Sunday, 22 June 2008

ORANG MELAKA AKAN TERUSKAN BANTAHAN


Rakyat Melaka terus menyatakan bantahan kepada kerajaan BN berikutan tindakan zalim kerajaan BN menaikkan harga minyak awal bulan lalu.

Setakat ini beberapa siri demonstrasi telah dilakukan oleh parti-parti politik dan NGO. Antara demo yang telah dilangsungkan ialah di Stesyen Shell Jasin, Pekan Masjid Tanah, Stesyen Bas Melaka Sentral dan semalam di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru.

Selepas siri demo ini akan terus dijalankan iaitu pada 28 Jun anjuran PROTES dan parti-parti Pakatan Rakyat.

Di harapkan rakyat Melaka terus komited mengadakan demo membantah kenaikan harga minyak untuk menyedarkan seluruh rakyat Malaysia membantah kenaikan harga minyak ini.

Minggu hadapan satu lagi demo akan dijalankan iaitu pada 28 Jun, Sabtu bertempat di Pintu Masuk Dataran Pahlawan bermula jam 3.00 petang.

Diharapkan seluruh rakyat Melaka akan turun beramai-ramai.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Penjaga Warisan said...

Ketika seronok menikmati air teh di warung, seorang yang berumur sedikit tiba-tiba berkata,"diorang ni memang tak global betul. sepatutnya sama-samalar bantu-membantu meningkatkan ekonomi dan mengurangkan inflasi, bukan menghentam satu pihak jek."

Saya tertarik dan terlepas tanya,"Pasal ape plak pakcik cakap camtu? Dah kerajaan naikkan harga minyak tinggi sangat. Kitakan negara pengeluar minyak?"

Pakcik tu nampak berang sket, kemudian tersenyum seraya berkata,"Ko anak muda kenalah pandai tengok situasi. Abeh tu, yang rusuhan kat India, Indonesia, kat Eropah tu... salah Pak Lah jugak lar? Salahkan rakyat Cina lar yang mintak petrol lebih-lebih dari pengeluarannyer," aku melongo dengar celoteh pakcik tu... Dan, bila fikir rasionalnya... memang ada rasionalnya kata-kata beliau.

Contohnya, Malaysia mempunyai simpanan terhad dan petroleum mentahnya bermutu tinggi disebabkan tekanan tinggi di kawasan Pentas Sunda yang cetek. Sebab itu Malaysia dan Indonesia menghasilkan lebih banyak kerosene berbanding petrol kerana pecahan petroleum ini lebih tulen dengan pembentukan petroleum bertekanan tinggi. Bila kawasan bertekanan tinggi (high compress), minyak yang ada juga sedikit. Begitu juga halnya dengan Pekan Baru dan beberapa telaga di Jajahan Riau dan Acheh, Indonesia sehingga mereka juga terkeluar daripada kumoulan negara OPEC.

Jika Malaysia benar-benar negara pengeluar minyak, seharusnya kita diterima menganggotai OPEC... tetapi mengapa tidak??

Fikir sedalam-dalamnya... Adakah kita mahu mengulangi kegagalan Indonesia selepas menurunkan harga barang dan mengurangkan inflasi dengan meminjam Ahlong IMF?? Akhirnya, hasil negara tahunan terpaksa digunakan untuk membayar AhLong IMF dan negara Indonesia beberapa kali hampir diisytiharkan muflis?? FIkirlah sendiri...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59