Tuesday, 17 June 2008

DEWAN MUSLIMAT PAS MELAKA SOKONG TUBUH PETRONAS WATCH



Bukit Katil : Dewan Muslimat PAS Negeri menyokong penuh hasrat Institut Kajian Dasar (IKD), untuk menubuhkan satu badan yang memantau pengurusan syarikat petroleum negara, Petronas.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man berkata Petronas sebagai sebuah syarikat milik kerajaan sepatutnya sentiasa telus dalam apa juga urusannya terutama dasar perniagaan dan urusan kewangan.

“Petronas mesti bertanggungjawab kepada parlimen dan laporan audit tahunan sepatutnya dibentangkan kepada rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui berapa kos operasi, berapa keuntungan bersih tahunan dan lain-lain.”.

“Selain itu Petronas juga mesti membentangkan kepada rakyat perancangan jangka pendek dan jangka panjang supaya hala tuju Petronas diketahui dan dipantau oleh rakyat” tegas beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurut Kintan, rakyat sebenarnya dukacita kerana, akaun Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara. Ini menyebabkan rakyat berasa sangsi dengan kesahihan laporan audit dan angka sebenar keuntungan Petronas.

Selain itu, katanya, rakyat akan tetap tidak berpuashati selagi Petronas tidak benar-benar telus dalam urusan perniagaannya. Sebab itulah ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu ini, tetapi sehingga sekarang jawapan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab masih tidak memuaskan hati semua pihak.

Kintan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memuatkan cadangan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar untuk menubuhkan satu badan yang memantau pengurusan syarikat petroleum negara, Petronas.

Dalam cadangannya, Khalid yang juga Ketua Perhubungan Parti KeADILan Rakyat Negeri Melaka, berkata bahawa IKD akan menubuhkan satu pasukan yang dinamakan ‘Petronas Watch’ untuk meneliti ketidaktelusan dan kekaburan seluruh rakyat selama ini dan ia akan memberikan maklumat kepada rakyat tentang perjalanan Petronas.

Isu urusan pentadbiran Petronas dan laporan kewangannya timbul selepas berlaku kenaikan harga minyak yang melampau yang begitu menekan kesejahteraan hidup rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59