Wednesday, 25 June 2008

PEMUDA BUKIT KATIL SERU SELURUH PEMUDA-PEMUDI MELAKA TURUN DEMO 28 JUN INI


Ayer Keroh : Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Nazri Ariffin menyeru seluruh pemuda-pemudi Melaka supaya turun beramai-ramai untuk menjayakan demonstrasi PROTES membantah kenaikan harga minyak pada 28 Jun ini bermula pada jam 3.00 petang di Pintu Masuk Dataran Pahlawan.


Menurutnya kehadiran yang ramai amat penting bagi membuktikan bahawa majoriti rakyat membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini.

"DPPBK akan memobilasikan seluruh pemuda agar sama-sama berdemo pada hari tersebut bagi menunjukkan bahawa seluruh rakyat Melaka menolak tindakan zalim kerajaan menaikkan harga minyak 4 Jun lalu".

"Kita sedih dan sayu melihat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kenaikan harga barang akibat harga minyak naik dek kerana kebangangan pemimpin BN yang tidak memikirkan nasib rakyat" kata Nazir selepas mesyuarat DPPBK di sebuah restoran di sini malam tadi.

Demo pada 28 Jun ini adalah anjuran bersama PROTES dan parti-parti Pakatan Rakyat. Ia merupakan demo kali kelima di Melaka selepas ianya diadakan di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Melaka Sentral dan Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru baru-baru ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59