Monday, 23 June 2008

PEMUDA BUKIT KATIL KOMITED TERUSKAN SIRI DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil(DPPBK) komited untuk meneruskan siri demo membantah kenaikan harga minyak pada masa akan datang.

Bendahari DPPBK, Jauhar Md Dawi dalam kenyataanya petang ini menegaskan demo ini penting untuk diteruskan bagi memobilasikan suara rakyat agar bangkit menentang kezaliman kerajaan BN yang jelas zalim dan tidak berhati perut menaikkan harga minyak.

"Kami akan sentiasa menyokong dan menyertai semua demo yang akan dilangsungkan tidak kira siapa penganjurnya, 28 Jun dan 6 Julai ini kita akan turun habis-habisan dengan seramai mungkin ahli Pemuda Kawasan" ujar Jauhar bersungguh-sungguh.

Menurut Jauhar kerajaan BN hari ini memang bingung dan bebal sehingga mereka semacam kehilangan arah dalam isu ini.

"Hari ini mereka membentang usul tentang kenaikan harga minyak di Parlimen, sedangkan sepatutnya kerajaan membentangkannya sebelum mengumumkan kenaikan harga minyak".

"Apa punya kerajaan, mengapa dulu tak mau bentang hari ini baru nak bentang, takut ke, dah naikkan harga minyak baru nak bahas langkah dan cara menanganinya" tegas Jauhar.

Kerajaan BN hari ini membawa usul berhubung kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya pada sidang Dewan Rakyat. Usul tersebut yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad bermula kira-kira 11.45 pagi, sebaik selesai sesi soal jawab.

Perdana menteri Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi semalam dilaporkan berkata, perbincangan usul ini bakal mengambil masa panjang, maka kerajaan sedia membincangkannya sehari suntuk untuk memberikan kesempatan kepada wakil rakyat memahami isu itu.

Ketika posting ini ditulis, Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sedangkan membahaskan usul ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59