Sunday, 15 June 2008

MUSLIMAT MESTI BERANI DAN BERILMU


Muslimat mesti tampil menonjolkan diri ditengah masyarakatAhli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan bahawa muslimat PAS mesti berani dan bersedia untuk menjadi aktivis masyarakat agar mereka dilihat mampu menjadi pemimpin.

“Sebagai ahli muslimat kita mestilah sentiasa bersedia memikul tanggungjawab dan amanah samada di dalam parti maupun di dalam institusi masyarakat”.

“Oleh itu kita mesti berani dan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan organisasi, kepimpinan dan sebagainya sebagai persediaan untuk memikulkan amanah tersebut”katanya.yang juga merupakan AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurutnya muslimat PAS telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi pemimpin parti dan masyarakat seperti yang dibuktikan sebelum ini apabila tiga orang pemimpinnya dipilih menjadi Ahli Parlimen PAS dan dua orang Exco kerajaan negeri di Kedah dan Kelantan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) kali ke-39 di INB Resort di sini Sabtu lalu.

Untuk itu, tegasnya, DMPNM mesti menyediakan calon bagi bertanding mewakili PAS pada pilihanraya umum akan datang.“Kita tidak mahu nanti apabila sampai masanya muslimat tidak ada calon yang bersedia dan berkemampuan untuk memikul amanah yang besar itu” tegasnya.

Mesyuarat Agung tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah; Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Dr Khatijah Jumangat; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Asyraf Minghat dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59