Wednesday, 4 June 2008

SHAHRIR CAKAP BERBELIT-BELIT UNTUK NAIKKAN HARGA MINYAK


Nampaknya rakyat Malaysia memang tiada pilihan lain selain terpaksa menghadapi bala kenaikan harga minyak gara-gara memilih kerajaan BN pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap harga barangan, Shahrir Samad setiap hari mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit untuk membelit rakyat.

Semalam Shahrir berkata tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos ini. Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota.

Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global, demikain menurut laporan Bernama.

"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di Kuala Lumpur semalam.

"Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu. "Kita akan melakukannya secara beransur-ansur kerana satu sistem subsidi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan serta merta sekarang.

"Esok harus dilihat dan dianggap sebagai sebahagian daripada perubahan keseluruhan itu," katanya."Kita tidak boleh naikkan harga tanpa memberikan suatu bentuk subsidi kepada rakyat Malaysia. Kita sedang memikirkan untuk menaikkan harga runcit dalam pasaran. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan penyeludupan dan penyalahgunaan yang berlaku," katanya.

Shahrir berkata kerajaan menjangka untuk menaikkan subisidinya ke atas komoditi itu hingga di antara RM55 bilion dengan RM56 bilion tahun ini, bergantung kepada harga minyak dunia. "Harga minyak terus meningkat, jadi peruntukan subsidi juga terus bertambah," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

nina najwan said...

Semasa BN terus macam Amerika dan PBB, mengganas menekan rakyat, PAS dan PR terus macam OIC, tak habis-habis dengan kenyataan dan blog, tapi apa tindakan drastiknya untuk mengawal keganasan BN ini?

Rasanya, bola dikaki PR sekarang ini untuk membela rakyat, memenangi hati rakyat dan membantu rakyat menangani kerakusan dan kezaliman Dollah dan KERAjaan BN.

kulatlapok said...

tak payah cakap, gerak hati lepas PRU12 dah ada rasa MINYAK PASTI NAIK. Tunggu rakyat pun sama NAIK MINYAK.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59