Monday, 30 June 2008

TINDAKAN KE ATAS ANWAR : PERANCANGAN UNTUK ISYTIHAR DARURAT?


Ada pihak berpendapat dakwaan bahawa Anwar telah meliwat Saiful Bukhari seperti laporannya adalah perancangan rapi golongan tertentu untuk meniupkan api kemarahan rakyat terutama penyokong pembangkang.
Ianya mungkin merupakan tindakan provokasi mereka supaya rakyat bangkit berdemonstrasi di jalan-jalan raya seperti yang pernah dilakukan di zaman reformasi tahun 1998 dahulu. Jika keadaan ini berlaku sekali lagi sudah tentu ada pihak-pihak yang akan membuat provokasi supaya rakyat yang berdemo bertindak lebih ganas.
Jadi sudah tindakan ganas ini akan menyebabkan negara tidak tenteram dan kacau bilau. Dalam keadaan ini mungkin juga pihak kerajaan BN yang sedang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akan mengisytiharkan darurat.
Inilah antara teori popular yang menjadi buah mulut orang ramai sekarang.Namun apa yang pasti pihak-pihak yang berkepentingan sekarang ini sudah mula mencapai objektifnya apabila rakyat mula mengalihkan perhatian mereka dari membicarakan isu kenaikan harga minyak dan harga barangan kepada isu liwat Anwar pula.Saya mengharapkan rakyat semakin cerdik dan matang dalam hal ini.
Rakyat semestinya terus memperjuangkan isu ini dan isu Anwar ini seiringan kerana kedua-duanya benar-benar menjejaskan kehidupan kita. Pelabur menjadi kurang yakin dengan kestabilan negara disebabkan tindakan puak-puak tertentu yang dikatakan memfitnah Anwar. Maka ekonomi kita terjejas,inflasi menjadi semakin kronik dan rakyat yang menjadi mangsa.
Saya menggesa pihak-pihak tertentu agar menghentikan sandiwara politik tidak bertamadun ini. Jangan jadikan fitnah sebagai budaya politik kita kerana ianya jelas menjadikan seluruh negara kita menanggung malu disebabkan pemikiran pemimpin yang kolot ketinggalan 100 hari terkebelakang.
Kaedah fitnah menfitnah sebagai cara untuk mengekalkan kuasa adalah merupakan cara yang digunakan di zaman dahulu kala yang sepatutnya dijadikan sejarah hitam yang tidak perlu diteladani.Saya mengharapkan rakyat bertenang dan sentiasa berfikiran waras dalam apa juga tindakan demi untuk menjaga kestabilan negara kita.
Bagi pemimpin yang kalah atau akan terlucut kuasa mereka seharusnya mereka menerima ini dengan hati terbuka dan professional. Bagi yang mungkin menjadi peneraju baru negara mentadbirlah dengan adil dan telus, jangan ulangi kesilapan orang lama.Keburukan dan kebatilan lambat laun akan terserlah juga, kalau tidak didunia di AKHIRAT sudah pasti kita akan mendapat balasan.
TAKUTLAH KEPADA KEKUASAAN DAN PEMBALASAN ALLAH. KEBAIKAN DAN KEJAHATAN WALAU SEBESAR ZARAH (ATOM) SUDAH PASTI AKAN DIBALAS OLEH NYA AMIN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59