Saturday, 28 June 2008

DEBAT ANWAR-SHABERY : MENGAPA ALI RUSTAM YANG TAKUT


Rakyat Melaka berasa hairan mengapa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu takut jika debat Anwar Ibrahim-Shabery Cheek menjadi kenyataan.

Apakah Mohd Ali takut kehebatan Anwar akan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat yang akan menonton debat itu. Secara tidak langsung Ali Rustam juga memperkecilkan kemampuan Shabery untuk berdebat dengan Anwar.
Mohd Ali dalam kenyataannya kepada media hari ini menggesa Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59