpinan PAS, DAP dan PKR supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan samada ketika ceramah atau 'press statement' kerana bimbang kenyataan itu akan dimanipulasi dan diputarbelitkan oleh media-media jahat yang sekarang ini bagaikan singa lapar menanti masa untuk membaham mangsa iaitu Pakatan Rakyat.


Friday, 25 July 2008

RAKYAT MERANA, YB-YB BINCANG PASAL KERETA APA NAK PAKAI - Ref Malaysiakini


Di saat rakyat bawahan sengsara mencari duit untuk makan dan minum, pimpinan kerajaan negeri sibuk pasal nak pakai kereta resmi jenis apa, Mercedez atau Camry atau Perdana V6. Mereka ini langsung tak fikir kesusahan rakyat marhaen.
Isu pembelian kereta rasmi keraajaan menjadi hangat apabila kerajaan negeri Terengganu dikritik hebat kerana membeli mercedes sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana V6. Pelbagai reaksi diutarakan oleh pelbagai golongan.

Exco kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liu berkata beliau secara peribadi bersetuju jika Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Toyota Camry dan bukannya Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi Exco dan Pegawai Kanan Kerajaan negeri. Antara alasan beliau ialah Toyota Camry lebih murah dari Mercedez tetapi lebih baik dari V6.

Ronnie berkata beliau sendiri mempunyai pengalaman pahit memakai Perdana V6 apabila kereta tersebut rosak secara tiba-tiba. Bila diperiksa kotak gear mengalami masalah dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi sebab itu beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya tidak menggunakan Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Pahang lagi hebat, beliau dilaporkan berkata, kerajaan Pahang tidak kisah, pakai Kancil pun tak apa. Ya ka Tok Nan? Apa yang engkau cakap ini sukar untuk saya percayai sebab plat kereta Tok Nan sendiri bernilai ribuan ringgit. Betul ke boleh pakai Kancil ni? Cakap tu biarkan cermat sikit nanti sendiri yang malu.

Kalau betul Tok Nan boleh menggunakan kancil, sila jual kereta yang Tok Nan pakai sekarang dan gantikan dengan Kancil atau Viva supaya duit rakyat boleh dijimatkan kerana harga kancil atau Viva yang rendah dan penggunaan minyak yang sedikit. Tok Nan jangan cakap kosong tanpa berusaha untuk merealisasikan cakap Tok Nan ini. Jangan cuba bermain dengan kata-kata kalau dalam hati sebenarnya berkata lain.

Jadi saya menggesa semua Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri pulangkan semua semua kenderaan rasmi kepada pihak berkenaan dan silalah order Kancil atau VIVA hari ini juga.

Pak Ali di Melaka tak mahu tukar kereta ke? Saya ingat Pak Ali kalau nak tukar kereta, pakai kereta lembu lagi baik, tak payah kena servis atau buat 'maintenance' di kedai-kedai service kereta. Kereta lembu pun tak pakai minyak, cuma bagi makan rumput yang baik-baik, minuman yang baik. Petang-petang boleh sabit rumput dekat Bukit Katil.

Tak perlu gaduh-gaduh pasal harga kereta dan 'charge' maintenance yang mahal.


PERATURAN TAK MASUK AKAL DALAM UMNO - Ref Malaysiakini


Sejak kalah teruk pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu, Umno semakin teruk 'mamai'nya. Bagaikan orang tua nyanyuk yang tidak tahu jalan pulang ke rumah. Berjalan ke sana ke mari tak tentu hala. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk Umno.
Umno semakin hilang 'akal' dan keyakinan diri apabila terpaksa menggagaskan peraturan-peraturan yang tidak masuk akal,
Antara peraturan-peraturan berkempen pada pemilihan Umno kali ini ialah calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.

Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.

Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Meloya hari ini.) Ini laporan Utusan Meloya semalam.

Baru-baru ini Naib Presiden Umno Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Meloya bahawa calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO boleh menghadiri atau mengadakan kenduri kahwin dan tahlil asalkan tidak menyalahgunakan majlis itu untuk berkempen.

Beliau berkata, laporan akhbar itu yang menyebut bahawa calon dalam pemilihan UMNO dilarang menghadiri majlis kesyukuran, perkahwinan dan tahlil yang dikhuatiri menggunakannya untuk meraih undi, adalah kurang tepat.

Katanya lagi, tentang tak boleh buat kenduri, tahlil itu tak betul. Siapa nak buat kenduri atau tahlil boleh buat. Cuma yang tidak boleh jangan gunakan majlis itu untuk berkempen, itu maksudnya. Mana satu yang benar ini Muhyiddin? Nanti engkau sendiri yang kena cekup.
JELAS SEKALI UMNO SEMAKIN CACA MARBA. PERATURAN YANG UMNO BUAT PEMIMPIN MEREKA SENDIRI TAK FAHAM DAN MEREKA SENDIRI LANGGAR. KALAU PEMIMPIN YANG GARISKAN PERATURAN ITU PUN DAH PENING DAN 'BENGONG', ANAK BUAH LAGI 'BENGONG'.

INILAH PARTI YANG SUDAH NYANYUK DAN PENING KERANA DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG MABUK KUASA.

JADI SUDAH SAMPAI MASANYA AHLI-AHLI UMNO BERAMAI-RAMAI MENINGGALKAN PARTI NYANYUK DAN PENING INI. AYUH MARI SAMA-SAMA MASUK PAS.


GESAAN KEDUA : MANA MARUAH KAMU SHABERY - SILA LETAK JAWATAN SEKARANG - Ref Malaysiakini


Nampaknya Menteri Penerangan buat-buat tidak ingat bahawa beliau berhutang dengan seluruh rakyat Malaysia. Hutan beliau ialah MELETAKKAN JAWATANNYA sebagai Menteri Penerangan. JANGAN BERDALIH yang beliau hanya meletakkan jawatan jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.
Jika kamu seorang yang bermaruah dan ada harga diri letak jawatan sekarang. Kamu jelas gagal mempertahankan kerajaan dalam debat tempohari.
Kalaulah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) ini Pemuda Umno sudah tentu kami akan hantar memo dan buat demo supaya Shabery letakkan jawatan. Memang Shabery telah memalukan Umno dan kerajaan apabila gagal menandingi hujah-hujah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai.

Anwar mengemukakan fakta yang jelas bahawa penurunan harga minyak sebanyak 50 sen hanya memerlukan belanja sebanyak RM5 bilion sahaja dan ini boleh diambil dari wang sumbangan Petronas kepada kerajaan sebanyak RM1bilion; langkah berjimat cermat dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dalam projek-projek kerajaan dan dari sumber lain. cadangan Anwar ini diperkukuhkan lagi dengan kadar keuntungan Petronas yang terus meningkat di mana keuntungan Petronas untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2008 menunjukkan Petronas memperolehi sebanyak RM61 bilion.

"Mengapa kerajaan begitu senang membantu syarikat-syarikat asing dengan menggunakan istilah insentif, mengapa kerajaan begitu mudah membantu syarikat-syarikat tempatan yang 'sakit' dengan istilah 'bail out' , jumlah insentif dan 'bail out' ini adalah berbilion-bilion ringgit, tetapi pada masa sama begitu payah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan harga minyak. Malah istilah subsidi yang digunakan untuk mengurangkan harga minyak cukup negatif dan saya tidak bersetuju dengan istilah ini" soal Anwar dan ianya gagal di jawab oleh Shabery dengan meyakinkan.

Selain itu Shabery juga gagal memberikan fakta yang meyakinkan malah soalan dari wakil Anwar iaitu Zulkifli Sulong yang bertanyakan kemana perginya wang yang diambil dari pengurangan subsidi minyak sebelum ini, juga gagal di jawab oleh Shabery. Sebaliknya beliau banyak bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan dengan soalan.

Malah tinjauan selama 12 jam Portal Media Internet, Malaysiakini yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan selesai mendapati daripada 18,684 pembaca yang menyertai tinjauan pendapat tersebut, 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan. Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Maka tidak syak lagi Shabery jelas gagal dalam misinya untuk menerangkan rasional kenaikan harga minyak dan beliau semesti meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan serta merta. Jangan berdalih lagi atau jangan memberikan alasan bahawa kedudukannya hanya ditentukan oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan semalam ketika ditemubual oleh media. Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta.
SILA LETAK JAWATAN SEKARANG. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA. KAMU JANGAN INGAT RAKYAT LUPA AKAN JANJI KAMU.


MAT TAIB JANGAN CUBA BERMAIN API - Ref Malaysiakini


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) memberi amaran kepada Ketua Penerangan Umno, Mohamad Mohd Taib atau lebih mesra dengan cembongan 'Mike Tyson' supaya tidak bermain 'api' dengan isu muzakarah. Ini kerana DPPBK melihat Mike Tyson masih cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa Muzakarah mesti diteruskan dan kenyataan Mike Tyson ini disiarkan sebagai Headline akhbar bacul mereka, Utusan Meloya.
DPPBK yakin Mike Tyson faham dan tahu bahawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz telah menegaskan bahawa tidak ujud apa-apa muzakarah antara PAS-Umno sebelum ini dan selepas ini. Yang ada hanyalah muqabalah iaitu pertemuan biasa. Jadi janganlah Mike Tyson cuba mengulangi perkara ini semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan mengalih perhatian rakyat dari isu-isu lain yang sedang melanda Umno dan negara sekarang.
DPPBK mengharapkan kalau Mike Tyson ingin mencari populariti carilah isu lain yang boleh menaikkan namanya sebagainya persediaan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Tidak perlulah beliau bersusah payah memeras otak untuk bercakap isu muzakarah ini kerana PAS telah jelas menolak sebarang usaha untuk bermuzakarah dengan parti 'busuk' seperti Umno. Ibarat ikan busuk di kepala habis semuanya busuk.
DPPBK faham bahawa Mike Tyson sekarang ini sedang berusaha untuk menonjolkan dirinya lebih-lebih beliau terpaksa bersaing hebat untuk memenangi salah satu tempat sebagai Naib Presiden Umno. Mungkin juga beliau berangan-angan untuk dipilih oleh Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri andaikata beliau memenangi jawatan Naib Presiden kerana Najib sudah tentu akan memilih salah seorang Naib Presiden Umno untuk menjawat jawatan no. 2 dalam Umno tersebut.
DPPBK sekali lagi menegaskan kepada Mike Tyson dan Umno jangan ungkit lagi isu muzakarah ini kerana cerita ini telah tutup buku seperti kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dua hari lalu.


Thursday, 24 July 2008

ISU MUZAKARAH : JANGAN ULANGI KESILAPAN SEMBUNYIKAN FAKTA DARI AHLI- Ref Malaysiakini


Jangan sembunyikan apa-apa tindakan yang besar seperti pertemuan dengan Umno dan sebagainya.
Itulah antara ungkapan yang sering kita dengar dari ahli PAS akar umbi. Semuanya adalah kerana mereka sayangkan PAS. Ahli PAS tidak mahu PAS terjebak di dalam perangkap Umno sekali lagi seperti yang berlaku selepas Pilihanraya Umum 1969 dulu.
Sebab itu apabila ahli-ahli PAS terdengar khabar angin bahawa pimpinan PAS ada membuat pertemuan 'sulit' dengan Umno ramai dikalangan ahli PAS yang melenting.
"Macamana ini, pimpinan nak berbaik dengan Umno yang zalim, jahat dan penipu".
"Apa sudah jadi, di saat Umno dah nak mampus, PAS pula nak selamatkan Umno".
"Pemimpin PAS memang tak patut, buat pertemuan sulit bincang pasal nak gabung dengan Umno, kalau betul-betul berlaku kami ramai-ramai keluar PAS"
Itulah antara keluhan, luahan, ancaman dan kemarahan ahli PAS yang kita boleh dengar sebaik sahaja berita muzakarah ini tersiar di dada akhbar pengampu BN.
Rata-rata ahli PAS mahukan pimpinan tertinggi PAS supaya lebih telus dan berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada umum, khususnya mengenai isu muzakarah PAS-Umno, agar tidak bercanggah antara satu sama lain.
Dewan Pemuda PAS Bukit Katil amat bersetuju dengan kenyataan Pemuda PAS Johor (DPPNJ) yang mahukan kalangan pimpinan PAS Pusat kerap mengadakan aktiviti dan pertemuan supaya apa jua masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Ketua DPPNJ, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya amat berharap agar kemelut isu muzakarah PAS-Umno akan berakhir dengan segera "supaya PAS dapat memberikan tumpuan terhadap perkara yang lebih besar manfaatnya kepada perjuangan."
Katanya, DPPNJ telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan isu muzakarah di antara PAS dan Umno.Mesyuarat khas itu diadakan sehari selepas Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat yang sama. Isu muzakarah PAS-Umno telah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan pemimpin PAS, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilihat bercanggah dalam isu tersebut.
Menurut Khairul Faizi berkata, mesyuarat khas itu juga menyarankan supaya PAS pusat mengadakan taklimat khas presiden kepada seluruh pimpinan PAS - dari peringkat pusat sehinggalah sekurang-kurangnya kepada jawatankuasa harian PAS di peringkat kawasan.
Di samping itu, katanya, DPPNJ juga mahu diadakan ’roadshow’ ke negeri-negeri bagi menjelaskan isu yang berkaitan dengan muzarakah dan Pakatan Rakyat.


Tuesday, 22 July 2008

RUNTUNAN HATI SEDIKIT LEGA APABILA MEMBACA KENYATAAN MAZLAN - Ref Malaysiakini


AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman menegaskan bahawa walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.
Kenyataan tegas beliau itu melegakan sedikit runtunan ahli-ahli, penyokong-penyokong dan simpatisan PAS yang terpinga-pinga dengan beberapa kenyataan akhbar pimpinan yang seolah-olah berlawanan antara satu sama lain.
Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'. Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.
Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:
  • PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

  • PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

  • PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

  • Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.
Di harapkan kenyataan beliau ini akan menjadi panduan dan maklumat untuk semua ahli bagi menjawab segala pertanyaan dan tohmahan kawan dan lawan.
Banyak pihak yang mempertikaikan tindakan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno sehingga memberikan peluang kepada Umno menangguk di air keruh dengan mengolah cerita seolah-olah PAS ingin bergabung dengan Umno. Akhirnya dengan tindakan ini PAS kehilangan ahli dan kepercayaan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat juga terhakis.
Ini terbukti apabila media menyiarkan berita untuk melaga-laga PAS dengan DAP apabila Berita Harian menyiarkan laporan di bawah :-
Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu pemimpin Pas memberi penjelasan kepada parti lain yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) mengenai tiga pertemuan secara senyap dengan pemimpin Umno.

"Semua parti dalam PR sepatutnya dimaklumkan mengenai pertemuan ini kerana ia membabitkan isu utama. "Semua parti dalam PR sepatutnya tahu apa yang mereka buat terutama membabitkan isu besar. Tindakan Pas ini tidak betul," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini, semalam. Karpal berkata, beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membenarkan pertemuan itu sedangkan parti itu pernah mendakwa diketepikan ketika menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar 1970-an.
Harap dengan tulisan ringkas ini dapat merungkaikan sedikit runtunan hati sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang membacanya.


Monday, 21 July 2008

Sokong artikel "Dakwah Umno: Hujah PAS dangkal" - Malaysiakini


Kami amat bersetuju dengan tulisan Tulangbesi yang siarkan oleh Malaysiakini. Jelas sekali kita kena berhati-hati dengan Umno yang licik berpolitik. Dalam keadaan Umno nazak sekarang ini mereka akan cuba berpaut pada apa-apa juga 'dahan' samada yang reput atau yang kuat.

Salah satu caranya ialah berbaik-baik dengan musuh yang kuat agar dapat menumpang kekuatan musuh itu dan pada masa sama melakukan politk pecah dan perintah untuk memecahbelahkan parti musuh dan ahli-ahlinya.
Semua orang kenal dan tahu perangai Umno. Mengapa pemimpin PAS masih tidak dapat membaca mainan politik Umno yang saban saat mencari jalan untuk memecahbelahkan pembangkang dan menimbulkan polemik dikalangan ahli-ahli PAS.
Di bawah ini kami nukilkan tulisan Tulang Besi :-
Saya membaca kenyataan Dewan Ulama berkaitan temuramah presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Harakahdaily.net (11 Julai 2008). Kami ahli-ahli PAS sememangnya sudah lama menunggu suara dari Dewan Ulama yang selama ini cukup senyap dan sunyi.Antara kandungan kenyataan tersebut adalah sokongan kepada usaha presiden untuk berjumpa dengan Umno bagi menyampaikan dakwah Islam. Saya bukan hendak kata apa, cumanya apakah lagi dakwah yang perlu kita sampaikan kepada Umno?
Tidakkah Umno mempunyai barisan “ulama” lulusan universiti Islam dari seluruh dunia? Mungkinkah Umno tidak mengerti kewajiban melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh? Saya rasa amatlah dangkal alasan yang mengatakan perjumpaan PAS dengan Umno adalah atas tujuan dakwah. Alasan ini jelas alasan dangkal dan tidak dapat diterima oleh akal yang matang. PAS sudahpun berdakwah kepada Umno sejak sebelum merdeka lagi. Sekiranya mereka mahu menerima dakwah PAS, nescaya sudah diterima oleh mereka lama dahulu.PAS bukan sahaja pernah berdakwah dengan Umno, PAS juga pernah bersama Umno dalam satu barisan dan mentarbiyyah Umno. Apa balasan Umno kepada PAS? Lepas manis madu hilang, habis sepah dibuang. Segala usaha dakwah PAS dibalas dengan kurang ajar dan kebiadapan yang amat tinggi.
Adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak peka sehingga tidak sedar bahawa seluruh ulama dalam Umno tidak dapat menghalang Abdullah Ahmad Badawi daripada mengangguhkan pelaksanaan Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2005 hanya kerana akta tersebut tidak disukai oleh anak Abdullah, Nori dan Sisters in Islam?
Maklumat yang saya perolehi, Zainah Anwar amat takut akan kenaikan Anwar Ibrahim kerana beliau yakin penasihat PKR itu akan mengizinkan pelaksanaan syariat Islam berbanding Abdullah.Juga, adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak sedar bahawa kalaupun Najib Razak menjadi perdana menteri, mahukah beliau melaksanakan syariat Islam memandangkan beliau sendiri tidak bebas daripada tuduhan skandal?
Inilah sindrom “katak bawah tempurung” yang melanda PAS sehingga tidak sedar bahawa tindakan mereka akan menguntungkan Umno dan musuh Islam. Sikap Dewan Ulama PAS ini amat disukai oleh Umno dan musuh-musuh Islam di Malaysia kerana ia menguntungkan mereka.Dan kita harus bertanya, kenapa pula tiba-tiba Umno berminat untuk berjumpa dengan kita? Setelah mereka kalah terduduk dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, barulah mereka terhegeh-hegeh untuk berjumpa dengan PAS.Selama ini, sewaktu mereka gagah perkasa dan sewaktu Umno dijulang ke langit, mengapa tidak mahu berjumpa dengan PAS?
Mengapa PAS dinista, difitnah, dicaci, dimaki, dizalimi dan sebagainya.Saya kagum dengan kematangan Ahmad Awang apabila wakil Umno datang menawarkan kerajaan campuran kepada beliau. Beliau lantas menjawab, antara orang zalim dengan orang bukan Islam, lebih aula orang bukan Islam.Tetapi Dewan Ulama PAS buta akan fakta ini. Mereka lupa bahawa Umno bukan sahaja menolak Islam, tetapi Umno adalah parti yang zalim dan lagi menzalimi. Bagaimana mungkin PAS bekerja sama dengan Umno dan pada waktu yang sama harus berhadapan dengan doa beribu-ribu orang yang telah dizalimi Umno?
Saya nampak Dewan Ulama PAS tidak nampak sasaran dakwah yang sebenar - yakni orang bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada dewan itu, di mana modul untuk berdakwan kepada orang bukan Islam?Dewan Ulama senyap sunyi tentang bagaimana hendak menarik sokongan orang bukan Islam, sekurang-kurangnya menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam.Tiba-tiba boleh keluar dengan bangga menyokong usaha “dakwah” kepada Umno? Wahai Dewan Ulama, siapakah mad’u dakwah yang lebih aula sekarang?
Orang bukan Islam yang semakin ramai mendekati PAS atau Umno yang sejak dahulu menentang dan menzalimi pejuang-pejuang Islam.Lupakah Dewan Ulama bahawa ada lebih kurang 60 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak bersalah meringkuk dalam kem Kamunting hanya kerana mereka pernah berjihad di Afghanistan atau pernah menolong mangsa kezaliman Barat terhadap Islam?Lupakah Dewan Ulama, Umno yang telah menghapuskan sekolah agama rakyat, sedangkan orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah menyentuh sekolah-sekolah agama ini?
Sekiranya dapat kita hilangkan ketakutan orang bukan Islam kepada syariat Islam, jalan ke arah pelaksanaan syariat Islam di peringkat negeri-negeri terbuka luas seluas-luasnya. Tidak ada lagi batu penghalang kepada pelaksanaan syariat Islam.Suka saya ingatkan kepada Dewan Ulama, tiada gunanya kita berdakwah kepada orang-orang yang sudah sememangnya jauh daripada kita dan tidak pernah mahu berdampingan dengan kita.
Mereka hanya mahu menggunakan PAS sebagai batu loncatan supaya mereka dapat berkuasa kembali. Apabila tercapai sahaja objektif mereka, kita akan disepak dan diterajang keluar dengan secepat mungkin.Dan perkara ini pernah berlaku kepada PAS satu masa dahulu. Tidakkah Dewan Ulama mengetahui akan hadis Nabi SAW yang menghalang umatnya dipatuk dua kali pada satu lubang?
Saya sangat bersedih atas sikap tidak matang dan tidak pandang kehadapan yang ditunjukkan oleh Dewan Ulama PAS.Pada hemat saya, Islam tidak mengajar umatnya ditipu dan dipermain-mainkan musuh Islam hanya atas nama berdakwah. Kerana itulah, Nabi SAW - walaupun baginda pendakwah tersohor - baginda tidak pernah dapat ditipu oleh musuh-musuh Islam. Tidakkah ini satu sunnah Nabi yang sepatutnya menjadi ikutan kita?Semoga Allah memberikan Dewan Ulama PAS taufik dan hidayat-Nya bagi membolehkan mereka melihat ke jalan yang benar. Amin
DPPBK


Friday, 18 July 2008

PIDATO PERDANA DSAI, TUAN GURU DAN KIT SIANG MALAM INI - Ref Malaysiakini


Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Melaka dijemput untuk menghadiri ceramah perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang pada 18 Julai (malam ini) bermula jam 9.00 malam bertempat di Dataran Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor.
Ceramah ini amat penting untuk seluruh rakyat Malaysia kerana Insya Allah ketiga-tiga penceramah akan mengupas isu-isu terkini yang panas yang melibatkan semua rakyat.
Antara isu liwat, isu minyak, pembentukan Kerajaan Pusat baru, isu debat, isu undi tidak percaya dan lain-lain.

JANGAN LEPASKAN PELUANG.


PAS RAKAN PALING SETIA DALAM SEJARAH POLITIK MALAYSIA - Dari Malaysiakini


PAS memang terkenal sebagai sebuah parti yang paling setia kepada rakan-rakan politiknya. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati persahabatannya.
Semasa Perikatan kalah teruk pada pilihanraya umum 1969, mereka menghulurkan tangan kepada PAS untuk bergabung di bawah payung Barisan Nasional. Atas kepentingan melayu dan Islam PAS bersetuju untuk menjadi parti komponen Barisan Nasional. Namun akhirnya PAS diterajang keluar dari BN oleh Umno atas alasan-alasan yang tidak logik pada tahun 1977. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan, PAS atau Umno? Sudah tentu jawapannya Umno.
Semasa krisis Ku Li-Dr Mahathir 1987/1988 PAS sekali lagi menjalinkan persahabatan atas nama Tahaluff Siyasi dan bergabung dengan Parti Ku Li iaitu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pada Pilihanraya Umum 1990 APU menang bergaya di Kelantan apabila tidak memberikan sebarang kerusi kepada BN di Kelantan. Malah APU hampir membuat kejutan di seluruh Malaysia jika tidak kerana permainan kotor BN yang menggunakan isu Ku Li memakai sigah berlambang salib.
Selepas itu pada Pilihanraya Umum 1995 APU semangat merosot.Ku Li mula resah dan mencipta berbagai alasan yang mula menikam PAS. Akhirnya Ku Li terhegeh-hegeh bersama-sama dengan Ahmad Shabery, Rais Yatim membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai dan parti Semangat 46 dibubarkan. Siapa yang tidak setia kepada persahabatan PAS atau Semangat 46? Sudah tentu jawapannya Semangat 46.
Sekali lagi apabila krisis Dr Mahathit-Anwar memuncak akhirnya Anwar difitnah. Anwar dipecat dari kabinet dan Umno. Parti KeADILan Nasional (PAN) ditubuhkan oleh penyokong-penyokong Anwar dipimpin oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. PAS menghulurkan tangan untuk bergabung membentuk Barisan Alternatif dengan turut sama disertai oleh DAP dan PRM. Siapa yang lebih terbuka kalau bukan PAS. Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi pencetus kepada gerakan rakyat (GERAK) yang menjadi asas kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Anwar merengkok dalam penjara 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.
BA telah mencapai kemenangan gilang gemilang apabila berjaya meraih banyak kerusi parlimen dan merampas Terengganu dari BN dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti kerusi DUN yang besar. Namun DAP merasakan bahawa sokongan kaum cina kepada DAP berkurangan dan mengambil keputusan keluar dari BA. Siapa yang tidak setia kepada BA?
Namun pada pilihanraya 2004, BN mencapai kemenangan yang besar dengan bantuan SPR, media dan penyelewengan. DAP kembali mendapat kerusi majoriti bagi pembangkang di parlimen. PAS dan PKR berkabung kerana tewas dengan begitu teruk. Terengganu terlepas, Kelantan hanya dipertahankan dengan majoriti 1 kerusi. Malah satu kerusi majoriti PAS tersebut dimenangi dengan kelebihan 2 undi sahaja iaitu DUN Kemuning.
Selepas Anwar dibebaskan beliau dan pimpinan PAS terus memperkuatkan BA dan mengatur strategi yang unik bagi menarik sokongan kaum India dan Cina. DAP tidak menyertai BA bagi menghadapi Pilihanraya 2008. Hasilnya BA dan DAP merampas 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah selain mempertahankan Kelantan. Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang terpaksa diperintah dengan kerajaan campuran demi untuk memastikan kehendak rakyat dipenuhi iaitu menafikan BN menjadi kerajaan. Akhirnya dengan kesedaran bahawa terdapat banyak persamaan antara BA dan DAP iaitu mewujudkan kerajaan berkebajikan dan kerajaan yang adil, maka DAP, PAS dan PKR akhirnya membentuk Pakatan Baru iaitu Pakatan Rakyat. PAS secara terbuka boleh bekerjasama dengan siapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. Ini dibuktikan apabila PAS tidak pernah menolak untuk berkawan dengan sesiapa diatas persamaan matlamat perjuangan.
Kini ada pihak mempertikaikan kesetiaan PAS. Saya ingin tekankan bahawa sepanjang sejarah PAS tidak pernah mengkhianati persahabatan. Walaupun PAS terpaksa kehilangan segelintir ahli yang tidak setuju dengan persahabatan dengan Semangat 46, PKR dan DAP namun PAS tetap berpegang kepada janji setia persahabatan kerana perjuangan PAS adalah Islam yang boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja asalkan sahabatnya ikhlas tidak seperti Umno yang pernah menendang PAS dulu. FIKIRKAN.......................


UMNO, PAS DAN PKR DUDUK BERMUZAKARAH? / Ulasan laporan Malaysiakini


PAS, Umno, PKR duduk semeja bermuzakarah. Mengapa ini ditimbulkan sedangkan fitnah dahsyat sedang melanda negara sekali lagi. Bagi saya betulkan dulu semua kepincangan dan kontroversi yang melanda politik negara sekarang. Hampir kesemua rakyat sangsi akan kebenaran kes liwat Anwar Ibrahim.
Tanyalah kepada orang yang waras adakah mereka percaya seorang tua berumur 61 tahun boleh mengalahkan seorang muda yang bertubuh sasa berumur 23 tahun.
Tanyalah kepada orang yang waras samada mereka boleh percaya seorang yang mempunyai ramai anak suka kepada lelaki.
Tanyalah kepada orang yang waras seorang yang seperti Anwar yang diketahui latarbelakangnya tidak ada skandal seks dan skandal-skandal lain boleh melakukan perkara ini.
Tanyalah kepada orang yang waras adakah seorang yang 'tidak auw' seperti Anwar suka kepada lelaki...............
Tanyalah ...........tanyalah ............tanyalah.............
Selesaikan dulu kes Altantuya, siasat kes ini secara telus dan adil kerana ia melibatkan orang penting...........mengapa mereka ini tidak ditangkap seperti Anwar yang ditangkap dengan biadap
Selesaikan dulu kes-kes yang melibatkan tuduhan kepada menantu Perdana Menteri, anak Perdana Menteri, Perdana Menteri sendiri
Selesaikan dulu kes-kes melibatkan pemimpin-pemimpin Umno seperti Khir Toyo, Rafidah Aziz dan lain.
Orang yang waras sudah lama sangsi dengan keikhlasan pemimpin Umno sebab mereka ini mempunyai macam-macam kes...........ada menteri didakwa menumbuk kawan anaknya, ada menteri didakwa rasuah, ada menteri didakwa menggunakan kuasa untuk kepentingan diri, ada menteri yang bawa duit jutaan ringgit ke luar negeri, ada menteri yang pernah bawa lari anak Sultan, ada pemimpin Umno yang disaman jutaan ringgit (masih dalam kes mahkamah), ada menteri yang bercerai berai rumahtangga porak peranda, ada menteri yang anak bini, menantu, adik kaya raya, ada menteri yang kaya melampau-lampau, ada menteri yang mempunyai perniagaan macam-macam...............
Selesaikan semua perkara ini dulu. Siasat mana yang patut, adili dimahkamah barulah rakyat yakin dengan keikhlasan dan ketulusan Umno/BN kalau tidak jangan bercakap pasal kedaulatan melayu dan Islam kerana menteri-menteri sendiri yang penuh dengan macam-macam tuduhan .......pokok tak bergoyang kalau tak ada angin ........bila dah susah baru nak hulurkan tangan atas nama perpaduan melayu dan Islam ...................@#%$#%$@#%$#%#$^%


Thursday, 17 July 2008

TANGKAP, TANGKAP KAMU BERKUASA NAK TANGKAP SIAPA SAHAJA - Laporan Malaysiakini dirujuk


Minggu ini sahaja sudah dua orang yang dikenali ramai ditangkap oleh Polis dengan cara yang biadap dan tidak bertamadun.

Semalam Anwar ditangkap oleh sekumpulan Polis yang bertopeng dan berjaket. Polis yang berpakaian seperti biasanya adalah anggota Polis yang terlibat untuk menangkap penjenayah dalam kes jenayah berat. Persoalannya adakah Anwar penjenayah berat yang paling berbahaya?
Polis nampaknya sudah tidak boleh berfikiran waras. Sudah ada yang mengarahkannya atau mungkin juga mereka sedang bekerja untuk pihak tertentu bukan lagi Polis DIRAJA Malaysia.
Hari ini Penulis Blog terkenal Raja Petra Kamaruddin (RPK) pula ditangkap oleh ketika diarahkan memberi keterangan di IPK Kuala Lumpur.
Nampaknya Malaysia sudah menjadi negara Polis.
Laporan terkini tentang Anwar dan RPK - Malaysiakini
Anwar dibogel, diperiksa alat sulit
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.
Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.Mereka ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.

Contoh DNA

Anwar juga menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999."Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.Anwar berkata, beliau juga enggan membenarkan doktor di HKL mengambil contoh darahnya.
Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Sakit pinggang

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".
"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?" katanya.Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.
"Saya rasa tak selesea, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda," katanya.Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.
----------------------------------

Petra diseret ke mahkamah


Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah atas tuduhan memfitnah isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan dua orang lagi.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Raja Petra bagaimanapun enggan membuat sebarang pengakuan sama ada 'bersalah' atau 'tidak bersalah' terhadap tuduhan tersebut.

Beliau berkata berulangkali bahawa beliau enggan berbuat demikian kerana mendakwa tuduhan tersebut mengandungi kecacatan dan berniat jahat.

Pihak pendakwaraya bagaimanapun menganggapnya sebagai pengakuan 'tidak bersalah' dan memohon Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan ikatjamin sebanyak RM10,000.
Peguam J Chandra pula berhujah meminta supaya jumlah ikatjamin itu dikurangkan kepada RM5,000 tetapi Raja Petra tidak bersetuju.

Beliau kemudiannya cuba memecat peguamnya sendiri supaya beliau dapat berhujah mewakili dirinya sendiri di mahkamah.

Chandra kemudiannya meminta sidang mahkamah ditangguhkan supaya beliau dapat berbincang dengan pelanggannya itu.

Selepas 15 minit, mahkamah kemudiannya disambung semula di mana peguam Raja Petra berhujah memohon mahkamah membenarkan beliau diikatjamin diri sendiri.
Bagaimanapun, pihak pendakwaraya membantah dan mahkamah akhirnya memutuskan supaya Raja Petra dibenar ikatjamin sebanyak RM2,000.

Pada mulanya, Raja Petra enggan membayar ikatjamin tersebut sehingga isterinya Marina Lee Abdullah terpaksa memujuk beliau selama kira-kira 10 minit.

Hanya selepas itu, barulah Raja Petra bersetuju beliau diikatjamin.

Dua bulan lalu, apabila Raja Petra didakwa dengan tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderres to hell' dalam lamanwebnya Malaysia Today, dia enggan diikat jamin.Dia bagaimanapun bersetuju diikat jamin tiga hari kemudiannya setelah bermalam di Penjara Sungai Buloh.

Pada 18 Jun lalu, Raja Petra membuat akuan berkanun yang mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut seksyen 500 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, sesiapa yang memfitnah orang lain, boleh dihukum penjara bagi tempoh yang boleh melebihi dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, Raja Petra tiba di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur dengan ditemani oleh isterinya dan dua orang peguam.

Raja Petra dan peguamnya masuk ke IPK Kuala Lumpur pada jam 10 pagi di mana beliau ditahan dan dibawa ke mahkamah.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra turut menamakan dua orang lagi - pemangku Kolonel Aziz Buyong, yang disifatkan sebagai 'pakar C4' dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Norhayati (Hassan), yang dikatakan pegawai pengiring Rosmah.
Beliau mendakwa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.Rosmah telah menafikan dakwaan tersebut. Manakala pada 27 Jun lalu, Lt Kol. Aziz dan isterinya Norhayati Hassan dilaporkan menuntut Raja Petra membayar RM1 juta kerana menfitnah mereka dan juga menarik balik akuan itu dari blognya.


SHABERY MESTI LETAK JAWATAN SERTA MERTA


Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mesti meletakkan jawatannya serta merta bagi menunaikan janjinya untuk berbuat demikian jika beliau gagal dalam debatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai.

Anwar mengemukakan fakta yang jelas bahawa penurunan harga minyak sebanyak 50 sen hanya memerlukan belanja sebanyak RM5 bilion sahaja dan ini boleh diambil dari wang sumbangan Petronas kepada kerajaan sebanyak RM1bilion; langkah berjimat cermat dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dalam projek-projek kerajaan dan dari sumber lain. cadangan Anwar ini diperkukuhkan lagi dengan kadar keuntungan Petronas yang terus meningkat di mana keuntungan Petronas untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2008 menunjukkan Petronas memperolehi sebanyak RM61 bilion.

"Mengapa kerajaan begitu senang membantu syarikat-syarikat asing dengan menggunakan istilah insentif, mengapa kerajaan begitu mudah membantu syarikat-syarikat tempatan yang 'sakit' dengan istilah 'bail out' , jumlah insentif dan 'bail out' ini adalah berbilion-bilion ringgit, tetapi pada masa sama begitu payah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan harga minyak. Malah istilah subsidi yang digunakan untuk mengurangkan harga minyak cukup negatif dan saya tidak bersetuju dengan istilah ini" soal Anwar dan ianya gagal di jawab oleh Shabery dengan meyakinkan.
Selain itu Shabery juga gagal memberikan fakta yang meyakinkan malah soalan dari wakil Anwar iaitu Zulkifli Sulong yang bertanyakan kemana perginya wang yang diambil dari pengurangan subsidi minyak sebelum ini, juga gagal di jawab oleh Shabery. Sebaliknya beliau banyak bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan dengan soalan.

Malah tinjauan selama 12 jam Portal Media Internet, Malaysiakini yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan selesai mendapati daripada 18,684 pembaca yang menyertai tinjauan pendapat tersebut, 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan. Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Maka tidak syak lagi Shabery jelas gagal dalam misinya untuk menerangkan rasional kenaikan harga minyak dan beliau semesti meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan serta merta. Jangan berdalih lagi atau jangan memberikan alasan bahawa kedudukannya hanya ditentukan oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan semalam ketika ditemubual oleh media. Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka


ANWAR DIBEBASKAN 9.45 PAGI TADI


Blog mutaligat (http://mutaligat.blogspot.com) melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pada jam 9.45 pagi tadi dengan jaminan Polis. Anwar dilihat meninggalkan IPK KL bersama keluarga beliau dan menuju pulang ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Sankara ketika ditemui diluar Pejabat IPK Kuala Lumpur tempat di mana Anwar ditahan semalam memberitahu bahawa beliau bercakap dengan pegawai yang mengendalikan kes ini di mana pegawai tersebut membeeritahu bahawa Anwar akan dibebaskan hari ini jam 1 petang.

"Saya menerima panggilan dari salah seorang dari Pegawai Penyiasat dan mereka bersetuju untuk Anwar dijamin" kata Sankara yang tiba di IPK KL jam 9 pagi tadi.

Anwar dijadualkan memberikan kenyataan akhbar jam 2 petang ini. Anwar tidak didakwa tetapi mesti melaporkan diri semula kepada Polis pada 18 Ogos nanti.

Awal pagi ini, Peguamnya Sankara Nair memberitahu diluar IPK KL, bahawa Anwar akan dibebaskan pada jam 1 petang ini.

Anwar ditahan jam 12.55 tengahari semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Ibupejabat BPR kerana memberi keterangan tentang dakwaan beliau terhadap Musa Hassan dan Gani Patail.


Wednesday, 16 July 2008

ANWAR DITAHAN


Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan diluar rumahnya pada jam 12.55 tengahari sebentar tadi.

Laporan Penuh oleh Malaysiakini

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu. Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang.

Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut.

Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggalkan bangunan tersebut. Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut".

Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar.Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah."

Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.

(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam)


DEBAT ANWAR-SHABERY : MINYAK DAN SHABERY PATUT TURUN


MINYAK DAN SHABERY PATUT TURUN !!

Rakyat Malaysia telah melihat perdebatan harga minyak malam tadi. Siapapun tak boleh menafikan bahawa DSAI bukan lawan Menteri Penerangan. Beberapa perkara yang menjadi persoalan saya dengan debat ini.

Datuk Shabery Chik seperti pihak yang mewakili parti Melayu S46 bukan mewakili Kerajaan. Shabery sepatutnya menguasai data, kerana segala data peningkatan kos yang dibelanjakan, kemana akan disalurkan dari penjimatan, lansung tidak disentuh secara khusus oleh Shabery dalam debat tersebut.

DSAI secara jelas memberikan formula penurunan harga minyak sebanyak 50 sen dengan perbelanjaan sebanyak 5 bilion, beliau turut mengemukakan bagaimana 5 bilion itu boleh didapati hasil dari penjimatan. Beliau juga menghuraikan satu persatu kaedah penjimatan itu, melalui IPP, kawalan kebocoran dan ketirisan dan hanya 1 bilion dari dividen yang diberikan Petronas.

Debat ini juga mengambarkan bahawa kerajaan tidak punya wakil untuk membicarakan isu minyak sedangkan menteri yang berkaitan khusus adalah menteri kewangan atau menteri pengguna (KPDNHEP), yang pasti Paklah, Nor Mohamad Yakob dan Shahril Samad adalah mereka yang GAGAP dalam isu minyak.

Yang menjadi persoalan kenapa Shabery Chik tidak lansung menyentuh insentif yang diberikan Kerajaan kepada pengguna kenderaan melalui bayaran tunai dipejabat POS. Berapa jumlah dan keseluruhan yang dibelanjakan untuk rakyat. Saya jangkakan bahawa Menteri Penerangan telah diingatkan agar jangan menyentuh isu insentif ini kerana ia akan membuka ruang untuk DSAI untuk mengaitkan POS dengan Khazanah Nasional dan ECM Libra….

Kesilapan besar Shabery apabila beliau menyatakan bahawa Petronas berjaya sehingga hari ini adalah kerana UMNO dan BN sedangkan beliau lupa bahawa entiti perniagaan itu berjaya kerana ketelusan dan pengurusan yang cekap. Bayangkan kalau budaya UMNO meresap dalam Petronas…Lingkup…

Yang terakhir saya lihat, Menteri Penerangan mengungkapkan kejayaan Petronas kerana usaha yang dibuat oleh Tun Razak dan Dr Mahathir, Menteri Penerangan lupa bahawa dia sedang menggali kubur sendiri, Khairy dan Kamaludin pantang dengar ayat ini.

Adly Zahari
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka


PROJEK MANGGA KERAJAAN NEGERI HANYA MELEPASKAN BATUK DITANGGA


Lebih Sedekad Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan tanaman pokok mangga yang dikenali Melaka Delite. Hari ini kita lihat banyak sawah terbiar telah ditukar statusnya menjadi ladang mangga. Persoalannya adakah projek yang diusahakan ini benar-benar menjadi sumber pendapatan atau ianya sekadar projek bagi melepaskan batuk ditangga.

Kebanyakan pengusaha Mangga Melaka Delite telah diberikan benih pada kadar RM1.00 setiap pokok, kayu pagar percuma, baja percuma. Agihan yang dibuat oleh Jabatan Pertaniaan Negeri adalah melalui JKKK. Kebiasaannya, sekiranya terdapat projek ini disesebuah kampung maka mudah dikenalpasti rumah JKKK, rumah yang bertimbun baja dihalamannya.

Hari ini kita dapat melihat bagaimana banyak sawah terbiar telah menjadi kawasan tanaman mangga terbiar, tiada bezanya. Kerajaan negeri sering menjadikan projek di Kampung Gelam sebagai model tapi bagaimana projek yang diusahakan ditempat-tempat lain.

Bagi mereka yang punya pengalaman mengusahakan projek magga ini faktor-faktor berikut sering menghantui pekebun ;

Pohon mangga yang mudah rosak

Kadar bunga menjadi putik adalah rendah, sering dipengaruhi faktor cuaca.

Buah yang dihasilkan bersaiz kecil

Rasa yang masam

Buah mudah busuk (tempoh masak yang singkat) menyebabkan ia sukar dijual/dieksport.

Yang menjadi persoalan, Ketua Menteri kerap keluar negara diatas nama Bioteknologi (Seminar atau lawatan sambil belajar) tetapi masih gagal memanfaatkan pengetahuan Bioteknologi pada projek diatas. Sepatutnya untuk tempoh 10 tahun keraaan negeri telah memperkenalkan benih Melaka Delite generasi kedua atau ketiga yang sifatnya seperti berikut ;

Pokok mempunyai imunisasi yang tinggi, tahan dari ancaman serangga perosak, penggunaan racun pada kadar yang minima.

Kadar bunga menjadi putik lebih tinggi.

Saiz buah yang lebih besar

Rasa yang manis

Tempoh masak yang lama bagi tujuan pemasaran/eksport.

5. Kesan kegagalan ini dapat kita lihat bila harga pasaran mangga Melaka Delite adalah serendah RM2.50 sekilogram. Bagaimana dengan harga serendah ini ianya boleh memberi pendapatan kepada masyarakat kampung yang mengusahakan secara kecil-kecilan. Jalan mudah bagi pekebun adalah menjadikan mangga ini sebagai jeruk.

Persoalannya adakah sesuai Melaka Delite dijadikan Jeruk ? Komersial kah ia untuk 10 tahun akan datang ? Berapa banyakkah insentif yang dihabiskan berbanding dengan hasil yang dipungut ?.

Adly Zahari
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka


KOMEN TENTANG DEBAT ANWAR-SHABERY


"Orang kata jangan teruskan, dia teruskan juga degil, akhirnya soalan tak dijawab,nampak keburukan dan kelemahan sendiri" sms dari 019681XXXX

"Menteri Penerangan Bangang, Serang Peribadi,tak jawab soalan dan pertahan kerajaan " dari 013452XXXX

"Tahniah Anwar, sangat cool, karismatik dan berjaya KO kan seorang menteri" dari 019552XXXX

"Satu budaya yang baik yang patut diteruskan, rakyat akan dapat menilai hujah siapa yang logik dan betul" dari 019-981XXXX

"Anwar relaks je, Shabery hentam peribadi, tak jawab soalan, lepas Shabery kena letak jawatan" dari 013667XXXX


ANWAR BERI KETERANGAN DI BPR


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pada jam 10.05 pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail.

Anwar tiba dengan ditemani oleh dua peguamnnya, Sivarasa dan Sankaran Nair.

Sebelum ini, Anwar yang juga ketua umum PKR membuat laporan polis terhadap Musa dan Abdul Gani yang didakwanya mereka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.Pada masa itu, Musa adalah pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya kes terhadap Anwar.Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1999, beliau dibawa ke ibupejabat di Bukit Aman di mana mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta doktor lain, Dr Abdul Rahman Yusof, mereka laporan perubatan kedua.Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.

Musa dan Gani telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan Anwar pada 11 Julai lalu.

Musa memberi keterangan lebih empat jam, manakala Gani pula memberi keterangan selama kira-kira 40 minit.

Malaysiakini


NAIKKAN ELAUN GURU JAIM - KINTAN


Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menaikkan elaun guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA Jaim) kerana tangga gaji sekarang sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Kerajaan negeri hendaklah lebih prihatin dan memberikan pembelaan yang sewajarnya ke atas nasib mereka berikutan peningkatan kos hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.Menurut laporan media baru-baru ini seramai 150 guru besar hanya menerima skim gaji S11 yang berjumlah di antara RM800 hingga RM1,500 bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan mereka mencadangkan supaya dinaikkan ke skim S17 bagi menikmati kenaikan RM300.

Ada diantara mereka yang sudah mengajar sejak 10 tahun lalu dan skim gaji S11 yang mereka terima sekarang tidak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Ini merupakan suatu pengkhianatan kepada guru-guru terbabit sedangkan guru-guru yang mengajar di sekolah biasa di bawah Kementerian Pelajaran setiap tahun mendapat kenaikan gaji malah tahun lepas mereka menerima pelarasan gaji yang sangat besar sehingga ada yang menerima kenaikan 25 %.

Saya mengharapkan kerajaan bersedia membantu guru-guru agama ini kerana peranan mereka sangat besar dalam mendidik anak-anak kita dengan pelajaran agama yang sangat penting yang dapat menjadi benteng diri daripada maksiat. Sudah sampai masanya kerajaan menyamaratakan guru-guru agama ini dengan kakitangan kerajaan negeri yang lain yang sering menikmati kenaikan gaji dan insetif lain.

Saya juga menyokong saranan Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek baru-baru ini yang menggesa kerajaan negeri memulangkan kembali elaun KAFA sebanyak Rm280 yang ditarik dahulu bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh para guru. Malah bukan sahaja jumlah yang ditarik perlu dikembalikan bahkan jumlah itu mesti dinaikkan.

Hajjah Kintan Man
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka


Tuesday, 15 July 2008

BERANIKAH MUHYIDDIN TENTANG NAJIB?


Ada beranika? Itu persoalan yang ingin kita tanyakan kepada Muhyiddin samada beliau berani atau tidak menentang Najib untuk jawatan Timbalan Presiden. Atau mungkin beliau melangkah lebih jauh menentang Pak Lah.
Hari ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.Beliau berkata, Najib tidak akan dapat menjadi perdana menteri kerana beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak ada pendirian tetap.

Najib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.

Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang.

"Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dngan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,"katanya.

"Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini.

"Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno.

Perlu pencalonan"Jika Tan Sri Muhyiddin melawan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddn akan menang, Najib akan kalah...," tambahnya.Sehubungan itu, katanya, jika muhuiddin menang timbalan presiden Umno, beliau sepatutnya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.Katanya, semasa Tun Musa Hitam meletak jawatan, beliau memberi jawatan timbalan perdana menteri kepada Tun ghafar Baba, setelah beliau menang dalam pertandingan umno.

Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan.

Usul tidak percaya

Pada 10 Julai lalu,Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.
Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat.
"(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka.
Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya.

"Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India," kata Dr Mahathir.
Sumber : Malaysiakini


CERAMAH YB SALAHUDDIN MALAM INI


Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub akan berceramah di Markaz PAS Bukit Lintang malam ini bermula jam 9.00 malam.

Ceramah ini dijangka amat menarik kerana banyak isu-isu nasional yang berlaku sehari dua ini yang sudah tentu akan dikupas dengan hebat oleh YB Salahudin.

Diharapkan Tuan-Tuan dan Puan-puan dapat menyebarkan maklumat ini kepada seluruh kawan-kawan dan jiran-jiran.


Monday, 14 July 2008

Anwar enggan temui polis 2 petang


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu.Dalam satu kenyataan hari ini, peguamnya Sankara Nair berkata keputusan terbaru penasihat PKR itu diambil kerana polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya semalam walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela.

"Gangguan" polis itu - setakat ini belum jelas jenis gangguan yang didakwa Anwar - sewaktu pihak berwajib cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah."Tindakan (polis) ini sama sekali tidak diperlukan memandangkan kami telah menyatakan dalam persetujuan awal bahawa anak guam kami akan hadir di IPK Kuala Lumpur jam 2 petang hari ini," kata Sankara, dalam satu kenyataan ringkas pagi ini.

"Anak guam kami membantah tindakan tidak wajar polis itu dan telah mengirim surat menyatakan bantahan itu kepada polis semalam jam 5 petang." Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan dalam satu laporan polis yang dibuat pemuda itu pada 28 Jun.

Malaysiakini


Sunday, 13 July 2008

PEMUDA UMNO MASUK PKR ANDA BILA LAGI?


Naib ketua Pemuda Umno cawangan Taman Widuri Indah, S Musliadi Sabtu berkata, beliau menyertai PKR malam tadi kerana yakin dengan perjuangan parti itu untuk menegakkan keadilan."Dalam Umno saya tidak boleh bercakap mengenai kebenaran. Saya masuk PKR kerana hendak memberi kesedaran kepada Umno."Saya masuk bukan kerana desakan sesiapa tetapi atas keyakinan sendiri terhadap PKR," kata Musliadi ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau telah menyerah borang keahlian PKR kepada Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain Abbas dalam satu majlis ceramah di Ampangan, Seremban malam tadi.Di majlis tersebut juga, katanya, beliau telah menanggal dan membuang baju Pemuda Umno dan memakai baju PKR.Tindakan Musliadi membuang baju Pemuda Umno itu disambut dengan sorakan gemuruh para hadirin yang dianggarkan seramai 9,000 orang.

Mengulas lanjut mengenainya, Musliadi berkata: "Saya tidak gila kuasa tetapi saya masuk PKR kerana keyakinan saya terhadap parti itu." Minggu lalu, Musliadi mengadakan sidang akhbar bersama dengan Norazizi A Aziz dari PKR di sebuah restoran kerana menganggap tuduhan terbaru liwat terhadap Anwar Ibrahim sebagai "konspirasi politik" terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.Bersama lebih 10 penyokongnya, Musliadi mendakwa penyokong-penyokong partinya di peringkat akar umbi menolak tuduhan terhadap ketua umum PKR itu.

"Sebenarnya bukan saya seorang yang menolak isu ini tetapi ramai lagi yang tidak percaya dengan berita itu (laporan polis Anwar meliwat).

"Tetapi saya faham, mereka masih terikat dan rasa takut (serta) demi menjaga kelangsungan politik Umno.""Saya hadir hari ini bukan untuk menyertai PKR mahupun menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi ada banyak isu lain yang sepatutnya diberi keutamaan (oleh Umno)," katanya semalam, mengulangi pendiriannya dalam sidang akhbar di Senawang minggu lalu.

Malaysiakini


Friday, 11 July 2008

TUKAR KERAJAAN UNTUK SELAMATKAN BUMIPUTERA DAN RAKYAT MALAYSIA


Kenyataan akhbar Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka.

Saya sangat kesal kerana kerajaan BN yang memerintah Malaysia lebih 50 tahun gagal menjaga dan menjamin kedaulatan bumiputera apabila kaum bumiputera terus tertinggal ke belakang dari segi kemiskinan, pendapatan isi rumah, ekuiti dan hak milik aset. Fakta ini dinyatakan oleh Perdana Menteri sewaktu membentangkan kajian separuh penggal (KSP) RMK9 baru-baru ini. Dari segi Kadar Kemiskinan pada tahun 2007 seramai 5.1 % bumiputera miskin berbanding Cina 0.6% dan India 2.5%.

Pendapatan Bulanan Isi Rumah tahun 2007 bumiputera ialah RM3,156 berbanding Cina RM4,853 dan India RM3,799

Manakala untuk Ekuiti pula pemilikan ekuiti bumiputera jauh terkebelakang iaitu 19.4 % berbanding kaum Cina 42.4% dan kaum India = 1.1%.

Untuk Hak Milik Aset tahun 2007 menyaksikan fakta berikut :-Bangunan: Bumi = 15.7%, Cina = 75.7%, India = 4.3%Premis industri: Bumi = 3.5%, Cina = 87.2%, India = 1.5%Hotel: Bumi = 20.8%, Cina = 54%, India = 2.7%

Dari fakta di atas jelas sekali bahawa kaum bumiputera jauh ketinggalan dari semua segi walaupun mereka merupakan penduduk asal negara ini.

Saya berpendapat kaum bumiputera tertinggal ke belakang kerana beberapa sebab :-

1) Ianya terjadi kerana kelemahan kerajaan BN memerintah Malaysia sehingga menyebabkan Bumiputera semakin terpinggir. Peluang-peluang perniagaan untuk bumiputera dibolot oleh segelintir sahaja iaitu kroni-kroni pemimpin yang menyebabkan peniaga-peniaga bumiputera yang berdaya maju tetapi bukan kroni pemimpin diketepikan. Akhirnya kekayaan hanya dimonopoli oleh segelintir bumiputera yang rapat dengan Umno dan BN. Bumiputera yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin miskin disebabkan peluang-peluang perniagaan dan kontrak di bolot oleh kroni-kroni sahaja. Ini menyebabkan bilangan bumiputera yang kaya sangat sedikit berbanding yang miskin. Ini menyebabkan pendapatan isi rumah bumiputera menjadi rendah kerana ramai di kalangan mereka miskin berpendapatan rendah.

2) Oleh kerana banyak peluang perniagaan dan kontrak-kontrak diberikan kepada kroni-kroni secara tidak telus maka ada kroni-kroni yang langsung tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang diberikan kontrak tertentu. Akhirnya mereka ini menjual kontrak atau perniagaan tersebut kepada bangsa lain yang menyebabkan peluang peniaga atau kontraktor bumiputera lain tertutup walaupun mereka ini mahir dan berkemampuan. Peraturan yang membenarkan sistem Ali Baba ini sebenarnya menyebabkan ekuiti bumiputera semakin menipis dan sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai 30 % ekuiti bumiputera hanya tinggal angan-angan kosong.

3) Rasuah juga menjadi barah kepada masalah bumiputera diatas. Peluang-peluang perniagaan dan kontrak-kontrak adakalanya diberikan kepada orang lain disebabkan berlaku rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Ini terbukti apabila Indeks Rasuah 2007 yang baru dikeluarkan oleh Transparency International, menunjukkan Malaysia berada dikedudukan ke-43 daripada 180 negeri yang disenaraikan.


Segala permasalahan di atas tidak akan dapat diatasi sekiranya pemimpin yang ada dan sistem pemerintahan negara tidak dirombak dan ditukar dengan secepat mungkin. Pemerintahan BN yang sudah menjangkau lebih 50 tahun sebenarnya telah punah dan rosak teruk disebabkan pemimpin-pemimpin mereka yang jelas tidak berintegriti dan tidak berupaya untuk membersihkan gejala-gejala negatif di atas.


Hanya dengan menukar pemerintahan sahaja bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya akan selamat dan sejahtera. Selagi kerajaan BN dikekalkan maka selagi itulah bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya tidak akan mendapat pemerintah yang adil dan mengutamakan kebajikan rakyat.


Khirul Che Salleh

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka


Thursday, 10 July 2008

ALI RUSTAM CUBA NAK BELIT RAKYAT


Ketua Menteri di dalam blognya semalam dan disiarkan dalam akhbar harian hari ini cuba mengelirukan rakyat khasnya rakyat Melaka.

Dalam kenyataanya itu beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan Perak meniru Melaka dengan memberikan air percuma dan bantuan kepada pelajar yang berjaya memasuki IPTA.

Kita hairan bagaimana tiba-tiba sahaja Ali Rustam mendakwa memberikan air percuma sedangkan sebelum ini tidak pernah beliau bercakap pasal air percuma. Jangan cuba hendak membelitkan rakyatla Datuk Seri. Ini bukan tahun 60-an atau 70-an lagi. Bangun Datuk Seri jangan tidur lagi.

Beliau juga mendakwa melaka memberikan bantuan kepada pelajar yang berjaya masuk ke IPT. Tetapi jumlah maksima hanyalah RM400. Bantuan RM1,000 pula hanya diberikan dalam bentuk pinjaman dari Tabung Pendidikan Melaka (TAPEM).

Datuk Seri, kita nak bagi tau Selangor dan Perak memberikan bantuan kepada pelajar yang berjaya masuk IPT RM1,000 bukan RM400 sahaja. Malah wang RM1,000 tu bukannya PINJAMAN macam yang Melaka berikan.

Come On Datuk Seri bercakaplah secara jujur dan berfakta. Takut nanti RAKYAT AKAN TERTAWAKAN DATUK SERI. INIKAH 'STANDARD' NAIB PRESIDEN UMNO MACAM 'STANDARD' JKKK DAN GURU KEMAS.


SERU ORANG RAMAI BANTU MUSTAFA


Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan PAS Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh menyeru orang ramai menghulurkan derma kepada Mustafa Maiduni, bapa yang memerlukan wang untuk mengambil dua orang anaknya di Indonesia.

"Diharapkan rakyat Malaysia yang prihatin sudi kiranya menghulurkan derma ikhlas kepada beliau kerana sememangnya beliau sekeluarga amat tertekan dengan masalah kedua-dua anaknya".

"Bapa mana yang tidak sayangkan anaknya, apatah lagi mendengar keadaan anak yang tidak terurus dan tidak menentu. Saya sendiri bertemu dan bertanya khabar Mustafa, saya sangat simpati kepada beliau" kata Khirul yang melawat Mustafa di Kampung Bukit Pulau malam Selasa lalu.

Menurut Khirul pihaknya juga mengharapkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dapat membantu Mustafa untuk menyelesaikan masalahnya. Antara masalahnya ialah memerlukan wang untuk tambang mengambil anaknya; membuat Kartu Tanda Pengenalan (KTP) kedua-dua anaknya; mendaftar perkahwinan beliau di Malaysia; mendaftarkan kedua-dua anaknya di Malaysia dan lain-lain.

"Beliau memerlukan kira-kira RM7,000 untuk menyelesaikan semua masalahnya, selain itu beliau juga mengharapkan MAIM dapat membantunya dari segi urusan pendaftaran dan sebagainya" ujar Khirul yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri.
Melaka.

Sebelum ini blog http://mutaligat.blogspot.com/ mendedahkan masalah Mustafa ini setelah Mustafa mengadu kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka untuk mendapatkan bantuan. Masalah beliau ini juga disiarkan di dalam sebuah akhbar harian hari ini.


Wednesday, 9 July 2008

ISU BAPA MINTA BANTUAN : MAIM JANJI AKAN BANTU


Saudara Mustafa Maiduni baru sahaja selesai mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Majlis Agama Islam (MAIM), Ustaz Abdul Halim Tawil di Pejabat MAIM sebentar tadi. Mustafa ketika dihubungi oleh blog ini melahirkan rasa syukur kerana pihak MAIM berjanji untuk membantu beliau.

Dalam pertemuan tersebut semua butiran mengenai Mustafa, isteri dan anak-anaknya telah diambil oleh pihak MAIM untuk tindakan selanjutnya. Tahniah diucapkan kepada Mustafa di atas kesudian MAIM membantu beliau.

Esok pihak MAIM meminta Mustafa membawa isterinya, Erwina Md Nor, 33 ke Pejabat MAIM untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan mereka berdua.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada PAS kerana sudi membantu beliau menyelesaikan perkara ini walaupun beliau merupakan ahli Umno dan pengundi setia BN sejak dahulu lagi.

Sementata itu Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Ustaz Khirul Che Salleh hairan mengapa MAIM tidak menyelesaikan perkara dari awal lagi iaitu ketika Mustafa mengadu kepada MAIM beberapa bulan lalu.

"Kini selepas kita 'GEGAU' baru mereka nak bertindak dan membantu Mustafa" tegas Khirul yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Syariah.

Saya doakan hasrat Saudara Mustafa untuk membawa balik kedua-dua anaknya termakbul secepat mungkin. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Halim Tawil di atas kerjasama beliau. Moga-moga bantuan MAIM ini akan dapat menyelesaikan semua masalah Saudara Mustafa.


PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DAN PUSAT ADUAN PAS



Semabok : Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan untuk semua rakyat Melaka dan sesiapa sahaja tidak mengira agama, bangsa, keturunan, ideologi politik dan warna kulit.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh berkata Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan PAS ini bersedia untuk menerima apa juga aduan, masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat."Insya Allah kami akan sedaya upaya membantu tuan-tuan dan puan-puan menyelesaikan apa juga masalah".

"Ada banyak cara untuk kita membantu orang dalam kesusahan antaranya khidmat nasihat, kaunseling, bantuan kewangan, tenaga dan sebagainya" kata Khirul yang bertugas penyelaraskan Pusat Khidmat ini.Pusat Khidmat ini beroperasi pada waktu pejabat di Pejabat Lajnah Penerangan PAS Negeri di Bangunan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini.
Menurutnya setakat beberapa kes sedang dikendalikan oleh pusat ini.

Sekiranya tuan-tuan ingin membuat aduan sila telefon talian kami di 06-284 1780 fax : 06-282 7205 atau emailkan ke penjana@gmail.com atau ibnuj@yahoo.com

Tuan-tuan dan Puan-puan juga menghantar pesanan di ruangan sembang bermanfaat/info blog http://mutaligat.blogspot.com/ atau http://pasmelaka.blogspot.com/


BAPA MOHON BANTUAN AMBIL ANAK DI INDONESIA


Bukit Pulau : Seorang bapa, Mustafa Bin Maiduni, 42 amat memerlukan bantuan orang ramai untuk membawa pulang 2 orang anaknya yang tinggal di Indonesia.

Menurutnya, anaknya itu telah ditinggalkan bersama Ibu Mertuanya di Indonesia selama lebih 4 tahun lalu. Kedua-dua anaknya Mohd Ridzuan Mustafa, 6 tahun dan Ferry Aditya Mustafa, 4 tahun kini tinggal dengan neneknya di Tangjung Pura, Langkat, Medan, Indonesia. Kedua-dua mereka sekarang berada dalam keadaan susah disebabkan nenek mereka tidak mempunyai pendapatan tetap selepas kematian suami dan anaknya beberapa tahun lalu.

Anak pertamanya Mohd Ridzuan lahir di Melaka manakala anak keduanya Ferry Aditya lahir di Medan. Selain dari kedua-dua anaknya ini, beliau mempunyai seorang lagi anak dengan isterinya sekarang dan 6 orang anak dengan isteri pertama yang telah diceraikan oleh beliau.

Mustafa yang bekerja sendiri sangat bimbang dengan keadaan anaknya kerana menurut maklumat yang beliau perolehi, anaknya berada di dalam keadaan tertekan dan tidak menentu.
"Anak saya terutama yang tua seringkali berkurung di dalam bilik dan tiap-tiap beliau akan menunggu saya datang bersama adiknya berhampiran jalan di rumah mertua saya".


"Bila tanya siapa yang beliau tunggu, anak saya menjawab tunggu ayah, setiap kali kereta berhenti di jalan tersebut beliau akan memberitahu orangramai bahawa ayahnya sudah sampai",kata Mustafa dengan sayu.

Mustafa memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM7,000 untuk tambang pergi balik beliau dan isterinya mengambil anak-anaknya. Selain itu wang itu juga diperlukan untuk mendapatkan Kartu Tanda Pengenalan (KTP) Indonesia untuk kedua-dua anaknya yang sehingga kini tidak mempunyai apa-apa sijil kelahiran akibat kesempitan hidup.
Selain itu juga beliau terpaksa membayar bil tunggakan hospital anak pertamanya di sebuah hospital swasta di Melaka bagi membolehkan anak pertama yang lahir di sini didaftarkan. Sehingga kini pihak hospital tidak mengeluarkan surat akuan kelahiran anaknya itu kerana beliau gagal membayar bayaran sebanyak RM2,000 kepada hospital tersebut. Bayaran itu dikenakan kerana isterinya terpaksa menjalani pembedahan semasa bersalin.
Menurutnya sebelum ini beliau telah bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi memohon bantuan, namun Mohd Ali meminta beliau berusaha sendiri mengumpulkan wang sebanyak RM7,000 tersebut.

Beliau juga pernah berjumpa dengan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) iaitu Ustaz Abdul Halim Tawil bagi memohon bantuan namun hanya RM700 sahaja yang diluluskan kepada beliau melalui agensi di bawah MAIM.

Menurutnya wang RM700 tersebut tidak cukup untuk urusan tambang pergi balik dan perbelanjaan memohon KTP serta urusan-urusan lain.

"Saya telah berusaha sedaya upaya berjumpa dengan Ketua Menteri dan MAIM tetapi saya kecewa kerana mereka tidak dapat membantu saya sepenuhnya".

"Saya tiada kerja tetap dan tidak mampu untuk menyimpan sebanyak itu, kalau saya mampu tidak perlulah saya berjumpa mereka" ujar Mustafa kecewa.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khirul Che Salleh dalam kenyataannya kecewa dengan tindakan Ketua Menteri dan MAIM yang tidak dapat membantu Mustafa.

Menurut beliau, Mustafa berhak untuk mendapat bantuan samada dari kerajaan negeri atau MAIM bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

"Saya mencadangkan pihak kerajaan Negeri dan MAIM dapat mempertimbangkan permohonan Mustafa, wang zakat atau Baitul Mal boleh diberikan kepada beliau".

"Kalau tak mahu bagi wang zakat dan Baitul Mal pun sekurang-kurangnya mereka boleh melancarkan tabung untuk membantu Mustafa" kata Khirul.

Mustafa Bin Maiduni yang memegang Kad Pengenalan bernombor 660609-05-5073 sangat mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengambil anaknya di Indonesia dan menyelesaikan semua masalah perdaftaran kelahiran anaknya di sana.

Beliau memohon sudi kiranya para pembaca menghulurkan derma untuknya dengan menghubungi talian 016-6537473 atau talian 017-9002958 (Ustaz Khirul Che Salleh) atau 06-2841780 (Pejabat Perhubungan PAS Negeri).

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau boleh juga datang sendiri ke rumahnya di alamat Bt 3 1/2, Kampung Bukit Pulau, 75150 Bukit Baru Melaka.

Gambar atas : Saya sedang mengambil keterangan dari Mustafa
Gambar bawah : Saya bersama Mustafa dan Aktivis PAS Kampung Bukit Pulau Md Zin AFP Mangkuta


SIAPA TIRU SIAPA?


YAB Ketua Menteri nampaknya memberikan 'response' yang baik kepada tulisan saya dalam blog saya.

Hari ini YAB membuat 'posting' di dalam blognya bertajuk SELANGOR DAN PERAK MENIRU CARA KERAJAAN BN. Tak apalah siapa tiru siapa yang penting rakyat dapat pembelaan.

YAB menyiarkan di dalam blognya bahawa pemberian air percuma dan bantuan pelajar miskin telah pun dibuat di banyak negeri di bawah Barisan Nasional (BN) termasuk Melaka. Di Melaka semua keluarga miskin diberi bantuan wang tunai bulanan daripada RM 190 hingga RM 430 termasuk bil air dan letrik. Komen saya : Sebelum ini tidak pernah pula kita dengar kerajaan Melaka beri bantuan untuk bil elektrik dan air tetapi bila Selangor dan Perak beri air percuma cepat-cepat pula tajuk bantuan ditukar.
Manakala pelajar yang masuk universiti dibantu RM 400 untuk Ijazah, RM 300 untuk Diploma dan RM 200 untuk sijil. Setiap pelajar boleh pinjam RM 1000 bagi permulaan masuk universiti. Semua anak Melaka boleh meminjam Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) untuk belajar di universiti dalam Negara. Komen Saya : Selangor dan Perak bagi RM1,000 Dato' Seri bukan RM200 - RM400. Mana banyak RM1,000 dan RM400 Dato' Seri? Lepas tu, Perak dan Selangor bagi terus duit tu bukan PINJAMAN macam Melaka buat ni. Mana bagus Dato' Seri kerajaan Pakatan Rakyat atau Kerajaan BN Melaka.

TENTANG SKIM TAKAFUL ARMALAH DAN KIFAALAH MACAM KELANTAN TU BILA DATO' SERI NAK BUAT DI MELAKA. TAKKAN YANG TU PUN KELANTAN TIRU MELAKA KOT?

Jadi saya harap Dato' Seri dapat tiru kerajaan Perak dan Selangor untuk kesejahteraan rakyat. YANG PENTING RAKYAT TERBELA


Tuesday, 8 July 2008

SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOGGER KEPADA TPJ 1 MELAKA ADLY ZAHARI


Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari minggu lepas melancarkan Blog personalnya untuk ditatapi oleh sekelian pencinta blog dan web.

Dalam posting pertamanya berjudul Salam Ukhwah dan salam perjuangan beliau menyatakan bahawa tujuan beliau 'blogging ' adalah untuk bersama menitipkan kalam perjuangan bersama bloggers-bloggers yang telah berjaya memberi maklumat yang terkini , betul dan pantas lantas memintas maklumat dari laskar-laskar upahan yang berjuang membela pemimpin yang korup dari sebuah kerajaan yang kini sudah tidak lagi relevan dan nyanyuk.

Menurutnya lagi, InsyaAllah melalui medium yang tidak punyai sempadan ini maka saya akan berusaha membawa pelbagai pandangan serta catatan kembara insan kerdil ini dalam arus politik perdana.

Hari ini beliau memulakan pandangan beliau tentang Demo Protes Ahad lepas dengan tajuknya 'PROTES kepada Protes'.

Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat beliau dengan melayari blog beliau di http://adlyzahari.blogspot.com.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59