Saturday, 21 June 2008

DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK BERJAYA


Bukit Baru : Demo bantahan kenaikan harga minyak anjuran Dewan Pemuda PAS Bukit Katil petang tadi disifatkan berjaya walaupun pihak keselamatan bertindak menghalang ianya berlangsung dengan lebih lama.

Pihak keselamatan juga menghalang pemimpin PAS berucap menggunakan 'hailer'. Demo yang disertai oleh hampir 100 orang tersebut berlangsung di perkarangan Air Terjun Bukit Sebukor, di sini. Ianya bermula pada jam 3.00 dan berakhir 30 minit kemudian.

Pihak keselamatan yang berpakaian lengkap dan preman sejak awal-awal lagi 'berkampung' disekitar Air Terjun, Dataran MBMB dan dihadapan Melaka Mall.

Selepas para peserta demo bergerak di kawasan Air Terjun ke hadapan Dataran MBMB untuk bersurai.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Mat Dawi yang memimpin demo petang ini berpuashati dengan perjalanan demo tersebut.

Menurutnya pada 29 Jun ini satu lagi demo akan diadakan di mana pimpinan Protes, Dr Hatta akan turun ke Melaka untuk sama-sama mengadakan demo di Melaka.

Demo pada petang ini turut di hadiri oleh Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamarudin Sidek; Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; Ketua Pemuda DAP Negeri Melaka , YB Tey Kok Kiew; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Abu Bakar Ramle, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Khirul Che Salleh dan beberapa orang pimpinan Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bukit Katil.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Penjaga Warisan said...

Demonstrasi yang saya sifatkan sebagai gagal dan mencerminkan keperibadian tidak bertamadun...

Demonstrasi ini jelas menunjukkan protes yang tidak menjadi, apa yang saya lihat ianya tidak sampai 100 orang pun dan mogok pekerja hotel renaissaince suatumasa dulu lebih ramai lagi...

Apa yang mahu ditunjukkan dalam demo ini? Adakah pihak anda mahu menunjukkan kepada Pelancong Singapura dan China yang Melaka juga tidak selamatuntuk dikunjungi dan akhirnya melembabkanb pertumbuhan sektor pelancongan yang telah menjana pendapatan ramai penduduk melaka...

Selain itu, tempat yang dipilih amat strategik, laluan pedagang dn pelabur di Melaka... Adakah anda mahu pelaburan Negeri Melaka yang brnilai 2 billion ditangguhkan kerana bimbang keselamatan pelaburan mereka...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59